Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun....
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA...

Tuesday, May 29, 2012

Jujur saya 'sakit hati'...

Ahad ari tu saya terpaksa teman hubby uruskan masalah keluarga dia. Adik ipar saya (adik hubby lah kan) ade sorang yg dah bercerai tetibe pat tau ex-wife ade melahirkan anak benih dari dia. Makne nya semasa talak dijatuhkan, pasangan tersebut tidak sedar yg mereka bakal dikurniakan cahayamata. Bile dah bercerai, si isteri baru pat tau yg diri hamil, bgtau kat bekas suami tp ofcozz lah adik ipar saya tak ngaku tu anak dia kan. How come dah bercerai tetibe bgtau yg dia pregnant. So adik hubby tak mau amik tau pasal kandungan tu sehingga lah ex-wife dia selamat bersalin, pun adik ipar saya masih lagi ragu2 hinggakan surat beranak baby tu pun tak ber 'bt' kan dia. Adik ipar kate nak buat ujian DNA dulu baru nak buat keputusan. Dipendekkan cerita, lepas hampir 6 bulan berlalu, adik ipar tergerak hati nak tgk sendiri baby tu. So bile dah jumpe sekali, hati adik ipar terus berubah dan terus ngaku yg tu anak dia. Dia kate baby tu betul2 ikut muka dia. (Tp saya tgk, takde pulak...huhu)

So mertua saya yg dulu2 punye lah anti ngan menantu yg dah diceraikan ni, mula tergerak hati jgk nak pegi tgk dgn mate sendiri cucu diaorg. Oleh kerana transport takde, mcm biase lah hubby saya jd mangsa kene jemput dan hantar mertua pegi rumah bekas menantu diaorg tu. Kiranya bekas biras saya lah kan. So saya pun tak pasal2 terjebak sekali kene ikut sekali. 

Tp yg buat saya geram sgt, mase kat rumah ex-biras saya tu biase lah dah mula soklan2 yg tak sedap didengar. Ex-biras saya tanye mcm2 lah pasal saya bile nak menambah. Saya just bg jwpn standard 'mmg nak menambah, tp belum ade rezeki lagi'. Korang tau dia ckp pe? Ish tak baik tau ckp belum ade rezeki...Ade rezeki nnti tu. Saya terpinga2. Belum penah pulak saya dgr org kate tak baik ckp belum ade rezeki. Abih tu saya nak jwp ape pulak???Emmmm...

Yg menambah lagi sakit hati saya, mak mertua dan adik2 ipar pulak dok mencela dlm perbualan tu. Diaorg tanye bile lagi nak menambah, untung2 dpt lelaki pulak sorang, pmpn dah ade. Punyelah sakit hati saya....Tp saya buat muka biase je. Maybe sbb dah biase kot. Saya pelik, mak mertua tau masalah saya tp nape dia tak paham dan masih jgk lagi nak sakitkan hati saya. Bkn kami yg tak nak menambah anak, dah mmg Allah belum nak bg lagi, ape lagi yg mampu saya buat selain terus berusaha. Hubby???...Mcm biase lah just diam membatu time bini dia kene sindir. Takpe...saya dah biase hadapi situasi ni sorang2. Cuma rase sakit jgk dlm hati ni.  Sabar je lah...Dugaan Allah kan. Dulu hubby penah pesan ngan mak abah n adik2 supaya jgn tanye soklan2 sensitip lagi kat saya. Mgkin diaorg sume dah lupe kot. 

Huhhhh....rase lega cikit bile dah luah kat sini.

