Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun....
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA...

Thursday, September 26, 2013

Mood xde = Mood zero

Dlm beberapa hari ni badan saya xsihat.
Demam, batuk, selsema sume lengkap.
Dugaan betul menjelang 30hb sep ni.
Xtau lah batuk leh elok ke x, pasrah...
Saya ni klau kene batuk, biasanya lama baru leh elok.
Maybe saya stress tanpa saya sedar,
so saya diserang sakit kepala yg melampau sampai tahap xleh nak bangun dari katil.
Saya statik je baring sbb xleh nak gerak langsung, terlalu sakit.
Hubby bancuhkan oat saya larat mkn 2-3 sudu je tuk alas perut sbb nak mkn ubat.
Mkn oat 2-3 sudu tu pun saya rase mual nak muntah.
Ya Allah...mcm2 dugaan.
Disaat coretan ini diluahkan, syukur lah saya dah boleh bangun dan sakit kepala saya beransur pulih.

Rase mcm jap je mase berlalu.
Lagi beberapa hari je lagi saya akn dibedah...utk kali ke 3.huhu
Xtau lah boleh proceed ke x dlm keadaan kesihatan saya sekrg ni.
Saya berserah je lah pada Allah menentukan.

01hb Oktober 2013....date anniversary kami yang ke 9.
Xtau lah sempat ke x kami meraikannya.
Kali ni sambut kat hospital lah nmpknye.
Andai ajal saya tiba pada 30hb sep nnti, mesti hubby sedih giler kan...
Ye ar, pemergian isteri tercinta sehari sebelum anniversary.ish ish ish... tragis lah pulak.
Ape la yg saya merepek ni kan.

Dikesempatan ini...
Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung blog saya.
Andai ada salah silap saya tanpa sedar, harap diampunkan lah segala.
Mungkin ni entry terakhir saya menjelang 30hb sep nnti.
Klau umo panjang, insyaAllah saya akn update blog lepas semuanya selesai.
Terima kasih kepada semua yg sudi mendoakan saya.
Terima kasih kepada semua yg sudi menjadi teman saya walaupun hanya di blog.
Assalamualaikum...  

Wednesday, September 11, 2013

Status 'mukabuku'...

Pagi ni, terbace status FB seseorg yg berbunyi,
 
"Dh 8 hari..tp still rasa sakit... Allah je tahu sakit ni..tak leh nak bergerak byk...memang mcm ni ke?"

Saya mmg dah beberapa hari dok ikut perkembangan salah sorang patient Doc Hamid melalui FB. Niat saya cuma nak tau camne situasi dan perkembangan dia after operation.

Hamba Allah ni baru lps operate dgn Doc Hamid hari tu sbb kes yg lebih kurang sama ngan saya.

Bile terbace status dia pg ni...tetibe saya jd seram sejuk pulak. Adoyai. 

Kuat ke saya nak hadapi nya nanti ni...

Ya Allah...berilah hambaMu ini kekuatan untuk mengharungi ujian dan dugaan dariMu...

Ya Allah...saya takut nak lalui pembedahan tu. Walaupun ini bkn yg pertama, saya jd semakin takut...Permudahkanlah Ya Allah...

Tuesday, September 10, 2013

Bos Oh Bos...

Saya sbnrnya tgh pening dok pikir, 
camne nak bgtau bos kalau saya jd nak operate 30hb nnti.
Puas saya dok pikir2, masih belum dpt jawapan.
Sebulan kot MC nnti ni. Adoyai.
Kalau boleh, saya xnak lah nmpk sgt mcm saya mmg dah plan nak buat operation ni.
Kalau boleh, saya nak ianya nmpk mcm emergency dan x dirancang dan saya terpaksa dan xleh nak elak operation ni.
(bape byk 'dan' daaaa...hehe)
Tapi....
Camne pulak nak nmpk mcm emergency ek, sbb saya kan buat kat pantai medical centre...sedangkan saya duk Seremban?...
Nnti bos mesti pelik sbb kalau betul emergency, nape saya x buat kat Senawang Specialist atau KPJ atau Columbia kan.
Emmmmm....Pening gak ni.

