Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun....
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA...

Friday, November 25, 2011

'Like' punye cerita !!!

Td online mukabuku (FB) jap...Biase ar, tgk aktiviti kengkawan. Nak dijadikan cite, ade lah sorang kawan aku letak gamba anak dia 2 org. Kiranya gamba baru amik ar.  Yg abg lebih kurg 2thn, yg adik baru 4bulan.  Jauh nun di dasar hati aku dok berkata, dapat jgk dia anak 2 org, sepasang pulak tu, lepas mcm2 halangan. Nyata cemburu yg berputik kat tangkai hati aku masih ade lagi sisa. Susahnya nak buang perasaan tu. 

Aku ingt nak 'like' lah gamba tu. Sekali aku tgk...dah ade yg 'like' dan salah sorang yg 'like' tu adalah hubby aku. Pehhh...aku terus sentap. Aku pun tak tau nape, hati aku terus rase lain mcm je. Tak jd aku nak 'like'. Anak panah mouse aku alihkan padahal dah hampir2 je aku nak klik 'like' tu.  Ape kene lah aku ni. Nak cemburu ape nye, kwn aku tu kira kwn hubby jgk kan. Kwn aku tu punye husband pun bkn org lain, kwn baik hubby jgk. Jodoh diaorg pun aku ngan hubby yg jd telangkainye. Kwn hubby tu single lagi mase tu dan dia  suh hubby tanye kat aku mintak tolong carikan jodoh tuk dia. Kebetulan kwn aku pun single lagi time tu dan aku ngan hubby aturkan pertemuan mereka. Alhamdulillah, ade jodoh antara mereka akhirnya bersatu.

So, nape pulak aku nak sentap bile hubby 'like' gamba anak2 kwn kami tu kan. Maybe hubby just 'like' sbb tu kan gamba anak2 kwn dia. Maybe hubby 'like' sbb gamba budak2 tu comel & cute. Tp hati aku rase lain. Setan tu dok api2kan aku sampai aku rase hubby 'like' tu sbb dia suke tgk kwn dia dah ade 2 org anak, sepasang lak tu. Sedangkan kami???...Hubby penah ckp kat aku, dia kate "dah pun dpt sepasang anak diaorg kan, kite ni ntah bile lah agknye..." Hubby ckp tu mase kwn aku baru je bersalin dan dia dapat perkabaran tu melalui msj dr kwn dia. Mase dia ckp tu, aku baru lepas laproskopi endometriosis dan aku pun ckp ar lepas je luke laparoskopi ni sembuh, kite usaha gigih lah nak dptkan no 2. Tp tgk2 sampai sekrg aku belum mampu nak teruskan usaha kami.

Ya Allah...apasal lah aku nak emosi sgt hari ni...aku tak boleh mcm ni...Aku patut memanjatkan rase syukur yg tak terhingga kerana telah dikurniakan sorang puteri. Dia lah penawar, dia lah racun yg menyerikan rumahtangga kami. So untuk ape aku nak sedih sgt bile belum berpeluang menambah zuriat sedangkan ramai pasangan yg lgsg belum ade rezeki menimang cahayamata. Tentu mereka lagi sedih.

Cite pasal kwn aku tu, aku terus teringat dugaan2 dia sebelum ade 2 org anak. Kwn aku tu ade kencing manis tiap kali pregnant (kalau tak pregnant, takde pulak kencing manis. camne tu ek???). So tiap kali dia pregnant, mmg kene pantauan dari doktor ar manjang. Kalau nak ikutkan, dia dah ade 5 org anak sekrg ni tp takdir Allah dah tertulis camtu utk dia.

Anak pertama (boy) - meninggal sebaik shj dilahirkan. Aku ingt lagi, mase dia bersalin tu  hari raya aidilfitri, doktor ramai yg cuti so dia lambat bersalin sbb tak cukup doktor yg nak sambut. Sebaik shj bersalin, doktor kate baby lemah dan akhirnya dia kehilangan baby tu.

Anak kedua (boy) - sekrg dah umo 2thn lebih.

Anak ketiga (boy) -  meninggal dlm kandungan mase usia kandungan nak masuk 6 bulan.

Anak keempat - Keguguran mase usia kandungan 2 bulan. 

Anak kelima (girl) - 4 bulan.

Lepas mcm2 dugaan dia tempuh tu, sekrg dapatlah sepasang dah penyeri rumahtangga dia sekrg...Comel2 sungguh anak2 dia.

