Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun....
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA...

Friday, March 7, 2014

Surat Untuk Majikan Penipu



Tuan,

PER : MEMOHON PENJELASAN PERIHAL  GAJI DAN PEMOTONGAN DUIT UNIFORM 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Usaha saya untuk berhubung terus dengan pihak tuan melalui panggilan telefon ke pejabat tuan pada awal bulan febuari lalu tidak berhasil memandangkan staf tuan tidak membenarkan saya berbuat demikian. Tujuan saya adalah untuk mendapatkan penjelasan berkenaan perkara di atas memandangkan staf tuan di ibupejabat dan di cawangan Seremban tidak dapat menjawab persoalan ini apabila saya kemukakan kepada beliau sebaliknya memberitahu bahawa beliau hanya menurut arahan dari pihak tuan.

2.1 Perihal Gaji

Di sini saya ingin memohon penjelasan berkenaan dengan amaun sebenar gaji bulanan saya.  Untuk makluman pihak tuan, saya bersetuju untuk bekerja dengan syarikat tuan setelah dijanjikan dengan bayaran gaji sebanyak RM 1,300.00 sebulan untuk kerja selama 8 jam tanpa cuti hari rehat iaitu kerja penuh selama 1 bulan. Alhamdulillah untuk bulan disember 2013 gaji saya dibayar seperti yang telah dijanjikan. 

Namun begitu setelah saya bekerja selama 31 hari di bulan januari 2014 walaupun pada cuti umum, tanpa mendapat sebarang notis atau makluman dari pihak tuan saya mendapati gaji bulanan  saya dibayar  hanya  RM 930.00 sahaja.  Saya cuba berhubung dengan staf tuan di cawangan Seremban. Beliau menyatakan baki gaji sebanyak RM 400.00 lagi akan dibayar kemudian dan menasihatkan saya agar tidak perlu risau berkenaan perkara tersebut.  Beliau berjanji akan menguruskan perihal baki gaji yang kurang itu secepat yang mungkin dan menyuruh saya agar terus bekerja seperti biasa. Saya berpegang pada janji tersebut dan meneruskan khidmat saya seperti biasa dengan harapan yang menggunung tinggi untuk mendapat baki gaji tersebut tetapi nyata sehingga kini tiada langsung pembayaran dibuat. Adakah staf tuan telah mempermainkan saya berkenaan gaji tersebut?

Untuk bulan febuari 2014 juga begitu, saya hadir bekerja seperti biasa dan masih bekerja penuh sepanjang bulan tersebut tetapi mendapati gaji saya hanya RM 840.00. Saya mula tertanya-tanya adakah ini bermakna saya telah dipermainkan sekali lagi memandangkan baki gaji bulan januari yang telah dijanjikan juga masih belum diterima malah kali ini amaun gaji yang saya terima adalah makin berkurangan dan pihak tuan didapati sudah mula membuat potongan KWSP pula.

Saya berharap pihak tuan pertimbangkan semula perihal gaji saya ini dan dapat membuat baki pembayaran seperti yang telah dijanjikan sepertimana ketika mula-mula saya diambil bekerja iaitu dengan gaji RM 1,300.00 sebulan.

Terus terang saya nyatakan di sini bahawa saya tidak akan bersetuju dari awal lagi untuk bekerja di syarikat tuan jika sekiranya saya dimaklumkan terlebih dahulu berkenaan amaun gaji yang akan dibayar hanya RM 930.00 dan  RM 840.00 sebulan kerana amaun tersebut tidak berbaloi dengan keringat dan masa yang telah saya korbankan.  Saya bekerja tanpa ada cuti walau sehari dalam sebulan termasuk pada hari sabtu ahad dan cuti umum walaupun ianya sepatutnya hari rehat malah saya bersengkang mata bekerja hingga ke tengah malam demi mencari rezeki dengan harapan akan mendapat bayaran gaji yang setimpal seperti yang telah dijanjikan pada awalnya.

2.2 Pemotongan Duit Uniform

Berkenaan dengan pemotongan duit uniform pada gaji pertama saya juga berlaku kesilapan di  mana gaji saya telah dipotong sebanyak RM 193.00 dan saya dimaklumkan bahawa amaun tersebut adalah harga untuk 3 helai uniform sedangkan saya hanya mengambil 2 helai uniform sahaja.

Saya telahpun memaklumkan perkara ini kepada staf tuan di cawangan Seremban dari awal lagi sebaik sahaja mendapat tahu berkenaan pemotongan tersebut dan beliau berjanji akan memulangkan semula wang yang telah terlebih potong tersebut tetapi sehingga kini saya masih belum menerima apa-apa pembayaran balik sebaliknya staf tuan sudah mula memberi pelbagai alasan untuk tidak memulangkan wang tersebut.

Saya berharap agar tuan faham bahawa untuk orang yang bergaji kecil seperti saya amaun tersebut adalah agak besar nilainya dan untuk apa saya membayar harga 3 helai uniform sedangkan saya hanya mengambil 2 helai sahaja?.

3.  Dengan permohonan secara bertulis ini, besarlah harapan saya jika sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan semula perihal pembayaran gaji saya untuk bulan januari dan febuari 2014 tersebut dan saya berharap agar pihak tuan dapat mengembalikan semula wang uniform yang telah terlebih potong dari gaji saya tempoh hari.  Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya harapkan dan saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


______________________________



s.k. Cawangan Seremban.



You all rase ok x surat ni?...

10 comments:

  1. Yap.. ok sgt.. kalau x de respon, report je kat perkeso..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu seminggu je ni klau xde respon, nak panjat pejabat buruh tanye.huhu

      Delete
  2. Salam..ok sgt kak..klu sy la,da mengamuk kot..sbb da ls pnt kot keje smpi ke mlm + sbtu ahd pon keje n then seng2 je potong gaji org tanpa sebab..eeee sy plk rse geram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tgh geram pun masa taip surat ni...Nak ngamuk, tp xtau nak ngamuk kat sape.huhu

      Delete
  3. pada saya nampak ok surat nie sbb diterangkan dengan details...anyway Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time kaceh follow blog saya yg x seberapa ni.hehe. Ok, saya akan follow blog awak.

      Delete
  4. Safiyyah,

    Maaf saya baru baca post ini. Dah hantar ke? ada respons?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmm...rezeki x berpihak pada kami...huhu. Xde terima sebarang respon pun. Kami try tanye pejabat buruh dan kami difahamkan klau kami amik tindakan lanjut pun belum tentu kami akan menang sbb my hubby bagi notis berenti keje xcukup sebulan. So...huhhh...xdpt nak buat ape dah la.

      Delete
    2. Sekarang ni isunya adalah berkaitn gaji kan? Kenapa pejabat buruh kata isunya notis berhenti pula?

      Kalau nak teruskan, susun cerita ikut kronologi. Buat ikut tarikh. Kemudian kumpul semua bukti yang ada contohnya slip gaji, surat lantikan, memo, rekod telefon etc.

      Terus ke pejabat buruh buka fail.

      Delete
    3. Pegawai kat pejabat buruh tu ckp, klau kami bukak fail pun kami xde dpt ape sbb majikan penipu tu boleh salahkan hubby sbb berenti tanpa notis sebulan. So kami kene pun akan kena bayar pampasan kpd diaorg sbb berenti tanpa notis sebulan. Bile buat kira2 balik, gaji yg xcukup dibayar tu akan trpaksa kami pulgkn balik sbb pampasan berenti notis x cukup sebulan. huhu. Thats why kami x teruskan tindakan.

      Delete