Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun....
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA...

Thursday, August 30, 2012

Cerita Raya Yg Dah Basi...

Mukaddimah...
Raya thn ni alhamdulillah...saya dpt menyambutnya. Klau thn lepas saya terlantar sakit mase org lain bergembira di hari raya, saya bersyukur sbb Allah bg saya peluang dan kesempatan bergembira utk raya thn ni. Walaupun sesekali GERD saya dtg jgk menyerang menyebabkan perut saya rase sebu tak selesa, dada rase sesak dan susah nak bernafas, tp saya tak pikir dan tak layan sgt sakit saya tu.  Saya buat mcm saya sihat.  Saya tak mau terlantar sakit berbulan2 mcm thn lepas. Terima kasih Allah.

Pra-raya (mantai)...
Ok start cite raye ek.  Raye rmh family saya, mmg seronok ar...Mula dari mlm mantai, kami adik beradik dah berkumpul ramai2.  Tetibe pulak tercetus idea kami adik beradik nak syer2 duit belikan TV baru tuk mak ayah saya. So mlm tu jgk saya, hubby dan adik2 saya kuar gi pekan terdekat semata2 nak beli TV. Tak penah saya buat mlm2 mantai kuar gi pekan.huhu. Kami kuar berlima naik satu kete nak cari TV baru punye pasal.  Naik kete persona adik saya sbb pikir bonet kete tu kan besar.  Knon2 nye lah.hehe.  Aiseh, pekan kecik, kedai brg letrik pun tu je 1 yg ade, so tak byklah pilihan TV yg ade. Last2 kami beli TV plasma 42 inci jenama LG sbb tu je yg memenuhi bajet kami.hehe. Yg kelakarnya, tak muat pulak nak masuk bonet kete persona adik saya tu....ha sudah...camne nak balik. Tak kan nak buat 2 trip pulak, hntr TV dulu and then jemput kami, ish tak mau tak mau...hari dah lewat mlm ni. Sejam jgk lah pegi and balik dari pekan tu ke rmh. Tau kami buat camne? Masukkan jgk TV tu kat tempat duduk belakang, sandarkan kat kusyen.  Pastu kami bertiga masuk jgk duduk belakang tu. Kiranya dpt ar punggung ni landing cikit je kat tmpt duduk sbb selebihnya dah penuh dgn TV tu.hehe. Kiteorg punye gelak sepnjg perjalanan tu. Lenguh giler punggung saya sbb duduk bertepong sebelah je. Kelakar tul. Kalau lah ade amik gamba kami bertiga kat belakang time tu mmg pecah perut ar org lain tgk. My hubby untung ar, diberi keistimewaan duduk depan.hehe. Dia dok gelak je kat depan. Ape pun syukur, kami selamat sampai rmh. Mak ayah pun tersenyum lebar dpt TV baru.


Raya ke-1 (pagi)...
Ok, cite bab raye...Mcm biase pg raye bgun siap2kan keperluan hubby nak gi sbyg raya. Thn ni hubby gi masjid dgn adik2 ipar dia dan ayah mertua dia je. Saya?...cuti tgh bendera merah yg masih bersisa di hari yg ke-4. 

Lik je diaorg dari sbyg raya, kami yg kat rmh ni dah siap2kn hidang menu raya. Kami mulakan sesi bersalaman memohon maaf ramai2, pastu bersila ramai2 mengadap hidangan. Raya kan, ape lagi menu utama klau tak nasi impit, lemang, rendang, kuah kacang, kuah lodeh. Menu tambahan, kami masak bihun bakso. Pehhh...hiruk pikuk rumah mak ayah saya pg raya tu. Cucu 6 org je tp punye riuhnya mcm cucu 20 org.hehe.

Lepas menikmati juadah pg tu, kami bergambar sakan pulak. Almaklumlah thn lepas mmg saya tak dapat beraya lgsg. So thn ni seronok nye mmg lain mcm.hehe. Elok je lepas sesi bergambar, rmh mula didatangi tetamu, sedara mara. Dipendekkan cite, sampai lah ke ptg lebih kurg kul 4 saya dan hubby gerak balik rmh mertua pulak.

