Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun....
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA...

Wednesday, May 23, 2012

NASIHAT DR. ZUBAIDI...


Harap2 Dr. Zubaidi tak kisah lah saya copy & paste artikel dia ni.

Anak merupakan salah satu rezeki yang Allah kurniakan kepada pasangan-pasangan yang terpilih. Ada yang Allah berikan anak tunggal, ada yang mendapat bilangan anak yang sedikit dan ada yang mendapat bilangan anak yang ramai.

Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas.
“Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia (ALLAH) juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia (ALLAH) Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Surah Asy-Syura: 50)


Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah. Jadi wanita yang pernah hamil dan telah mempunyai anak, tiba-tiba mendapati diri mereka sukar untuk hamil semua, sedarlah bahawa ini semua ujian dari Allah yang harus diterima dengan redha dan berusahalah dengan cara yang betul serta berdoa.


Tidak boleh hamil semula selepas pernah melahirkan seorang anak dinamakan ketidaksuburan sekunder (secondary infertility). Fakta ini agak sukar diterima oleh sesetengah pasangan kerana mereka sebelum ini tidak mempunyai masalah kesuburan.

Ramai pasangan yang berkahwin tidak sampai setahun mereka berkahwin, isteri telah hamil. Setelah anak besar dan mula untuk merancang untuk mendapatkan seorang anak lagi, mereka mengalami masalah. Perasaan hampa menguasai diri dan pelbagai nasihat telah diterima. Apabila terlalu lama menunggu, pasangan ini mula rasa keliru dan kecewa.

Namun saya selalu menasihatkan pasangan-pasangan ini agar jangan mudah kecewa dan berputus harap. Ini kerana rahmat Allah sangat luas. Sekurang-kurangnya mereka telah dikurnia seorang cahaya mata, berbanding dengan orang lain belum lagi menimang cahaya mata.


Kebanyakan pasangan yang berkahwin tidak menghadapi masalah kesuburan. Dianggarkan seramai 84 peratus dari pasangan yang berkahwin, dan tinggal bersama, kerap melakukan hubungan jimak (melakukan antara 2-3 kali seminggu) tanpa menggunakan apa-apa alat mencegah kehamilan, akan hamil dalam masa setahun.


Peratusan ini meningkat ke 92 peratus apabila pasangan yang sudah berkahwin selalunya memperolehi zuriat pada tahun kedua.


Oleh itu jika setelah berusaha selama dua tahun, sama ada belum pasangan ini pernah mendapat cahaya mata atau belum pernah hamil, saya nasihatkan agar berjumpa dengan doktor pakar kesuburan bagi mengkaji masalah sebenar yang dihadapi.


Pemeriksaan harus dilakukan terutama bagi pasangan yang sedia maklum mengalami masalah kesihatan sebelum mereka berkahwin seperti diabetes mellitus, SLE atau pernah menjalani rawatan kanser. Ini kerana semakin lama menunggu, kesuburan seorang wanita akan menurun.


Bagi wanita yang sudah berumur 35 tahun, saya menasihatkan agar tidak harus menunggu lebih dari enam bulan untuk berjumpa dengan doktor pakar kesuburan.

-Artikel By Dr. Zubaidi- 

Nota kaki : Risau lah jgk...thn depan saya akan berumur 35thn.huhu. :( 

No comments:

Post a Comment