Sbnrnya tgn aku ni gatal je rase mcm nak msj hubby je, nak luah pasal aku sentap dgn 'like' dia tu. Tp kang takut terus meleret2 pulak masalah, terus jd perang pulak. Dah lah dlm seminggu ni kami kurang berkomunikasi. Sbb hubby keje shif mlm, so peluang kami berjumpe agak terhad dan tiada peluang nak borak2 sgt pun.huhu.

Duhai hati,  jgn lah nak emosi sgt hari ni ok. Aku tau, Allah sedang aturkan sesuatu yg lebih baik untuk aku dan kwn2 TTC sume. InsyaAllah....

Wednesday, November 23, 2011

C.E.M.B.U.R.U yg kembali berputik...

Aku dapat anak buah baru...adik ipar bersalin anak ke 2. Dapat baby boy. Dah sepasang anak dia. Anak yg 1st umo 2thn lebih. Adik ipar yg lagi sorang pun dah dapat anak ke 2. Baby boy gak dan dah sepasang anak dia. Anak yg 1st umo nak masuk 3thn. Aku je yg masih mcm ni...Cian anak aku, sume org dok tanye dia bile nak dpt adik, umo dah nak masuk 6thn, org lain dah ade adik.huhu. Anak aku pandai jwp...dia kate tu baby yg baru lahir tu kira adik dia ar. Adik sepupu kan. Mmg dia sgt suke tgk baby. Ye ar, sape tak suke tgk baby kan. Comel sgt2...Kdg2 sayu rase hati bile tgk anak aku tolong tepuk2 baby tu tiap kali baby tu terjaga dan merengek. Bile dia perasan aku pandang dia, dia dok sengeh2 mcm kerang bucuk. Cute je muka dia time tu. Dah teringin sgt nak ade adik tu...adik2 ipar aku ngusik.

Aku???Ofcoz ar sentap...Rase cemburu yg agak lame mati kini dah mula berputik kembali kat tangkai hati aku ni. Nape org lain senang2 je leh dapat zuriat ke 2 sedangkan aku sgt susah...Ni bulan 12 nnti biras aku pulak akan bersalin anak ke 2 dia. Anak yg 1st umo 3thn lebih. Lagilah makin bercambah rase cemburu tu dlm hati aku...Tak pat aku bygkan camne nak gi melawat biras aku nnti lepas dia bersalin. Biras aku tentu2 akan berpantang kat umah mertua aku (mertua dia jugak ar) sbb biras aku tu dah takde mak ayah, dah meninggal. So mertua aku lah yg akn jaga dia lepas bersalin. Camnelah aku, hubby ngan anak aku nak hadapi situasi tu nnti...Tak sanggup nak dgr org dok tanye kat anak aku bile nak dapat adik. Bg aku, soalan tu akan buat anak aku tension...Dia kecik lagi, tak paham ape2...Nape org asyik dok tanye dia soalan yg same je. Ape jawapan dia nak bg. Emmm....Sedihnye rase.

Lepas berthn2 aku berusaha, bertarung dgn endometriosis, yg akhirnya aku terpaksa buat laparoskopi...Aku sangka ianya akn membuahkan kegembiraan buat aku dan hubby. Tp sebaliknya pulak yg berlaku. Mcm yg aku selalu ckp ar nak sedapkan hati, kite hanya merancang tp Allah yg tentukan segala2nya kan. Aku ngan hubby dah rancang, lepas je buat laparoskopi tu kami akn berusaha keras untuk aku terus pregnant. Kalau dalam sebulan dua tak berhasil jgk, kami nak try clomid mcm yg doc cadangkan. Tp sekrg ni, sume tu just tinggal angan2 kosong. Elok2 je lepas laparoskopi, aku diserang pulak GERD ni. Siksanya hanya Allah je yg tau camne aku menanggung dlm 3 bulan ni.

Di saat ini...saat aku menaip luahan hati aku ni, aku rase sgt2 teringin nak mencuba untuk pregnant. Tp boleh ke, dlm keadaan aku yg tak sihat, nak urus diri sendiri pun tak mampu kdg2 tu. Boleh ke, lepas ujian CT scan kat hospital hari tu dapat kesan ade lagi ketulan2 cyst kat ovari. Mcm2 persoalan aku pikir. Aku rase sgt teringin nak lalui pengalaman hamil sekali lagi. Tp mampukah aku? Kalau aku ckp ngan hubby, rasenye hubby tak kan setuju dlm keadaan aku yg mcm ni. Aku ajak dia gi jumpe doktor pun, dia kate biar je dulu. Tunggu aku betul2 sihat baru pikir lik. Tp masalahnye, rata2 aku bace pengalaman org  yg kene GERD agak jarang pulih dlm mase 3-4thn. Penyakit tu amik mase nak pulih dan silap2 tak kan pulih sepenuhnya melainkan kene buat pembedahan. Tak kan aku nak kene tunggu 3-4thn lagi baru nak pikir lik pasal nak pregnant? Time tu umo aku dah bape pulak, lagi lah susah nnti. Umo aku sekrg dah 33. Ya Allah...

