Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun....
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA...

Friday, September 6, 2013

Cite pasal ENDOMETRIOSIS lagi...


 

Emmm...pg2 lagi sampai je opis, saya dah ngadap 'mukabuku'.
Terbace status Doc Hamid, dia ade kongsikan link ke blog dia.
Update pasal endometriosis.
Oleh kerana ape yg dia tulis tu mmg kene batang hidung saya, 
terang dan jelas sejelas2 nya,
maka saya kongsi kan pulak pengetahuan ni kat blog saya ek.
Mana tau boleh beri manfaat kepada org lain pulak kan.
Saya harap Doc Hamid xkisah lah ye.

Cara tingkatkan immunity after bedah tu mcm pyh je nak buat.huhu
Xpe safiyyah....caiyok, caiyok, caiyok....
_______________________________________________________________________
Sumber :- Blog Doc Hamid Arshad.
 
Penyakit endometriosis semakin meningkat dan terok merosakkan peranakkan wanita, menimbulkan masalah kesuburan dan kemandulan, keguguran dan akhirnya bedah buang rahim. Dalam minggu ini sahaja dari 5 kes pembedahan laparoscopy , 3 darinya adalah penyakit endometriosis .

Awas jika ada tanda2 berikut!

1. Senggugut yang semakin teruk, bermula sejak umor remaja dan tidak hilang lepas kahwin.
 
2. Senggugut dan tidak hamil selepas lebih setahun kahwin.  
3. Senggugut dan hamil tetapi sering gugur diawal kehamilan.  
4. Mengalami sakit atau tidak selesa waktu persetubuhan dengan suami.  
5. Sakit pinggang khususnya waktu haid.  
6. Perdarahan tidak tentu masa disertai sakit dibawah perut.  
7. Senggugut atau perdarahan setelah lama tidak melahirkan anak dan umor dalam lengkongan 40an tahun.  
8. Jika didapati rahim retroverted (kebelakang) bila discan olih doktor pakar gyne , berserta tanda2 senggugut dan sukar hamil atau sering gugur.

Jika ada tanda2 atau gejala2 tersebut ambil langkah2 berikut;

1. Jumpa pakar buat scan vaginal atau TVS  dimana akan dapat dikesan rahim retroverted, cyst dalam ovay dan dinding otot rahim menebal dibahagian dinding belakang .

2. Buat bedah laparoscopy untuk laser endometriisis, buang cyst, repair saluran fallopian jika sumbat, betulkan rahim yang retroverted kepada anteverted.


3. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunity untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis dan meningkatkan peluang hamil.
 
 Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, ambil langkah untuk kurangkan stress dan mengurangkan pendedahan kepada toksin.

4. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.
 
Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung  - donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

5. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.
Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih.

Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate

Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.

6. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU,
Makan juga goji beri, spirulina, rumpai laut.
 

2 comments:

  1. Memula mmg payah..tp lelama oke.. percaya lah.. sy mmg ikut seme nih..mmg bes rasanya badan.. sbb sblm ni sy mmg tak makan sayur punya org. jd, terpaksa makan (sbb saya taknak ulang lg operation tu.. walo tak la hazab..tp siapa nak menda tu berulang..tul tak).
    bykkan makan ikan segar..jd sy g pasar tani beli ikan. salu buat ikan bakar/stim.
    banyak minum air. jauhkan ais. buat jus (boleh gugel kat internet recipe juicing - mmg byk dan rasa xcited sgt nak buat) dan mmg ada rasa kesan dia. Alhamdulillah. Mmg ini hikmahnya bila dah buat treatment ni.. kalo tak sebelum ni main bedal je seme :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh...awak amalkan sume eh. ye la kan, sape nak kene operate berkali2 kan. InsyaAllah saya pun akan ikut mane yg termampu. Bab kawal mkn tu insyaAllah boleh cuma klau nak minum jus tu yg susah sbb perut saya ni masalah cikit.

      Delete