Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun....
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA...

Friday, March 7, 2014

Surat Untuk Majikan Penipu



Tuan,

PER : MEMOHON PENJELASAN PERIHAL  GAJI DAN PEMOTONGAN DUIT UNIFORM 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Usaha saya untuk berhubung terus dengan pihak tuan melalui panggilan telefon ke pejabat tuan pada awal bulan febuari lalu tidak berhasil memandangkan staf tuan tidak membenarkan saya berbuat demikian. Tujuan saya adalah untuk mendapatkan penjelasan berkenaan perkara di atas memandangkan staf tuan di ibupejabat dan di cawangan Seremban tidak dapat menjawab persoalan ini apabila saya kemukakan kepada beliau sebaliknya memberitahu bahawa beliau hanya menurut arahan dari pihak tuan.

2.1 Perihal Gaji

Di sini saya ingin memohon penjelasan berkenaan dengan amaun sebenar gaji bulanan saya.  Untuk makluman pihak tuan, saya bersetuju untuk bekerja dengan syarikat tuan setelah dijanjikan dengan bayaran gaji sebanyak RM 1,300.00 sebulan untuk kerja selama 8 jam tanpa cuti hari rehat iaitu kerja penuh selama 1 bulan. Alhamdulillah untuk bulan disember 2013 gaji saya dibayar seperti yang telah dijanjikan. 

Namun begitu setelah saya bekerja selama 31 hari di bulan januari 2014 walaupun pada cuti umum, tanpa mendapat sebarang notis atau makluman dari pihak tuan saya mendapati gaji bulanan  saya dibayar  hanya  RM 930.00 sahaja.  Saya cuba berhubung dengan staf tuan di cawangan Seremban. Beliau menyatakan baki gaji sebanyak RM 400.00 lagi akan dibayar kemudian dan menasihatkan saya agar tidak perlu risau berkenaan perkara tersebut.  Beliau berjanji akan menguruskan perihal baki gaji yang kurang itu secepat yang mungkin dan menyuruh saya agar terus bekerja seperti biasa. Saya berpegang pada janji tersebut dan meneruskan khidmat saya seperti biasa dengan harapan yang menggunung tinggi untuk mendapat baki gaji tersebut tetapi nyata sehingga kini tiada langsung pembayaran dibuat. Adakah staf tuan telah mempermainkan saya berkenaan gaji tersebut?

Untuk bulan febuari 2014 juga begitu, saya hadir bekerja seperti biasa dan masih bekerja penuh sepanjang bulan tersebut tetapi mendapati gaji saya hanya RM 840.00. Saya mula tertanya-tanya adakah ini bermakna saya telah dipermainkan sekali lagi memandangkan baki gaji bulan januari yang telah dijanjikan juga masih belum diterima malah kali ini amaun gaji yang saya terima adalah makin berkurangan dan pihak tuan didapati sudah mula membuat potongan KWSP pula.

Saya berharap pihak tuan pertimbangkan semula perihal gaji saya ini dan dapat membuat baki pembayaran seperti yang telah dijanjikan sepertimana ketika mula-mula saya diambil bekerja iaitu dengan gaji RM 1,300.00 sebulan.

Terus terang saya nyatakan di sini bahawa saya tidak akan bersetuju dari awal lagi untuk bekerja di syarikat tuan jika sekiranya saya dimaklumkan terlebih dahulu berkenaan amaun gaji yang akan dibayar hanya RM 930.00 dan  RM 840.00 sebulan kerana amaun tersebut tidak berbaloi dengan keringat dan masa yang telah saya korbankan.  Saya bekerja tanpa ada cuti walau sehari dalam sebulan termasuk pada hari sabtu ahad dan cuti umum walaupun ianya sepatutnya hari rehat malah saya bersengkang mata bekerja hingga ke tengah malam demi mencari rezeki dengan harapan akan mendapat bayaran gaji yang setimpal seperti yang telah dijanjikan pada awalnya.

2.2 Pemotongan Duit Uniform

Berkenaan dengan pemotongan duit uniform pada gaji pertama saya juga berlaku kesilapan di  mana gaji saya telah dipotong sebanyak RM 193.00 dan saya dimaklumkan bahawa amaun tersebut adalah harga untuk 3 helai uniform sedangkan saya hanya mengambil 2 helai uniform sahaja.

Saya telahpun memaklumkan perkara ini kepada staf tuan di cawangan Seremban dari awal lagi sebaik sahaja mendapat tahu berkenaan pemotongan tersebut dan beliau berjanji akan memulangkan semula wang yang telah terlebih potong tersebut tetapi sehingga kini saya masih belum menerima apa-apa pembayaran balik sebaliknya staf tuan sudah mula memberi pelbagai alasan untuk tidak memulangkan wang tersebut.