Oh cemburu yg kembali berputik...nyah kau dari tangkai hatiku ini. Jgn sesekali kau berputik lagi. Aku tak suke kau berada dlm hati aku ni. Bile kau berada dlm hati aku, setan akan mudah mengganggu fikiran aku. Aku tak mau...

Ya Allah...aku tau, Kau sedang mengatur sesuatu yg terbaik buat aku...Tabahkan lah hati aku dan teguhkanlah keimanan aku Ya Allah...

Monday, November 21, 2011

PAYUNG EMAS

Aku selalu ckp kat hubby, suh dia cari seorg wanita untuk dijadikan isteri ke 2. Nape aku ckp camtu? Sbb aku selalu rase putus asa dgn mcm2 dugaan. Tambah lagi keadaan sekrg ni, aku dah berbulan2 sakit. Mkn minum hubby ntah ke mane, dah terbalik pulak hubby yg jaga mkn minum aku. Dulu aku selalu ckp suh dia kawen lain sbb susah sgt aku nak bg dia zuriat ke 2. Mertua asyik dok sindir2 bile nak menambah, tak kan sorang tu je, tak kan tak teringin nak anak lelaki pulak. 

Tp hubby aku selalunye buat bodo je bile aku suarakan perkara tu. Dia buat dgr tak dgr je malas nak layan aku.hehe. Paling tak pun, dia akn ckp tak yah lah pikir yg bukan2...nnti bertambah2 stress tu lagi susah nak sembuh. Emmm...tak romantik lgsg hubby aku kan.hehe. Aku dok harap jgk dia jwp hanya sayangkan aku sorang je, takde org lain leh ganti. Hubby aku mmg camtu, tak pandai nak bg ayat2 manis ni. Tp aku tau, dia sayang kat aku sorang je. 

Sabtu ari tu aku layan cerekarama 'payung emas'...Sedih ar cite tu. Aku nekad, pasni tak mau dah sebut2 suh hubby cari wanita lain. Tak sanggup aku....huhu. Biarpun payung emas sbg ganjaran, aku tak sanggup...

Ya Allah...moga Kau pelihara dan rahmati rumahtangga kami ini, hingga ke akhir hayat kami. Biar pelbagai dugaan yg Kau berikan, teguhkan lah keimanan kami. Amin.

Friday, November 18, 2011

SMS RINGKAS DARI DOKTOR

Semlm aku terima mesej yg leh dikatakan tak disangka gak ar...Nak tau mesej dari sape? Dokor pakar puan aku. Mmg agak terkejut jgk ar. Mesej dia ringkas je "How are you? Was wondering about you..."

Walaupun mesej tu ringkas je, tp maksud dia sgt mendalam tu. Aku tau, doktor tu pelik nape aku tak muncul kat klinik dia lepas aku buat laparoskopi untuk masalah endometriosis aku sebelum puase hari tu. Kiranya dah 3 bulan ar aku tak teruskan rawatan kesuburan, tak berkunjung ke klinik dia. Last aku jumpe doktor tu, mase rawatan susulan 2 minggu after laparoskopi. Doktor tu suh aku mkn clomid tp aku tak mau sbb konon2nye nak try pregnant tanpa bantuan clomid. Aku ckp kat doktor tu kalau dlm mase sebulan dua masih tak berjaya hamil, baru aku akn jumpe dia lik untuk try clomid. Tp ni dah lebih 3 bulan.

Time bace mesej tu aku kat rumah...lepas je bace mesej tu, aku terus jadi sedih, sebak, mcm2 ar perasaan bercampur baur. Marah pun ade gak. Mmg aku bengang giler ngan doktor tu lepas ujian CT scan dapat kesan ade lagi ketulan2 cyst kat ovari aku sedangkan aku baru je buat laparoskopi sebelum puase hari tu. Dapat tak korang bayangkan camne aku mase dapat report ujian CT scan tu? Aku dlm keadaan yg sgt sakit sbb GERD tu, dlm keadaan yg begitu tertekan sbb asyik kuar masuk hospital, dan dlm mase yg same aku diberitahu ujian CT scan mengesahkan ade lagi cyst kat ovari. Bukan 1, tp dua2 ovari pulak tu. How come? Ape yg doktor tu buang mase laparoskopi tempoh hari? Dah lah aku tgh suffer dgn GERD, ade pulak lagi masalah lain. ya Allah...mmg aku rase sgt putus asa. Nape ujian dtg bertimpa2 menguji aku.

Patutlah masalah senggugut aku tak jugak kurang walaupun lepas dah buat laparoskopi hari tu. Rupenye ade lagi cyst yg bersarang kat rahim aku dan aku rase, tu lah puncanya nape aku still ade period pain yg kuat even dah buat laparoskopi.  ya Allah...sabar je lah aku. Mcm tak berkesudahan lah episod duka dlm idup aku ni.

Aku reply lik mesej doktor tu... "Usaha untuk pregnant dah tergendala. Saya dah 3 bulan lebih tak sihat, MC, asyik kuar masuk wad. So terpaksa lupekan dulu hasrat untuk menambah zuriat. Tp saya mmg nak jumpe doc. Baru2 ni saya masuk wad, mereka ade buat ujian CT scan, dan dapat kesan ade lagi ketulan2 cyst di ovari kanan dan kiri.  Macamane boleh jd mcm tu?..."

Lepas aku send mesej tu, lame gak aku dok tunggu doktor tu reply. Sejam lebih gak ar. Tak tau ar sbb dia bz ke atau sbb dok pikir ape nak jawap. Jawapan dia mmg tak seperti yg aku harapkan ar. Dia  just jawap "Datang klinik"...

Datang klinik means aku kene jumpe dia untuk membincangkan hal ni. Bile jumpe dia, dah name pun doktor pakar kan, kompem ar kene bayar caj dia punye consult tu. Ntah ape lah agknye reason dia nak bg atas masalah ni, aku pun tak tau lah. Buat mase ni, aku malas nak pikir pasal cyst ke ape. Yg aku dok pikir sekrg ni mcmane aku nak sembuh dari GERD yg tul2 buat aku suffer ni.

Last sekali aku reply msj doktor tu "Saya masih lagi belum pulih dari GERD so buat mase ini saya stop dulu pikir pasal pregnant. I will come to see you when i'm ready. TQ"

Cite kat hubby pasal dapat mesej dari doktor tu, hubby pun merungut2. Hubby kate "Nnti ayang dah sihat, kite gi jumpe doktor tu lik tanye camne. Kalau agk2 dia mcm tak ok jgk, kite cari je lah doktor pakar puan lain. Bayar mahal buat laparoskopi, tp ntah ape yg dia buatnye. Sib baik insurans yg bayar. Kalau bayar gune duit sendiri, lagi lah tak tau camne. Ingtkan dia leh bantu settle masalah. Ckp iye2 je mase lepas operate hari tu dia kate dia puas hati dgn operation tu, dapat buang sume cyst yg ade. Ni yg ade lagi ni ape kebendanya pulak....pot pet pot pet pot pet..." panjang lagi dia membebel sebenarnya...Tak larat pulak aku nak cite sume.

Perasaan aku skrg ni? Rase mcm tgh meniti di lorong yg gelap. Aku cuma berharap dan berharap dan berharap, moga ade lah sinar dihujungnya nnti. Moga Allah pelihara keimanan ku. Moga Allah pelihara rumahtangga ku yg diuji dengan mcm2 masalah. Moga Allah akan sembuhkan aku...Amin.

Thursday, November 17, 2011

TAKDIR ALLAH...Sape lah kite untuk pertikaikannya.

Kite hanya mampu merancang, tp hanya Allah yg menentukan segalanya...Dah takdir tertulis hidup aku akan jadi mcm ni, nak tak nak aku terpaksa redha walaupun terase berat sungguh ujian yg Allah Taala bg kat aku dan suami.

Bile aku pikir2 lik perjalanan hidup aku selama 33 thn ni...Mmg aku akui akan kebesaran Allah tu tiada tolok bandingnya. Nape aku ckp camtu? sbb...

  1. Jodoh aku ditentukan dengan hubby...kalau aku ditakdirkan berkahwin dengan salah sorang pakwe2 lame aku dulu2 tu, ntah2 lame dah aku kene tinggal terkontang kanting untuk harungi hidup aku sekrg. Ye ar, aku selalu je sakit. Hubby aku je yg sgt bersabar dgn aku yg tak mcm seorg isteri pun.  Aku byk menyusahkan hubby dgn mcm2 sakit.  Kalau lelaki lain, mesti dah bosan dgn bini yg asyik sakit je manjang, lepas satu, satu penyakit yg datang menduga.
  2. Di kurniakan hanya seorg cahayamata dan dijaga oleh mak ayah aku kat kg...Dlm keadaan aku sekrg, aku bersyukur sbb anak aku kat kg dgn mak ayah aku.  Bayangkanlah kalau aku sendiri yg jaga anak aku, mcm mane lah agknye situasi sekrg. Dgn keadaan aku yg nak uruskan diri sendiri pun tak mampu. Hubby pulak keje kilang ade shif. Tak pat bayangkan camne kalau anak aku duk sekali ngan aku. Mesti dia akan terabai sbb ibu dia selalu sakit. Sape nak uruskan persekolahan dia. Sape nak uruskan mkn minum dia. Mmg aku syukur sbb dia dijaga dgn baik sekali oleh mak ayah aku. Walaupun aku sendiri menderita sbb terpisah dgn dia. Org lain tak kan paham camne aku terpaksa berkorban berpisah dgn anak sendiri. Tiap2 mlm aku menangis teringatkan dia. Dah lah dia je satu2nya anak yg aku ada.  Betapa rindunya aku kat anak aku setiap hari, hanya Allah yg tau. Org lain sume ckp aku nak idup senang, takmau jaga sendiri anak. Tp hakikat sebenar hanya aku, hubby, mak ngan ayah aku je yg paham. 
Tu antara sebab nye ar...sebnrnya byk lagi sbb lain yg bile kau pikir2 lik sume mmg dah tertulis untuk aku. Semoga aku redha menerima qada & qadar dari Allah ni.

Selama ni aku berusaha untuk menambah zuriat kami.  Mcm2 dugaan sepanjang usaha tersebut tp nyata belum rezeki kami. Rupenye Allah dah tulis benda lain untuk aku. Tak semudah yg disangka untuk aku meneruskan idup ini. Aku ingtkan lepas je aku jalani pembedahan endometrisos, ianya akan jadi laluan mudah untuk aku terus berusaha untuk pregnant. Tgk2 jd mcm ni pulak. Dlm keadaan aku yg sakit mcm ni, mmg aku dah tak mampu nak pikir untuk pregnant ke ape. Yg aku pikir skrg ni mcm mane nak sembuh lik. Kdg2 rase mcm tak berbaloi je menahan sakit operate ari tu. Ingtkan dah operate, akan settle masalah. Tp nyata Allah bg ujian sakit yg lain pulak dtg menyerang.

Aku berserah je sekrg ni. Mcm2 dah aku ngan hubby usahakan untuk sembuh tp nyata Allah belum nak sembuhkan aku. Dari perubatan hospital, berubat cara kg, perubatan herba, perubatan islam darussyifa, sume aku dah cube...Aku ngan hubby dah naik buntu tak tau nak buat camne lagi. Duit tak yah cite ar bape byk dah abih. Sib baik jgk lah ade medical card, atleast bil hospital sepanjang masuk wad dulu insurans cover. Berubat cara kg. lak mcm2...ade yg berurut lah, ubat cara batin lah, jampi air lah, mandi limau lah, mcm2...sume tu duit jgk. yg paling mahal, ubat cara batin ar...nak dekat RM 1,000 terpaksa ayah aku bayar dgn harapan anak dia akn sembuh. Tp nyata Allah belum nak sembuhkan aku. 

Moga Allah akan sembuhkan aku dari menderita dgn penyakit ni....Amin. 




Wednesday, November 16, 2011

Anti Kemurungan

Di saat ini, hanya Allah yg tau ape yg aku rase...Aku rase nak jerit sepuas hati, nak menangis sepuas hati...Fikiran aku jd kacau.  Aku tau, aku tak boleh stress...stress akan menyebabkan GERD aku bertambah teruk. Tp aku tak leh nak buat2 mcm biase, mcm takde ape yg berlaku pada diri aku.

Aku mmg rase down giler sekrg ni. Badan aku lemah. Selera mkn totally out.  Perut rase sebu terutama kat bhgn ulu ati, dada rase sesak, nafas rase sesak.  Aku asyik tertanye2 dlm ati, bile aku leh sembuh? bile aku leh sembuh? bile aku leh sembuh?