Raya ke-1 (ptg)...
Sampai je kat rmh mertua lebih kurang kul 5.30 ptg, tgk2 rumah takde org. Sume dah kuar gi merayau jln raye kat sekeliling kg termasuk lah mak dan abah mertua saya pun takde kat rmh jgk.

Time tu je mood saya dah mula berubah. Nape mertua saya leh kuar gi berjln raye sedangkan dia tau kami nak balik ptg tu. Tak boleh ke mereka tunggu kat rmh, anak menantu & cucu nak balik beraya. Saya membayangkan mertua akn menyambut kepulangan kami, nak bersalaman memohon kemaafan dan menghidangkan juadah raya yg istimewa.  Saya tau ianya mustahil sbb sepanjang saya berkahwin dgn hubby ni, family dia mmg tak mcm family lain menyambut raya. Takde istilah mantai ke ape. Takde masak2 di hari mantai. Klau pikir logik nak berziarah brjln raya, esok2 pun boleh lagi pegi, raya kan sebulan. Anak menantu ni bkn selalu dpt balik berkumpul ramai2. Betul tak?...Saya dah mula bengang bile kepulangan kami tak disambut. Tp saya sedapkan jgk hati, family mertua saya kan mmg mcm ni, so saya kena lah redha.

Nasib baik jgk lah pintu tak berkunci so dptlah kami masuk rmh. Saya terus menuju ke dapur sbb perut mula dah rase lapar balik. Masalah GERD saya menyebabkan saya tak boleh kontrol rase lapar.  Klau saya biar perut kosong terlalu lame, asid perut akan naik ke dada dan saya akan diserang sesak nafas. Susah tul nak jaga perut saya ni sekrg.huhu. Sekali pegi dapur, tgk2 mknn lgsg takde. Dlm ati saya dok kate, mcm tak raya pulak rase kat rmh ni. Takde lemang, takde ketupat, takde nasi impit, takde lauk pauk, sume takde...Kosong je atas meja. Ish biar betul? Rasenye duit daging lebih pada cukup kami bg 2-3 hari sebelum mantai ari tu. Time tu hati saya dah mula membara. Mood raya saya yg berkobar2 dari mlm mantai tu terus ilang lenyap. Perut saya dah lah tak boleh lapar, mknn pulak takde lgsg nak mkn. Ni raya ke tak raya kat rmh ni, saya pun tak paham. Nape mcm takde keriangan nak sambut anak menantu balik beraya, pun saya tak paham.

Muka saya dah mula mencuka. Hubby saya suh msk nasi, dia gi kedai beli telor. Lum pun sempat saya nak duduk lepas msk nasi tu, sedara mara hubby pulak dtg sampai 4 kereta...adoyai....tuan rumah takde ni ha, nmpk gayenye saya lah yg kene melayan diaorg ramai2 tu. Soba yo lah. Saya pun buat air, hidang kuih raye ape yg ade je. Saya tgk air muka sedara mara hubby sume mcm pelik je sbb takde hidangan berat mcm lemang ngan rendang ke kan. Biasenye raya pertama kan ade menu berat selain kuih2 raya kan. Tp saya tak tau lah family lain camne sbb klau rmh family saya, raya pertama mmg kami akn menjamu sedara mara dgn hidangan berat. Klau dah masuk raya ke 2 dan seterusnya kami just buat menu simple mcm mee grg ke, mee sup ke, mee kari ke. Khas utk sedara mara ar. Ade sedara hubby yg tanye2 secara berseloroh takde buat lemang ke, ketupat ke. Saya just jwp, tak tau sbb kami pun baru je sampai.huhu.

Dah dekat maghrib, barulah mertua saya lik rmh. Tetamu2 pun balik lepas dah dpt jumpe mertua saya walaupun sekejap je jumpe nye. Muka saya tak leh nak cover dah bengkak nye hati saya ni. Muka saya masam mencuka je. Puas saya cube nak maniskan muka, mmg tak boleh. Lebih2 lagi lepas hubby saya sound ' muka awak tu tolong jgn nak bengis masam mencuka je kat rmh ni, tolong cikit...' pehhh....sound tepat je hubby kat saya dgn muka serius dia. Lagilah buat saya berangin.hehe. 

Maybe mertua perasan saya dan hubby dah mula dingin, mertua bg alasan yg mereka tak tau kami nak balik ptg tu so mereka pun gi berjln raya. Ohhhhh sungguh tak munasabah. Mertua ingt saya ni budak umo 6thn ke leh nak bg alasan camtu. Sepnjg kat kg hubby mmg saya diam je tak brckp. Hati saya bertmbh sakit bile mak mertua, adik2 ipar dan biras2 mula menyindir ckp saya dan hubby dah tak subur. Walaupun nada diaorg just bergurau, tp ianya ibarat minyak yg menyimbah api dlm hati saya yg tgh membara ni. Mentang2 lah biras2 saya semua tgh ade baby, diaorg buat saya mcm sampah je kat rumah tu. 

Pastu mak mertua asyik menyindir hubby kata kerap balik kg saya. Bile mak mertua saya menyindir hubby mcm tu, automatik lah saya yg terase lebih2 sbb cara dia ckp tu mcm saya ni yg kontrol hubby asyik balik rmh mak saya je. Nape diaorg tak leh paham, dah tentu2 lah anak kami kat kg, mak saya yg jaga, mmg ar hubby kerap lik rmh mak saya sbb nak jenguk anak dia. Bkn kerap mane pun, sebulan dalam 2 kali je pun. Mulut saya ringan je nak membidas ape yg diaorg sindir2 tu tp saya sabar je. Saya beristighfar dlm hati mntk Allah kunci mulut saya dari mengeluarkan kata2 yg kurg ajar lebih2 lagi di hari raya.

Raya ke-1 (malam)...
Mood raya saya terus hilang tp saya buat mcm biase je cuma takde borak2 sgt. Mlm tu, kul 10 mertua ajak gi berjln raya.  Saya ckp dah lewat, tp mertua kata raya tak kisah klau gi berjln mlm pun. Hubby dah mula bengang bile saya tak mau ikut. Last2 saya ikut jgk. Dlm hati, Allah je lah yg tau. Dopendekkan cite, mlm tu kul 12 lebih baru kami sampai rmh lik. Sampai je rmh, masalah lain lak timbul. Takde tmpt nak tido. Ruang tamu sume dah penuh. Bilik tido ade 1 je. Last2 saya tido dlm bilik tu syer dgn adik ipar and wife dia. Sib baik bilik tu luas lah jgk.

Raya ke-2 (pagi)...
Pg esoknya bgun, masalah jgk lagi...sarapan pg. Stok lgsg takde so saya tak tau nak msk ape. Saya mundar mandir kat dapur pikir ape nak mkn. Mertua saya ngan adik2 ipar, biras2, sume perli2 ckp perut diaorg tak mcm perut saya. Perut saya perlu mknn berat pg2 sedangkan diaorg just sarapan bahulu cicah air teh pun dah cukup. Wahhh...mcm saje carik pasal je diaorg dgn saya. Saya bkn tak mau masak bihun grg ke ape pg tu. Tp saya maleh sbb takde kerjasama dlm rmh tu. Saya dah penah terkena, saya sorang2 msk sarapan kat dapur sedangkan yg lain duduk senang lenang depan TV. Alasan masing2, sbb saya yg nak mkn berat, diaorg takde kisah pun sarapan ke ape. Tp yg peliknya, bile saya dah msk, elok je sume org mkn pulak. Apelah salahnya klau same2 join saya kat dapur msk menu sarapan. Last2 pg tu diaorg minum air teh O and just mkn kuih raye je. Hubby dah tak amik peduli lagi tntg saya sbb dia bengang saya buat  muka mencuka dgn family dia.hehe. Hubby buat hal sendiri je mcm saya tak wujud je kat rmh tu.  Pandai2 saya lah nak mkn ke minum ke.huhu.  Saya msk nasi lagi pg tu sbb ingt nak msk nasi grg ke. Tp last2 saya mkn nasi putih je ngan grg telor dadar. Yg lawak eh, lepas je saya mkn, sorang demi sorang adik ipar saya masuk dapur cari nasi jgk. Saya bersuara dlm hati 'ai, kate tak kisah sarapan bahulu je pun dah cukup, cari jgk nasi yg saya msk...' ntah ape2 je.

Lepas tu kami semua bersiap gi berjln raya. Dlm dingin2 saya ngan hubby, berjln jgk raya sbb hubby kene bwk mak ayah dia sekali. Almaklumlah family hubby takde transport. Setakat jln keliling kg naik motor boleh lah, nak jln rmh sedara mara yg jauh2 cikit, hubby ar tukang bawak. Nak hrp adik ipar yg sorang lagi tu mmg takdelah...pakai kete satria, dia laki bini ngan anak 2 org je dah penuh kete. Adik2 ipar yg lain takde kete. 

Raya ke-2 (ptg)...
Sebelah ptg, mertua saya suarakan nak gi beraya rmh mak saya pulak. Saya pun call mak saya bgtau kluarga mertua nak dtg rmh. Mak saya ok je. Oleh kerana dah raya ke-2, mak saya just masak bihun grg je. Punyelah byk mak saya msk sbb mertua kata nak gi ramai2.  Sekali dah nak gerak tu, yg lain2 tak mau lak join sbb knon masing2 ade tmpt lain nak tuju. So mak ngan ayah mertua je lah yg gi, hubby tukang bawakkn. Sepanjang perjalanan ke rmh mak saya, saya diam je dlm kete. Lgsg tak bersuara. Saya dok pikir, mesti mak saya bising nnti ni sbb dia dah msk byk bihun grg sekali yg datang, mak ngan ayah ayah mertua saya je. Sesekali saya terlelap dlm kete. Lgsg takde borak2 ngan mertua saya. Mertua saya pun takde nak borak2 ngan saya sbb mgkn dia perasan saya dari semlm dah mencuka je muka.hehe. Dipendekkan cite, mak saya bising lah jgk sbb takut takde sape2 dtg lagi ptg tu, sape nak  mkn bihun grg yg byk tu kan. Tp syukur, kwn2 sekolah adik saya dtg ramai2 ptg tu gak. So abih lah jgk bihun grg mak saya tu. Lepas dah selesai rmh mak saya, kami gerak lik rmh mertua semula.

Saya sound ar adik ipar and biras saya sbb ckp mcm koling, cian mak saya dah msk byk. Lum sempat saya ckp lebih2, mak mertua saya dah pancung kata2 saya mcm menyalahkan saya dan mengatakan anak2 dia yg lain tak salah. Siap ckp, ala msk bihun je pun bkn msk lauk ke ape. Saba je lah kan.....Saya terus diam maleh nak bertekak.

Raya ke-2 (mlm)... 
Ujan lebat kat rmh mertua. Masalah lg, menu mkn mlm pulak....Semua adik ipar dan biras dah berkumpul kat rmh. Tp semua takde kisah pun nak mkn mlm ke ape. Saya gi dapur masak nasi dan grg ikan. Kebetulan ade sedara hubby dtg bagi ikan talapia yg dia ternak sendiri. So saya grg ikan, saya mkn nasi berdua ngan anak saya. Hubby? merajuk tak mau mkn. Yg lain2, takde saya pelawa pun sbb sume takde kisah pun nak mkn ke ape kan. Dah lepas mkn, saya duduk jap kat sofa pastu saya ngan anak masuk bilik, tido. Nak gi beraya pun camne lak sbb ujan lebat ngan petir sekali. 

Raya ke-3 (pagi)...
Saya tak leh solat so takdelah saya bgun subuh. Tgk2 pg lagi hubby dah gerakkan saya dgn marahnya suh bgun siap2 nak balik rmh mak saya. Saya tanye nak watpe lak lik rmh mak saya sbb keluarga saya takde kat rmh raya ke-3, nak balik melaka kg mak ayah saya. Hubby jwp 'tak gune duk sini buat sakit ati je tgk pangai awak, jom je lah balik rmh mak awak'...pehhhhh pg2 lg dah buat hal hubby saya ni. Tak pasal2 lak bgun pg  nak marah saya. Alkisahnya dia bengang ar tu sbb saya masuk tido awal mlm tu. Dia lak jenis yg nak berjln raya mesti nak bwk saya. Suh dia gi ngan family dia je tak mau pulak. Mane saya tau dia nak jgk gi berjln raya mlm tu. Dah tentu lah ujan lebat. Sape suh dia tak berckp dgn saya kan.

So saya ngan anak pun bgun siap2. Kali ni mertua baik pulak hati dah panaskan nasi and grg telor dadar. Agknye diaorg pasan saya ngan hubby dah mkin dingin. Lebih kurg kul 9 kami gerak. Saya call keluarga saya tanye dah gerak lik melaka ke lum, nyata diaorg masih lg di rmh. Bile tau kami nak balik, diaorg pun tunggu ar kami sampai baru gerak lik melaka sekali. Kul 11 baru kami semua gerak lik melaka. Hubby masih lagi dingin. Mase dlm kete ade jgk dia cite, kempunan ikan talapia yg saya grg mlm tu sbb dah kene mkn dek adik2 dia. Saya jwp senang je 'dah tau adik2 abg jenis mkn tak tinggal org belakang, sape suh ngada2 nak merajuk tak mau mkn sekali ngan ayang'...Ghupenya hubby sound biras saya mlm tu. Biras saya sindir dia kate kenyang tp bini dah tido cari lak nasi. Hubby pun ape lagi, hilang sabar agknye terus jwp 'td mmg ar aku kenyang, ni lapar...yg ko abihkan ikan tu apasal, msk tak nak, ikan tu bini aku yg msk abih lak korang mkn'...hubby saya cite, mak dia dgr pertgkaran tu terus masuk dapur grgkan ikan lain tuk hubby.

So raya ke-3 tu kami menziarah rmh sedara mara di melaka ar. Ptg baru lik. Hubby? masih lagi mcm tu.huhu. Sbnrnya saya rase bersalah jgk. Tak sepatutnya saya nak moody mase kat rmh mak dia. Tp saya mmg tak tahan ar kene sindir2, tambah lagi takde org yg paham saya kat sane. Tak tahan dgn ragam adik2 dia, adik2 ipar dia. Sume jenis mulut longkang. 

Mcm2 cara saya pujuk hubby, tak jgk jln.hehe. Tido mlm siap tak mau tido sekatil ngan saya lak tu. Sah2 lah dia marah tul ngan saya. Puas saya memujuk eh tak mkn pulak deh pujukan saya.

Raya ke-4 (ending)...
Mati akal dah nak pujuk hubby, last2 saya hntr sms kat hp dia...'letih lah ayang nak pujuk abg dah. Mcm2 dah ayang buat, dah say sorry, dah pujuk mcm2, abg mcm tu jgk. Suke ati abg lah klau nak merajuk terus. Ayang ni yg dilayan mcm sampah kat rmh mak abg, asyik kene sindir je, takde abg kisah pun kan. Kluarga ayang layan abg mcm anak raja bile kat rmh mak ayang tp bile ayang kat rmh mak abg, ayang dilayan mcm sampah. Suke ati abg lah nak pikir ape tntg ayang. Tak larat dah...'

Lepas tu saya dah mula maleh nak pujuk lagi. Saya biar je hubby. Takde ckp2 pun ngan dia. Dari pg sampai lah mlm dia pun camtu je ar. Dia mcm dah nak mula berckp ngan saya tp tgk saya pulak yg dingin, dia jd tak berani agknye takut tak dilayan.hehe.

Mlm tu saya sediakan jgk tmpt tido tuk suami. Dah tau dia nak tido bawah, saya bentangkn tilam, sediakan selimut, bantal. Saya? tido kat atas katil ar sorang2.hehe. Ye ar, saya sediakan bantal sebelah saya, dia lari tido kat bawah. So mlm tu, saya sediakan terus tuk dia tido kat bawah ar. Tp mmg ade tilam ar bkn atas simen tau.  Saya terjaga tgh mlm bile rase ade tgn peluk saya. Saya tgk hubby tido sebelah saya sambil peluk saya. Dlm ati...ok dah lah ni hubby saya ni.hehe. Saje nak buat drama cikit mlm tu, saya buat2 merajuk meronta tak bg dia peluk saya. Saya ckp kat dia 'abg kan tak syg ayang, tak yah ar nak peluk ayang, ayang kan jahat'...pastu saya buat sedih cikit, hubby peluk saya makin erat. Hubby kiss pipi, dahi saya...pehhh rase syahdu je mlm tu. Hubby usap pipi saya and bisik 'ayang tido ar...dah mlm ni'. Ye ar, 4 hari beb kami dingin takde berckp sgt, takde kiss2.hehe. Pelukan hubby makin erat pastu hubby tanye saya bendera still merah lagi ke ape.hehe. Saya ckp kat dia 'tu la...asyik marah ayang je, sampai tak pasan ayang kan dah start solat ari ni td...bendera putih dah ni...'. Hubby geletek saya gurau2 manja pastu...paham2 je ler kan.hehehehe. 