Saya berharap agar tuan faham bahawa untuk orang yang bergaji kecil seperti saya amaun tersebut adalah agak besar nilainya dan untuk apa saya membayar harga 3 helai uniform sedangkan saya hanya mengambil 2 helai sahaja?.

3.  Dengan permohonan secara bertulis ini, besarlah harapan saya jika sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan semula perihal pembayaran gaji saya untuk bulan januari dan febuari 2014 tersebut dan saya berharap agar pihak tuan dapat mengembalikan semula wang uniform yang telah terlebih potong dari gaji saya tempoh hari.  Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya harapkan dan saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


______________________________



s.k. Cawangan Seremban.



You all rase ok x surat ni?...

Thursday, March 6, 2014

Rasa teraniaya....

Lame gak x update blog...huhu
Bkn ape, xde cite nak update.
Saya dah xpikir lagi pasal nak pregnant.
Saya just go on naturally...
Meneruskan kehidupan mcm biase
Klau ade rezeki, ada lah.
Klau xde, saya dah penat nak berharap lagi.
Lagipun, saya dah xmampu utk meneruskan rawatan.huhu
Kedudukan kewangan kami agak terhad sekrg
Lebih2 lagi, lps ape yg berlaku....

Nak dijadikan cerita,
Lps lebih kurg sethn my hubby tanam anggur kat umah
Akhirnya hubby dpt keje, start disember last year.
Dijanjikan gaji RM 1,300 sebulan dengan 8jam keje sehari dan tiada cuti rehat
tiada public holiday
Ianya bermaksud hubby saya perlu bekerja penuh dalam sebulan tiada cuti sabtu ahad atau public holiday
Oleh kerana dah lame sgt tanam anggur, hubby saya setuju dengan tawaran kerja tu.

Alhamdulillah, gaji pertama bln disember tu hubby dpt lah gaji seperti yg dijanjikan
Cuma yg xbest nya berlaku kesilapan pemotongan duit uniform
Yang mana my hubby telah ambil 2 helai uniform tetapi gaji telah ditolak dgn amaun 3 helai uniform
Klau uniform tu harga RM 10-RM 20 mmg kami xkisah boleh je halalkan
Masalahnya harga uniform tu RM 65 sehelai...
You all dpt bygkan x, camne bengangnya kami.
Mintak pulangkan duit yg terlebih tolak tu....sampai lah sekrg ni xdpt2 lg.
Sabar je la kan.

Masuk je thn baru, bulan januari hari tu...you all tau berapa gaji my hubby dpt?
RM 930....
My hubby keje 31 hari bulan januari, time cuti thn baru pun dia keje, time cuti raye cina pun dia keje,
Mmg penuh dia keje selama 31 hari, dpt gaji RM 930????
Mmg saya sgt2 marah.
Had kesabaran kami diuji.
My hubby dptkan kepastian, pihak syarikat ckp akan byr baki gaji lagi RM 400 dlm mase terdekat.
Tp sampai lah sekrg pun belum dpt2.
Rase2 nye kami dah kena tipu hidup2.huhu.
Sabar lagi.

Ni utk gaji bulan febuari ni pulak, you all tau berapa pulak my hubby dpt?
RM 840...
My hubby keje xde cuti selama 28 hari di bulan feb, dpt gaji hanya byk tu?
You all rase berbaloi ke x?
Saya mmg rase x berbaloi...
Dgn mase yg hubby korbankan
Di kala org lain seronok cuti kat rumah sabtu ahad n public holiday,
My hubby pulak bersengkang mate keje sampai ke tgh mlm.huhu

Bkn masalah gaji kecil yg saya pertikaikan
Saya xkisah lgsg berapa gaji hubby asalkan ianya rezeki yg halal
dan asalkan hubby mahu bekerja demi mencari rezeki utk kami.
Tp saya rase hubby mcm ditipu so hati saya rase sakit sgt2.
Janji nak bg gaji RM 1,300 sebulan tgk2 jd mcm ni pulak.

Sbnrnye lps dpt gaji bulan januari tu saya dah suruh hubby berhenti je keje carik keje lain
Tp my hubby masih lagi percaya yg pihak syarikat akan mmbayar baki gaji yg kurang
So sbb tu my hubby stay lagi kat situ
Tgk2 kali ni gaji lagi kurg pulak dari yg bulan januari.huhu

Ape yg patut saya buat????
Saya suruh hubby call syarikat tu tp xdilayan.
Saya beranikan diri call syarikat tu tp staf sume mengelak xmau jawab pertanyaan saya.
Alasan diaorg, kene tanye bos.
Bile mintak no tepon bos, diaorg ckp x boleh bg pulak.
Mmg sakit betul hati saya sekrg ni la...
Cian my hubby...
Dia dianiaya kan?...
Doa org teraniaya ni biasenya makbul kan?
Moga Allah permudahkan perjalanan hidup kami lps ni...
Sedih, marah, bengang, geram...sume ade ni.huhu.