Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun....
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA...

Monday, March 5, 2012

Syukur Alhamdulillah...

Syukur Alhamdulillah...My hubby dah kuar wad. Kebesaran Allah mengatasi segalanya kan. My hubby tak jadi masuk bilik bedah. Tak jadi nak dimasukkan tiub melalui dia punye saluran kencing tu.  Pada hari yg hubby dijadualkan masuk bilik bedah, batu yg dikatakan tersangkut kat injap pundi kencing dia berjaya keluar dgn sendirinya...My hubby buang air kecil, tetibe batu tu kuar sekali. Terima kasih yg tak terhingga Ya Allah...Terima kasih kwn2 yg mendoakan (kalau ade ar...hehe)...

Mase hari jumaat tu, hubby kene puasa and last boleh mkn kul 8 pagi. So aku bgun pg tu lepas solat subuh, terus gi goreng nasi sbb nak hntr kat hubby. Takut dia lapar sbb kene puasa sampai ke mlm. Hospital punye menu breakfast, kebetulan roti je pg tu so kompem hubby tak kenyang. So aku pun msk nasi grg dan dlm kul 7 terus gi hntr ke hospital. Sib baik hospital dekat je ngan umah. Sampai je hospital, hubby terus mkn. Dah lepas hubby mkn, aku terus gi keje sbb kalau ikut plan, aku keje setengah hari pastu dtg hospital lik sbb hubby kene masuk bilik bedah tu ptg.

Nak dipendekkan cite, dlm kul 10 pg lebih kurg, my hubby call bgtau batu tu dah kuar...Doc dah tgk batu tu tp doc kate maybe tak abih kuar sbb mcm ade kesan batu tu patah. So doc suh tunggu beberapa jam lagi tgk camne ade rase skit lagi ke tak.  Menjelang ke ptg, my hubby kate dah takde rase sakit yg selama beberapa hari ni menyerang dia sampaikan kene injek tahan sakit mase kat hospital.  So doc decide suh cancel prosedur masukkan tiub tu, just mkn beberapa jenis ubat je dan tgk dlm seminggu lagi camne.

Aku bersyukur tak terhingga sbb hubby tak perlu lalui detik yg mencemaskan tu. Pehhh tak pat bygkan camne tiub dimasukkan ikut saluran kencing tu. Sekrg ni hubby tgh mc lagi menjelang date kene jumpe doc lik. Rilex ar dia kat umah...aku je yg kene gi keje.huhu.

Sekali lagi...terima kasih Ya Allah...terima kasih Ya Allah...terima kasih Ya Allah...

No comments:

Post a Comment