Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun....
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA...

Friday, November 25, 2011

'Like' punye cerita !!!

Td online mukabuku (FB) jap...Biase ar, tgk aktiviti kengkawan. Nak dijadikan cite, ade lah sorang kawan aku letak gamba anak dia 2 org. Kiranya gamba baru amik ar.  Yg abg lebih kurg 2thn, yg adik baru 4bulan.  Jauh nun di dasar hati aku dok berkata, dapat jgk dia anak 2 org, sepasang pulak tu, lepas mcm2 halangan. Nyata cemburu yg berputik kat tangkai hati aku masih ade lagi sisa. Susahnya nak buang perasaan tu. 

Aku ingt nak 'like' lah gamba tu. Sekali aku tgk...dah ade yg 'like' dan salah sorang yg 'like' tu adalah hubby aku. Pehhh...aku terus sentap. Aku pun tak tau nape, hati aku terus rase lain mcm je. Tak jd aku nak 'like'. Anak panah mouse aku alihkan padahal dah hampir2 je aku nak klik 'like' tu.  Ape kene lah aku ni. Nak cemburu ape nye, kwn aku tu kira kwn hubby jgk kan. Kwn aku tu punye husband pun bkn org lain, kwn baik hubby jgk. Jodoh diaorg pun aku ngan hubby yg jd telangkainye. Kwn hubby tu single lagi mase tu dan dia  suh hubby tanye kat aku mintak tolong carikan jodoh tuk dia. Kebetulan kwn aku pun single lagi time tu dan aku ngan hubby aturkan pertemuan mereka. Alhamdulillah, ade jodoh antara mereka akhirnya bersatu.

So, nape pulak aku nak sentap bile hubby 'like' gamba anak2 kwn kami tu kan. Maybe hubby just 'like' sbb tu kan gamba anak2 kwn dia. Maybe hubby 'like' sbb gamba budak2 tu comel & cute. Tp hati aku rase lain. Setan tu dok api2kan aku sampai aku rase hubby 'like' tu sbb dia suke tgk kwn dia dah ade 2 org anak, sepasang lak tu. Sedangkan kami???...Hubby penah ckp kat aku, dia kate "dah pun dpt sepasang anak diaorg kan, kite ni ntah bile lah agknye..." Hubby ckp tu mase kwn aku baru je bersalin dan dia dapat perkabaran tu melalui msj dr kwn dia. Mase dia ckp tu, aku baru lepas laproskopi endometriosis dan aku pun ckp ar lepas je luke laparoskopi ni sembuh, kite usaha gigih lah nak dptkan no 2. Tp tgk2 sampai sekrg aku belum mampu nak teruskan usaha kami.

Ya Allah...apasal lah aku nak emosi sgt hari ni...aku tak boleh mcm ni...Aku patut memanjatkan rase syukur yg tak terhingga kerana telah dikurniakan sorang puteri. Dia lah penawar, dia lah racun yg menyerikan rumahtangga kami. So untuk ape aku nak sedih sgt bile belum berpeluang menambah zuriat sedangkan ramai pasangan yg lgsg belum ade rezeki menimang cahayamata. Tentu mereka lagi sedih.

Cite pasal kwn aku tu, aku terus teringat dugaan2 dia sebelum ade 2 org anak. Kwn aku tu ade kencing manis tiap kali pregnant (kalau tak pregnant, takde pulak kencing manis. camne tu ek???). So tiap kali dia pregnant, mmg kene pantauan dari doktor ar manjang. Kalau nak ikutkan, dia dah ade 5 org anak sekrg ni tp takdir Allah dah tertulis camtu utk dia.

Anak pertama (boy) - meninggal sebaik shj dilahirkan. Aku ingt lagi, mase dia bersalin tu  hari raya aidilfitri, doktor ramai yg cuti so dia lambat bersalin sbb tak cukup doktor yg nak sambut. Sebaik shj bersalin, doktor kate baby lemah dan akhirnya dia kehilangan baby tu.

Anak kedua (boy) - sekrg dah umo 2thn lebih.

Anak ketiga (boy) -  meninggal dlm kandungan mase usia kandungan nak masuk 6 bulan.

Anak keempat - Keguguran mase usia kandungan 2 bulan. 

Anak kelima (girl) - 4 bulan.

Lepas mcm2 dugaan dia tempuh tu, sekrg dapatlah sepasang dah penyeri rumahtangga dia sekrg...Comel2 sungguh anak2 dia.

Sbnrnya tgn aku ni gatal je rase mcm nak msj hubby je, nak luah pasal aku sentap dgn 'like' dia tu. Tp kang takut terus meleret2 pulak masalah, terus jd perang pulak. Dah lah dlm seminggu ni kami kurang berkomunikasi. Sbb hubby keje shif mlm, so peluang kami berjumpe agak terhad dan tiada peluang nak borak2 sgt pun.huhu.

Duhai hati,  jgn lah nak emosi sgt hari ni ok. Aku tau, Allah sedang aturkan sesuatu yg lebih baik untuk aku dan kwn2 TTC sume. InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment