Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun....
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA...

Monday, November 21, 2011

PAYUNG EMAS

Aku selalu ckp kat hubby, suh dia cari seorg wanita untuk dijadikan isteri ke 2. Nape aku ckp camtu? Sbb aku selalu rase putus asa dgn mcm2 dugaan. Tambah lagi keadaan sekrg ni, aku dah berbulan2 sakit. Mkn minum hubby ntah ke mane, dah terbalik pulak hubby yg jaga mkn minum aku. Dulu aku selalu ckp suh dia kawen lain sbb susah sgt aku nak bg dia zuriat ke 2. Mertua asyik dok sindir2 bile nak menambah, tak kan sorang tu je, tak kan tak teringin nak anak lelaki pulak. 

Tp hubby aku selalunye buat bodo je bile aku suarakan perkara tu. Dia buat dgr tak dgr je malas nak layan aku.hehe. Paling tak pun, dia akn ckp tak yah lah pikir yg bukan2...nnti bertambah2 stress tu lagi susah nak sembuh. Emmm...tak romantik lgsg hubby aku kan.hehe. Aku dok harap jgk dia jwp hanya sayangkan aku sorang je, takde org lain leh ganti. Hubby aku mmg camtu, tak pandai nak bg ayat2 manis ni. Tp aku tau, dia sayang kat aku sorang je. 

Sabtu ari tu aku layan cerekarama 'payung emas'...Sedih ar cite tu. Aku nekad, pasni tak mau dah sebut2 suh hubby cari wanita lain. Tak sanggup aku....huhu. Biarpun payung emas sbg ganjaran, aku tak sanggup...

Ya Allah...moga Kau pelihara dan rahmati rumahtangga kami ini, hingga ke akhir hayat kami. Biar pelbagai dugaan yg Kau berikan, teguhkan lah keimanan kami. Amin.

No comments:

Post a Comment