Antara sbb saya xnak terlalu berterus terang dgn bos & kwn2 opis :-

1.   Saya dah penah buat operation 2x sebelum ni...

2.  Malu...dan xsuke la dgr org ckp2 ko  ni asyik buat operation je, mcm2 penyakit ek ko ni, lps satu satu masalah ko ek. Seriusly, saya stress dgr org ckp mcm tu. 

3.  Bos pulak asyik ckp, dia pun ade ketumbuhan kat rahim tp xde nak buat operation pun. Mcm sebelum ni kan saya penah operate, bos sibuk cite dia pun ade masalah gak, ade ketumbuhan dan doc suggest suh operate tp dia xnak. So saya rase mcm bos mengejek saya sbb asyik  buat operate je kan.

4.  Saya takut nak cuti lame2 sbnrnya...takut bos saya marah. Sekrg ni pulak dah ada 2 bos, bos besar dan anak bos. Saya takut kalau bos2 saya marah kalau cuti sampai sebulan, gaji jln pulak tu kan. Sampai saya rase nak apply cuti tahunan 20 hari dgn alasan ada masalah keluarga. Tp...rugi lah pulak sbb kite kan ade hak pekerja tuk MC hospital leave 60 hari sethn tu kan.

5.  Saya klau boleh xnak bos & kwn2 opis tau tujuan saya buat operate ni lebih pada usaha nak dptkan anak..Takut nnti lps operate masih xde rezeki, ade yg menyindir dan memandang sinis.huhhhh..

Camne ni ek?...Adoyai.

Friday, September 6, 2013

Cite pasal ENDOMETRIOSIS lagi...


 

Emmm...pg2 lagi sampai je opis, saya dah ngadap 'mukabuku'.
Terbace status Doc Hamid, dia ade kongsikan link ke blog dia.
Update pasal endometriosis.
Oleh kerana ape yg dia tulis tu mmg kene batang hidung saya, 
terang dan jelas sejelas2 nya,
maka saya kongsi kan pulak pengetahuan ni kat blog saya ek.
Mana tau boleh beri manfaat kepada org lain pulak kan.
Saya harap Doc Hamid xkisah lah ye.

Cara tingkatkan immunity after bedah tu mcm pyh je nak buat.huhu
Xpe safiyyah....caiyok, caiyok, caiyok....
_______________________________________________________________________
Sumber :- Blog Doc Hamid Arshad.
 
Penyakit endometriosis semakin meningkat dan terok merosakkan peranakkan wanita, menimbulkan masalah kesuburan dan kemandulan, keguguran dan akhirnya bedah buang rahim. Dalam minggu ini sahaja dari 5 kes pembedahan laparoscopy , 3 darinya adalah penyakit endometriosis .

Awas jika ada tanda2 berikut!

1. Senggugut yang semakin teruk, bermula sejak umor remaja dan tidak hilang lepas kahwin.
 
2. Senggugut dan tidak hamil selepas lebih setahun kahwin.  
3. Senggugut dan hamil tetapi sering gugur diawal kehamilan.  
4. Mengalami sakit atau tidak selesa waktu persetubuhan dengan suami.  
5. Sakit pinggang khususnya waktu haid.  
6. Perdarahan tidak tentu masa disertai sakit dibawah perut.  
7. Senggugut atau perdarahan setelah lama tidak melahirkan anak dan umor dalam lengkongan 40an tahun.  
8. Jika didapati rahim retroverted (kebelakang) bila discan olih doktor pakar gyne , berserta tanda2 senggugut dan sukar hamil atau sering gugur.

Jika ada tanda2 atau gejala2 tersebut ambil langkah2 berikut;

1. Jumpa pakar buat scan vaginal atau TVS  dimana akan dapat dikesan rahim retroverted, cyst dalam ovay dan dinding otot rahim menebal dibahagian dinding belakang .

2. Buat bedah laparoscopy untuk laser endometriisis, buang cyst, repair saluran fallopian jika sumbat, betulkan rahim yang retroverted kepada anteverted.


3. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunity untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis dan meningkatkan peluang hamil.
 
 Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, ambil langkah untuk kurangkan stress dan mengurangkan pendedahan kepada toksin.

4. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.
 
Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung  - donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

5. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.
Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih.

Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate

Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.

6. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU,
Makan juga goji beri, spirulina, rumpai laut.