Saya malas nak pikir lagi ape yg dah jd mase raya di rmh mertua ari tu. Yg dah lepas, biarlah berlalu. Allah tau ape yg saya alami, Allah tau saya bkn suke2 nak buat pangai sepanjang kat sane. Asalkan hubby paham akhirnya, sudahlah...

Tamatlah cerita raya saya yg panjang berjela yg dah basi ni...Mesti you all muak bace ek.hehe.


Sepanjang raya ni letih giler menghadapi org2 yg bermulut longkang tanye bile lagi saya nak menambah anak. Diaorg ingt buat anak tu mcm buat biskut raya ke main uli2 tekap2 je dah jd.huhu. 

Pssssstttt :- Sungguhlah beruntungnya sape2 yg dpt mak ayah saya sebagai mertua tau. Tak caye? Try tanye my hubby and biras2 dia yg seramai 4 org tu.hehe.

5 comments:

  1. Bab dilayan bak raja tu sy agreed.mak sy pn mcmmak awk.beria2 klu menantu dtg. Tp so far kmi je bru kwen..so myb tk rase lg mcm awk rase..pedih siut!!!!! Awk mmg kuat la..hehehe... Bknlh kite nk dilyn mcm raja,atleast sama2 la...tkkn la xsonok mlm raya msk ramai2, mcm2 menu...haish.........t.care ok

    ReplyDelete
  2. sedihnye awak dilayan cam tu sekali...
    tapi awak dah ada ank kan.. bersyukur...
    cuma belum tambah ank lagi jer kan...
    macam saya dan kawan2 yg lain belum ada ank lagi...begitu hebat ujian dari Allah..kami yg terpaksa berhadapan dgn sesetgh org yg tak memahami lagi kena menahan sabar gara2 sindiran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg saya bersyukur sgt sbb dah ade sorang anak. Cuma saya jd lemah berhadapan dgn manusia2 bermulut longkang yang mempertikaikan kemampuan saya hanya mampu melahirkan seorg anak sahaja. Saya sedih. Mereka2 ini sume nye tak paham ke istilah rezeki sume Allah yang tentukan...:(

      Delete
  3. assalamualaikum safiyya..
    bergenang air mata saya bc cerita raya awak ni..tak tahulah kenapa..tp mmg saya rasa sedih sgt..

    dalam pada tu,terbit jugak rasa syukur sbb sy dpt mertua yg sgt baik..adik2 ipar dan biras pun semua hormatkan kami suami isteri..

    safiyya,
    saya doakan semoga kasih sayang dan cinta kamu suami isteri berkekalan dan membawa hingga ke syurga...semoga Allah menjaga kamu..menjaga suami mu, menjaga anak(anak2)mu..dan semua orang disekelilingmu akan memahami dan menyayangimu..

    hidup mmg sentiasa diuji dlm pelbagai bntuk..moga Allah permudahkan buat kita..ameeen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah saya pulak yg touching bace komen awak ni...huhu.
      Terima kasih byk2 sbb mendoakan yg baik2 buat saya.
      Betapa beruntungnya kwn2 yg dapat mertua, ipar dan biras yang baik2 dan menghormati.
      Saya diuji dgn ragam mertua, ipar & biras yang mane semuanya tiada lgsg rase hormat kat saya.
      Saya tau, sume ni ujian dr Allah dan pasti ade hikmah.
      Moga ade ganjaran tersembunyi tuk saya, klau tak di dunia, di akhirat nnti. Amin.

      Delete