Berbalik pada cerita yg atas sekali tu, rase nye adik ipar saya akan bersatu kembali dgn ex-wife dia tu kot. Demi anak. Mmg comel giler anak dia. Agknye sbb tu adik ipar terus jatuh syg bila tgk baby tu. Mase bercerai dulu pun, bkn adik ipar yg nak bercerai. Ex-wife dia yg meroyan gi failkan kat mahkamah nak mintak cerai. Sekrg ni, ex-wife dia tu pulak yg merayu2 mntk agar adik ipar rujuk kembali. Mgkin sbb ade anak tu kot. Ape2 pun, mslh rumahtangga org, saya tak mau komen lebih2...Saya just ckp ngan hubby, yg penting kite jaga rumahtangga kite ni sebaik mungkin dan semoga Allah senantiasa memberkati hubungan kite. Tu je. Sekian.....


Thursday, May 24, 2012

J.I.R.A.N.

Saya tak tau nak cite mcm mane...tp saya rase kurang seronok dgn persekitaran kediaman saya.huhu. Jiran2 kebanyakannya sombong2 belaka dan lebih suka buat hal sendiri. Beberapa bulan after stay kat rmh tu, saya dah mengadu dgn hubby yg saya kurang selesa bile jiran2 kat area sini jarang bertegur sapa, masing2 sume buat hal sendiri je.

Actually saya tak beli rumah baru. Saya beli rmh atas tangan org. Sbb? Ekonomi tak mengizinkan tuk saya beli rmh baru. Kalau beli atas tangan ni harga murah cikit. Pastu saya dulu2 pegi and balik keje naik bas, so saya ngan hubby decide nak beli rmh di kawasan yg dekat dgn jln utama supaya saya mudah dapatkan bas. Dekat tak dekat, kira2 15min jugak lah menapak tiap2 pagi nak gi tunggu bas. Tp tu dulu2 lah sebelum ade lesen kete. Sekrg ni saya tak naik bas dah. Surrender tak larat dah nak menapak pg2 nak gi keje dan ptg2 time lik keje.huhu. Faktor usia kot...dan sakit saya yg mcm2 ni ha membataskan pergerakan saya.

Ok berbalik kepada kisah jiran2 saya. Mgkin sbb saya tak sama2 mendiami kwsn tu mase kwsn tu baru dibuka so saya mcm org asing lah kat area situ. Kira mcm org baru ar...Org lain dah stay kwsn tu lebih kurg 4thn. Yg membosankan, jiran sebelah kiri dan knn tak stay situ pulak. Masing2 sewakan kat org. Penyewa pulak jarang2 ade kat rumah. Penyewa yg knn ni single lagi. Duk rmh tu sorang2. Pun jarang ade kat rmh. Yg sebelah kiri pun jarang ade kat rmh ntah mane dia pegi. Maybe ade rmh lain kot.huhu.

Tp mmg kdg2 saya pelik jgk, jarang betul nmpk jiran2. Maybe sbb masing2 sibuk bekerja kot. Pg dah kuar rmh, ptg atau mlm baru lik rmh so camne nak jumpe kan. 

Yg saya nak cite kat sini pasal sorang jiran ni. Lawa org nya. Dan saya dgr2, dia senasib dgn saya, ade sorang je anak. Dah besar gak nmpk anak dia, lebih kurg sekolah darjah 3 ke darjah 4. Saya sangka, boleh lah kami berkawan rapat sbb senasib. Tp dia ni punye lah sombong. Byk kali saya terkena sejak saya baru pindah duk situ. Bile saya terserempak dgn dia or dia lalu depan rmh saya nak gi keje, saya akn senyum pandang dia. Dia boleh buat muka selamba je lgsg takde respon. Bukan sekali dua, berkali2 pulak tu. Sampai saya naik bengang dah tak mau senyum lagi kat dia. Saya heran nape dia menyombong sgt dgn saya. Korang bayangkan, kalau terserempak kat pasar mlm area taman tu pun kami boleh tak bertegur sapa mcm tak kenal padahal kami berjiran. ish ish ish....Mcm2 ragam manusia ni kan. 

