Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun....
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA...

Monday, December 10, 2012

Pemergian Ayahanda...Alfatihah.

06.12.2012 jam 3.10pg
Ayah pergi buat selamanya. 
Tiada lg suara ayah yg akan menusuk masuk ke cuping telinga. 
Tiada lg call dari ayah.
Tiada lg tempat nak meluah dan berkongsi rasa bile saya bermasalah dgn mertua.
Rindu tak terkata walaupun baru masuk hari ke 5 ayah bersemadi.
Rindu tak terkata walaupun setiap hari pegi menziarah di kubur ayah.
Hilangnya ayah, tiada pengganti...
Semuanya berlaku begitu pantas.
Tiada pesan tiada tanda.
Last jumpe dan berbual dgn ayah 02.12.2012. 
Rase mcm mimpi pun ade.
Masih lg berharap bahawa semuanya hanya mimpi mainan tido
Tp nyata ianya bkn mimpi.
Nyata Allah lebih menyayangi ayah.

05.12.2012
1.40 ptg -  Baru je lepas lunch di pejabat.  Tibe2 anak saya  call menangis2 bgtau atuk dia kene serangan jantung kali ke 2 (2 thn lepas penah kene serangan kali pertama tp doc dpt selamatkan). Saya minta anak pass hp ke nenek dia. Saya nak dgr sendiri dari mulut mak saya. Mak menangis2 suruh balik segera. Dalam hati saya, hanya Allah je lah yg tau. Dok pikir2 perjalanan balik rmh mak saya akn amik mase sejam setgh klau jln clear. Saya call hubby mnta balik rumah segera. Fikiran jadi tak tentu arah, sempat ke tak jumpe ayah....

3.30 ptg - Tiba di hosp. Kuala Pilah. Adik saya call suruh terus tunggu di hosp. kerana ayah akan dibawa menggunakan ambulan menuju terus ke hosp. Kuala Pilah. Badan saya dah menggigil. Saya jadi lemah. Jauh di sudut hati saya berdoa moga kali ni juga ayah akan dapat diselamatkan. Saya dan hubby masing2 diam seribu bahasa termenung bermain dgn fikiran sendiri.

4.00 ptg -  Nmpk ambulan tibe di bhgn kecemasan. Saya berkejar ke ambulan dan nmpk ayah sedang di usung. Ayah nmpk tak berdaya. Ayah tgh sengsara menahan sakit dada dan sesak nafas. Tak dpt nak mendekati ayah sbb doc terus tolak masuk ke bhgn kecemasan untuk dirawat. Saya tunggu di bhgn luar bilik rawatan sementara adik2 yg lain sume sampai tak lame kemudian. Adik2 sume naik kereta masing2 follow ambulan yg bwk ayah tp sume ketinggalan sbb ambulan terlalu pecut bawak ayah.

5.00 ptg - Dah puas dok tanye2 perkembangan ayah, tp masih belum ade keputusan. So sabar je menunggu dgn penuh harapan.  Lebih kurang 5.30 ptg, doc panggil wakil masuk untuk berbncg. Saya masuk jumpe doc dan doc terangkan, ayah sedang nazak walaupun pelbagai ubat telah dimasukkan. Doc minta sign surat persetujuan agar membenarkan ayah dibius untuk masukkan tiub oksigen melalui mulut. Risiko tinggi mungkin ayah takkan sedar semula selepas dibius. Peluang 50-50. Tp doc kate klau tak buat mcm tu dan biar saja ayah, peluang lgsg takde. Saya dah menangis2 mnta doc tangguh dulu untuk saya bncg dgn adik2 yg lain. 

5.30 ptg - Akhirnya kami adik beradik terpaksa akur agar ayah dibius utk masukkan tiub oksigen ke mulut. Sbb? doc bg peluang kami masuk jap tgk keadaan ayah yg sedang menahan sakit. So  kami adik  beradik sgt2 tak sampai hati  membiarkan ayah tanpa rawatan selanjutnya. Doc kate, kalau biarkan mgkn dlm mase sejam dua nafas ayah akn berhenti terus. Saya dgn berat hati sign surat setuju.

6.00 ptg - Doc teruskan rawatan bius. Ayah dipindahkan ke ICU. Kami hanya mampu menunggu dan menunggu dan menunggu....

11 mlm - Dah ilang sabar sbb tak dpt tgk ayah. Doc bg alasan ayah belum stabil dan belum boleh terima pelawat. Saya merayu2 minta dibenarkan tgk ayah. Akhirnya doc bg masuk tgk dari jarak jauh. Tak dapat menahan air mata tgk ayah terlantar di katil dgn seluruh bdn penuh dgn pelbagai wayar. Tgk dada ayah berombak2 kesan dari tiub oksigen yg dimasukkan melalui mulut. Saya ceritakan pada adik2 tntg keadaan ayah sbb mereka tak dpt nak masuk tgk. Doc cuma bg saya dan mak je yg masuk mase tu. Doc suruh kami semua bersedia sebarang kemungkinan sbb denyutan jantung ayah terlalu lemah dan tekanan darah ayah terlalu rendah. Ayah masih belum sedar. Saya tanye doc nape ayah saya masih  belum sedar. Doc kate trpaksa bius sekali lagi sbb mase ayah sedar, ayah mula meronta2 mntk ditanggalkan semua wayar yg ada di bdn.

2.00 pg - Doc beri peluang masuk tgk ayah, dan doc suruh bacakan surah yassin. Kami semua dah berjuraian air mata. 

3.10 pg - Doc bgtau.....ayah dah takde...Mcm mimpi. Tp bkn mimpi. Susah nak terima keputusan pada mulanya tp terpaksa redha. Menangis air mata darah sekalipun, ayah tak kan kembali lg.

Ya Allah....tabahkan hati aku menerima dugaan dariMu ini.
Ya Allah...
Ampunkan lah dosa-dosa ayahku di sepanjang hidupnya.
Rahmatilah ayahku Ya Allah...
Moga ayah ditempatkan di sisi org2 beriman dan dikasihi Allah.
Moga ayah tenang dan damai di sana.
Saya....R.I.N.D.U ayah...
Alfatihah untuk ayah.  


10 comments:

  1. Salam

    Takziah buat awak sekeluarga. Saya juga terasa kesedihan walaupun hanya membaca.

    Semoga semua tabah dan redha atas ketentuan ini. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang soleh. Amin

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan,

    sabar banyak2 ye..semua tu dugaan Allah..sy dah melalui detik yg sama 6 thn lepas..sakit pedih utk menerima kehilangan org tersayang..rasa hilang tempat bergantung..
    semoga roh ayah awak dicucuri rahmat..amin

    ReplyDelete
  3. takziah utk awak.mmg terlalu perit utk menerima..tpi keadaan akan berubah , bg masa sikit tuk diri awak ok... saya juga membaca post sebegini juga- kawan sy, husband die meninggal, die sedang pregnant anak yg sulong.. dh lebih 40 hari kepergian suami, tetapi masih rasa mcm dlm mimpi...takpe..slow2 kay...be strong!

    ReplyDelete
  4. Salam takziah safiyyah.. Bykkan bersabar. Smge arwah ditempatkn bersama mereka y beriman. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah..sayunye hati saya membaca coretan awak...
    Coretan awak mengingatkan saya pada ayah. Ayah yang pernah diserang sakit jantung suatu ketika dahulu. tapi dapat diselamatkan lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mase kene serangan kali ke 2 ni, kami adik beradik masih lagi berhrp arwah akn dpt diselamatkan lg tp Allah lebih menyayangi ayah...

      Delete