Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun....
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA...

Friday, July 10, 2015

"Suami"

Saya suka dengan petikan status fb Ustaz Ebit Lew ni so saya copy kat sini....Klau la hubby leh faham dan insaf dgn status ni kan bagus....

"Akhirnya yang paling diimpikan dan diperlukan oleh seorang wanita dalam hidupnya bukanlah lelaki hensem, kacak, kaya atau lelaki yang sempurna. 
Tapi cukuplah lelaki yang menjadi suaminya yang menyayanginya hingga ke syurga. 
Lelaki yang paling baik dalam dunia ialah lelaki yang paling baik pada ibu, isteri dan anak perempuannya.
Siang hari bekerja keras buat isteri, anak-anak dan ibubapa. Cari ilmu dan cari rezeki halal. 
Sehingga kadang-kadang lupakan dirinya demi memenuhkan keperluan keluarga. 
Dia bahagia dapat memberi dan berbelanja buat keluarga.
Balik dah lewat masih peluk isteri dan anak-anak. Ucap sayang i love u. I love u anak-anakku. 
Ayah rindu kamu semua. 
Mendengar isteri dan anak-anak meluahkan perasaan dan masalah walaupun sebenarnya mereka pun sedang diuji dengan ujian.
Memegang tangan mereka sambil bersentuhan mesra sambil pimpin mereka Hadis Nabi saw dan juga buat amal kebaikan. 
Mengajar iman dengan kasih sayang. 
Kesalahan isteri dan anak-anak di maafkan. 
Tidak mahu apa-apa melainkan isteri dan anak-anak masuk syurga.
Waktu sebelum tidur dan juga sebelum Subuh bangun doa ya Allah ya Rahman Ya Rahim. Ampunkanlah diriku atas kekurangan dalam mendidik isteri dan anak-anak. 
Ya Allah hadiahkanlah keluargaku dengan Redha Mu. Dengan syurgaMu..."

Monday, July 6, 2015

Check Up Baby - 6bulan 2minggu

Jumaat hari tu rase badan betul2 x sihat so xpegi keje.
Buat keputusan untuk pegi check up baby yang sepatutnya pegi jumaat minggu yg sebelum ni.
Call kaunter klinik, staff ckp doc ada dan boleh dtg.
So saya pun terus bersiap sbb nak dpt no. giliran cepat cikit.
Mase bersiap tu hubby tgh tido terjaga pulak.
Buat2 baik nak temankan pegi check up.
Ntah nape mmg rase mcm meluat menyampah sume ade.
Hubby terus bgun dari tido capai kunci kete sbb xbg saya pegi sendiri.
Nak x nak trpksa jgk la pegi dgn dia.
Alhamdulillah doc ckp tumbesaran baby ok je cuma doc ckp ibu baby nmpk terlalu lemah
Doc suruh mkn segala mcm vitamin
Saya angguk je la tanda paham
Sbnrnya saya rase emosi saya yg masih lagi belum stabil menyebabkan saya nmpk lemah
Usia kandungan dan 6bulan 2 minggu
Emmm...actually dah 2 bulan pegi check up doc cube nak tgk muka baby tp xberjaya pulak
Baby asyik sorokkan muka
Baby dlm posisi mcm bersujud so bile scan mmg nmpk belakang kepala je
Alhamdulillah anggota yg lain sume dah cukup sifatnya dan sempurna
Cuma wajah tu belum dpt dipastikan lagi
Bukan ape, doc ckp penting nak tgk muka baby sbb takut ada kecacatan ke ape kan.
Saya harap sumenye ok la sempurna. Amin....
Doc ckp insyaallah anak awak ni nnti rajin solat ni sbb kedudukan dia bersujud je manjang dlm kandungan.
Saya aminkan je la.
Cer teka baby boy & girl?
Entry yg akan dtg saya bgtau ek.

Ape yg penting sekrg ni saya fokus utk teruskan hidup mcm biase.
Saya mmg dah berkira bab duit sekrg ni dgn hubby
Saya bg duit betul2 utk tolong dia byr ape yg patut je mcm duit rumah ke
Lain2 saya akan berkira termasuk tolong byrkan bil telefon dia
Saya xkan tolong lagi byr bil telefon dia ke ape
Untuk ape saya nak byrkan bil telefon dia sedangkan dia guna telefon utk call msj wassap awek dia kan.

Oleh kerana hubby xmo lepaskan saya dengan alasan masih sayang
Saya redha je la walaupun hati saya mmg belum mampu menerima dia kembali
Nak buat mcm mane kuasa talak kat tgn dia kan
Lepas ni ape dia nak buat, lantak dia lah
Saya teruskan hidup mcm biase
Xlarat dah nak pikir psl kecurangan dia lps ni
Selama ni nmpk ok je tp xsangka dia curang pulak
So letih je klau saya nak terus2 mencurigai dia lps ni
Biar la dia nak buat ape pun lps ni
Cuma 1 je saya ckp kat dia
Dah 2x saya terkene ni jgn hrp saya akan bersabar utk kali ke 3
Klau kali ke 3 dia kantoi lagi, saya xkan teragak2 pegi pej agama.
Hubby just diam je dgr saya ckp mcm tu.huhu
Saya cuma mampu berdoa semoga Allah merahmati hidup saya.
Amin.