Bile saya ngadu ngan hubby, hubby ckp agknye muka ayang nmpk sombong and tak friendly kot, sbb tu dia pun menyombong. Saya ckp kat hubby, ayang selalu senyum ngan dia...dia je yg buat muka selamba je. Ntah lah, kdg2 rase cam nak cari rmh lain, rmh baru. Bile pindah kwsn baru, same2 baru pindah kwsn tu, mesti jiran sume ok2 kan. 

K lah...dah pnjg lebar pulak mengadu ni. Sakit ati sbnrnye bile pikirkan mane silapnye. Tp saya malas lah nak pikir2 lagi. Byk benda lain yg saya kene pikir. Pasal jiran ni, lantak lah kan. Buat sakit pale je kalau dok pikir.
  

Wednesday, May 23, 2012

NASIHAT DR. ZUBAIDI...


Harap2 Dr. Zubaidi tak kisah lah saya copy & paste artikel dia ni.

Anak merupakan salah satu rezeki yang Allah kurniakan kepada pasangan-pasangan yang terpilih. Ada yang Allah berikan anak tunggal, ada yang mendapat bilangan anak yang sedikit dan ada yang mendapat bilangan anak yang ramai.

Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas.
“Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia (ALLAH) juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia (ALLAH) Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Surah Asy-Syura: 50)


Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah. Jadi wanita yang pernah hamil dan telah mempunyai anak, tiba-tiba mendapati diri mereka sukar untuk hamil semua, sedarlah bahawa ini semua ujian dari Allah yang harus diterima dengan redha dan berusahalah dengan cara yang betul serta berdoa.


Tidak boleh hamil semula selepas pernah melahirkan seorang anak dinamakan ketidaksuburan sekunder (secondary infertility). Fakta ini agak sukar diterima oleh sesetengah pasangan kerana mereka sebelum ini tidak mempunyai masalah kesuburan.

Ramai pasangan yang berkahwin tidak sampai setahun mereka berkahwin, isteri telah hamil. Setelah anak besar dan mula untuk merancang untuk mendapatkan seorang anak lagi, mereka mengalami masalah. Perasaan hampa menguasai diri dan pelbagai nasihat telah diterima. Apabila terlalu lama menunggu, pasangan ini mula rasa keliru dan kecewa.

Namun saya selalu menasihatkan pasangan-pasangan ini agar jangan mudah kecewa dan berputus harap. Ini kerana rahmat Allah sangat luas. Sekurang-kurangnya mereka telah dikurnia seorang cahaya mata, berbanding dengan orang lain belum lagi menimang cahaya mata.


Kebanyakan pasangan yang berkahwin tidak menghadapi masalah kesuburan. Dianggarkan seramai 84 peratus dari pasangan yang berkahwin, dan tinggal bersama, kerap melakukan hubungan jimak (melakukan antara 2-3 kali seminggu) tanpa menggunakan apa-apa alat mencegah kehamilan, akan hamil dalam masa setahun.


Peratusan ini meningkat ke 92 peratus apabila pasangan yang sudah berkahwin selalunya memperolehi zuriat pada tahun kedua.


Oleh itu jika setelah berusaha selama dua tahun, sama ada belum pasangan ini pernah mendapat cahaya mata atau belum pernah hamil, saya nasihatkan agar berjumpa dengan doktor pakar kesuburan bagi mengkaji masalah sebenar yang dihadapi.


Pemeriksaan harus dilakukan terutama bagi pasangan yang sedia maklum mengalami masalah kesihatan sebelum mereka berkahwin seperti diabetes mellitus, SLE atau pernah menjalani rawatan kanser. Ini kerana semakin lama menunggu, kesuburan seorang wanita akan menurun.


Bagi wanita yang sudah berumur 35 tahun, saya menasihatkan agar tidak harus menunggu lebih dari enam bulan untuk berjumpa dengan doktor pakar kesuburan.

-Artikel By Dr. Zubaidi- 

Nota kaki : Risau lah jgk...thn depan saya akan berumur 35thn.huhu. :(