Semlm aku saje tgk2 lik sume ubat2 yg doktor bekalkan, baru aku pasan ade 1 ubat tu. Doktor kate ubat tu untuk aku rase tenang cikit emosi. Sbb mase aku kat hospital tu keadaan aku mmg teruk. Bile dah lik rumah, aku pun stop sume ubat2 tu sbb tak tahan efek ubat tu. Tp semlm aku tergerak hati nak search pasal sume ubat2 tu. Baru lah aku tau, salah satu ubat tu khas untuk masalah kemurungan. Aku tak tau lak ubat tu untuk kemurungan. Nmpknye mmg teruk ar keadaan aku sekrg ni sampai doktor bg ubat anti kemurungan. Perlu ke aku mkn ubat tu ek?

Kalau ikut keadaan aku sekrg dgn ape yg aku bace tentang kemurungan, rase2 nye sah ar mmg aku tgh stress, murung sekrg ni.  Salah satu simptom yg paling ketara, aku selalu menangis. Even tgh drive sorang2 pun aku leh nangis. Aku rase sedih je manjang. Kalau naik kete ngan hubby, pun aku leh tibe2 nangis. Hubby nak drive pun jd tak tentu arah. Aku pun taktau nape, mcm2 benda yg aku dok pikir. Lain2 simptom, aku rase mcm putus ase nak teruskan hidup. Aku rase mcm tak mau hidup lagi. Aku rase putus asa. Aku rase tak larat dah nak tanggung sakit ni. Time aku teresak2 nangis tu aku cube dok bace selawat syifa, bismillahillazi, zikir mcm2, dengan harapan hati aku leh ar tenang cikit ke ape kan.

Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah....

Tuesday, November 15, 2011

GERD


MASALAH asid refluk atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai gastro-esophageal reflux disease (Gerd) adalah penyakit yang sering dialami setiap orang. Bagaimanapun, tidak ramai yang mengenali masalah Gerd dan sebab itu ia dirujuk sebagai penyakit gastrik.
 
Sungguhpun simptom Gerd dan gastrik banyak persamaannya tetapi punca dan fisiologinya berbeza. Pakar Perunding Bedah Gastro Usus dan Laparaskopik Lanjutan, Pusat Perubatan Pantai, Dr Abdul Fahmi Abdul Karim, berkata Gerd terjadi apabila asid yang berada di dalam perut melimpah ke ruang saluran makanan (esofagus) manakala gastrik pula berpunca daripada asid yang merosakkan dinding lapisan perut. Dr Fahmi berkata, Gerd menyebabkan radang, pedih ulu hati dan lain-lain komplikasi pada esofagus. Masalah Gerd terjadi apabila cecair asid, angin atau makanan dari dalam perut naik semula ke esofagus. Ini disebabkan kelemahan otot di persimpangan antara perut dan esofagus untuk mencegahnya daripada naik semula ke saluran makanan. 
 
Kebanyakan orang memahami Gerd adalah penyakit seumur hidup. Rawatan terbaik untuk mengawalnya ialah dengan pengambilan ubat. Bagaimanapun, perlu difahami pengawalan bukanlah penyembuhan. Malah, ada kalanya pengambilan ubat dalam tempoh yang lama, misalnya berbelas-belas tahun akan memberi kesan sampingan kepada pesakit. Katanya, sebenarnya, Gerd tidak perlu dideritai seumur hidup. 

Dr Fahmi berkata, ramai yang tidak mengetahui adanya pilihan rawatan melalui pembedahan yang memungkinkan Gerd disembuhkan sepenuhnya. Menerusi kaedah pembedahan yang dikenali sebagai pembedahan laparoskopik antirefluk atau 'Floppy Nissen Fundoplication', pesakit hanya perlu menjalani pembedahan antara satu hingga dua jam. Selepas dibedah, pesakit tidak perlu lagi mengambil ubat-ubatan susulan sepanjang hayat. "Secara terperinci, dalam keadaan normal, ada sempadan antara esofagus dan perut yang dikenali sebagai 'oesophago-gastic junction' atau singkatnya disebut OG-junction. Simpang ini dikawal oleh otot pencerut (otot sfinkter) di bawah esofagus. Pada keadaan biasa, otot ini menghalang asid masuk ke esofagus. Bagaimanapun, bagi pesakit Gerd, otot pencerut ini tidak berfungsi dengan baik untuk menghalang asid perut mengalir ke atas," katanya.

Sepintas Lalu Mengenai Gerd
Perut anda dipenuhi dengan asid yang bertindak membantu percernaan makanan. Mungkin anda tidak tahu, asid ini sama tahap keasidannya dengan asid bateri. Walaupun struktur perut memang berupaya mengendalikan asid yang terhasil ini tetapi tidak pada esofagus. Justeru, apabila asid naik semula ke esofagus, ia menyebabkan rasa terbakar yang dikenali sebagai pedih ulu hati. Secara umum, semua orang pernah merasai pedih ulu hati tetapi tidak terlalu kerap. Bagaimanapun, jika keadaan ini berlanjutan selama lebih dari satu jam sehari dan sering melanda, anda mungkin berhadapan dengan Gerd. Simptom lain termasuk rasa mual atau muntah, perut kembung atau angin, sesak nafas terutama apabila berbaring dan sendawa kuat yang berlebihan. Kesakitan di dada yang sering dialami oleh pesakit Gerd kadangkala disalah anggap sebagai penyakit jantung. Ia terjadi apabila otot pencerut sfinkter tidak tertutup dengan sempurna. Ini menyebabkan asid naik semula ke esofagus. Gerd dalah masalah kronik yang menyebabkan komplikasi serius.
 
 
Sebenarnya aku baru terbace artikel pasal gerd ni. Sah2 lah mmg aku kene gerd. Mase doktor bgtau ari tu, aku tak sangka pulak gerd ni sakit yg serius gak ar. Aku ingtkan gerd ni kira mcm gastrik je, kalau jaga makan boleh sembuh. Tp rupenye aku silap. Sakit ni payah nak elok. Ptut ar dah berbulan2 aku sakit tak elok2 lagi. Ya Allah...punye lah azab sakit ni, tak tertanggung dah rase nye. Hari2 aku sakit perut, susah nak bernafas, asyik sendawa tak abih2, rase nak muntah yg tak tertahan, badan jadi lemah, takde selera makan. Macamana ni...Aku dah tak larat hari2 sakit mcm ni ar. Yg pelik nye, lagi aku mkn ubat, lagi bertambah teruk pulak. Sbb tu aku stop je ubat hospital tu. Harga ubat tu punye lah mahal bape ratus ntah. Name ubat tu Nexium dengan lagi satu tu Ganaton kalau tak silap. Lagi aku mkn ubat2 tu, lagi teruk pulak jadinye. Aku pun tak paham nape...  
 
"Ya Allah...sembuhkan lah penyakit yg aku hidapi ini ya Allah...bg lah aku peluang hidup sihat. Bg lah aku peluang hidup bahagia bersama suami dan satu2 nya anak ku yg Kau kurniakan ya Allah...Aku dah tak larat nak tanggung penyakit ni. Berilah aku tubuh badan yg sihat agar dapat aku bekerja bg membantu suamiku mencari rezeki untuk keluarga kami ya Allah....Bg lah aku peluang membesarkan anak ku sepertimana ibu lain ya Allah...Kuatkanlah semangat aku...tabahkanlah hati aku...kasihanilah kami ya Allah...kasihanilah aku ya Allah...kasihanilah ya Allah...hanya padaMu tempat aku mengadu ya Allah...setelah pelbagai usaha dan ikhtiar, aku hampir berputus asa ya Allah...hanya padaMu aku berserah kini ya Allah..."
 
 

Monday, November 14, 2011

S.E.D.I.H

Suatu pagi, aku terdengar perbualan antara anak aku dengan nenek dia(mak aku)...Dia tgh siap2 nak gi sekolah(tadika) mase tu.  Anak aku panggil nenek dia mak, bukan nenek...Ayah aku pun dia panggil ayah, bukan atuk...Dah mak ayah aku tolong jaga dia dari kecik, agknye tu yg melekat panggil mak ngan ayah. Aku ngan hubby dia panggil ibu ngan abah....

Anak aku  :  Mak, mak risau tak tgk ibu adik tu sakit tak elok2?...
Mak aku  :  Maun nye tak risau...mak kalau boleh lagi nak ibu adik cepat sembuh. Mak tak nak tgk ibu adik sakit camtu, hari2 nangis camtu. Bile ibu adik nangis, mak ngan ayah pun jadi sedih tgk tp tak tau nak tolong mcm mane lagi dah. 
Anak aku  :  Adik cian tgk ibu tu...kalau ibu tak boleh elok mcm mane mak?
Mak aku  :  Adik jgn ckp camtu...kite doa biar ibu cepat sembuh.

Perbualan tu sampai situ je. Pastu suasana senyap sunyi sbb mak aku kuar gi hntr anak aku ke tadika.  Aku dlm bilik ape lagi, nangis ar sepuas2 nya...Aku sedih anak aku yg baru berusia 5 thn dah pandai risau pasal ibu dia.  Mmg aku tak nafikan aku kerap menangis sepanjang sakit ni. Kdg2 kalau dah tak tahan sgt, depan anak aku pun aku dah ilang segan, aku menangis teresak2. Anak aku pun ape lagi, dia pun nangis same ar tak tahan tgk ibu dia nangis.

Aku dah cube nak kuatkan semgt, tak mau nangis2 lagi. Tp aku dah tak tahan dgn dugaan Allah kali ni. Aku tak penah tgk hubby mengalirkan air mate selama ni tp sejak aku sakit ni, hubby pun kerap nangis sbb terlalu risau pikirkan kesihatan aku yg mcm ni. Mak ayah aku lagi ar...Mak nmpk kuat cikit walaupun nmpk seribu kerisauan di wajahnye. Tp ayah...ati ayah tak sekeras luaran dia. Luaran ayah nmpk garang dgn anak2. Tp bile aku sakit camtu, ayah paling kerap mengalirkan air mate. 

Abg...Mak...Ayah...Anak ku syg...
Maapkan aku sbb buat sume org susah ati dan bersedih.  Aku takde niat langsung nak buat sume org susah ati dan sedih. Tp ati aku tak tabah. Aku tak kuat. Aku tak cekal. Ujian dari Allah kali ni betul2 membuatkan aku putus asa nak teruskan idup...Astaghfirullah...:( 


Friday, November 11, 2011

Putus Asa...

Hari ni hari pertama aku masuk keje setelah hampir 3 bulan aku MC + Annual Leave...Mcm tak caye je hidup aku jd mcm ni pulak...Start dari bulan puasa aku jatuh skit, sampailah sekrg ni.  Aku terlantar berbulan2 kat rumah sbb sakit perut yg aku sendiri tak tau ape penyakit sebenar.  Aku ingtkan, lepas kuar dari spital dulu aku akn sembuh. Tp lain pulak jdnye...Aku masuk spital lik buat check up mcm2 tp doktor just ckp aku gastrik & gerd jugak.  Yg aku heran, nape tak elok2 walaupun lepas aku telan ubat2 yg doktor bg.  Sampai satu tahap, aku dah give up dan aku stop sume ubat spital.  Berubat kg. tak yah tanye ar, merate dah aku gi tp takde satu pun yg serasi.

Kalau ikut perancangan, lepas je laparoskopi endometriosis ari tu aku ngan hubby nak terus usaha untuk pregnant. Tp tu ar, kite hanya merancang tp Allah yg menentukan segalanya. Allah belum nak bg aku nak usaha untuk pregnant. Allah bg aku penyakit yg sampai sekrg aku menanggung azabnye. So usaha aku untuk  pregnant terpaksa dihentikan memandangkan aku sekrg ni nak jaga diri sendiri pun tak mampu.huhu...

Mase buat check up kat KPJ ari tu, doktor buat CT scan. Sbb takut aku ade kanser ke ape kan sbb sakit perut tak elok2. Tp doktor kate sume nye nmpk ok je dan doktor tak nmpk sebarang punca yg menyebabkan aku sakit perut tak elok2 ni. So doktor buat kesimpulan, ni just gastrik je. Tak kan camni sekali sakit gastrik? Ntah, aku pun tak tau...

Tp yg tak best nye, mase buat ujian CT scan tu, doktor dapat kesan satu benda....Doktor kate ade ketulan2 cyst kat rahim aku yg dapat dikesan melalui CT scan. Yg paling besar, lebih kurang 2cm. Aku rase mcm nak menjerit time tu sbb mcm tak caye, baru je aku jalani laparoskopi buang cyst sebelum puasa hari tu, camne leh ade lagi cyst. Doktor tu ckp maybe tak buang habis mase laparoskopi tempoh hari. Dlm hati aku dah mula rase bengang ngan doktor pakar puan yg rawat aku tu. Camne dia leh terlepas pandang, tak buang cyst tu abih2.  Doktor tu nak aku rujuk ke bhgn pakar puan kat kpj tu pulak tp aku menolak. Aku dah malas nak pikir pasal cyst ke ape ke. Dah lah aku tgh sakit perut tak elok2, kuar masuk spital je. Ni dah lain pulak masalah lagi. Aku dah malas nak pikir.

Kadang2 aku rase mcm putus ase je...Aku rase sedih sgt2...Mengenang nasib aku yg mcm ni...

Ya Allah...tabahkan aku untuk menghadapi semua ujian dari Mu...Pulihkan lah penyakit aku...Pulihkan lah semangat aku yg kian luntur ni...Aminnnnn