Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun....
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA...

Wednesday, May 14, 2014

BERBEKAM

Assalamualaikum semua kawan2...
Saya agak bz sejak akhir2 ni so mmg xberpeluang nak update blog.
Pastu...xde ape perkembangan terkini yg saya nak update.
Just meneruskan kehidupan mcm biase.
Time hepi, saya ketawa.
Time sedih, saya mengangis.
Tu je la...

Ape pun, oleh kerana saya dah janji akan update pasal bekam
So saya buat bekam 2 hari lepas
Emmm...untuk percubaan kali pertama, saya just buat
10 tabung kat belakang bdn
2 tabung lagi kat tepi kiri kanan tengkuk.
Dan 1 tabung kat bhgn ulu hati.
Yang utk bhgn belakang bdn ni lebih tertumpu untuk permasalahan rahim, organ dalaman dan mcm2.
Yang kiri kanan tengkuk tu utk masalah sakit kepala.
Dan yang kat ulu hati tu utk permasalahan gastrik saya.
Emmmm....ok je buat bekam tu, xde sakit pun.
Rase mcm kene gigit semut je mase kene cucuk2 dengan pen bekam tu.
Lebih kurang sejam lebih gak lah proses berbekam tu.
Mmg berlendir2 darah yg kuar. 
Mcm bertali2 pun ade dlm tabung tu.
Apa yg saya rase hari ni ek?
Emmm...ade la rase mcm ringan cikit badan ni.
Dan apa yang pasti,
Saya akan berbekam lagi pasni.
Ada suatu perasaan yang xdpt nak saya gambarkn lepas lalui proses berbekam ni.
Rase mcm puas tgk darah toksid tu kuar dr badan kot?...
hehehe....
Ape pun saya doakan semua kawan2 saya di alam cyber ni akan memperolehi apa yg dihajati.
Saya bz, tp saya xpenah lupe kalian.
Harap kwn2 semua beroleh kebahagian dunia akhirat....Amin.
 

Friday, March 7, 2014

Surat Untuk Majikan Penipu



Tuan,

PER : MEMOHON PENJELASAN PERIHAL  GAJI DAN PEMOTONGAN DUIT UNIFORM 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Usaha saya untuk berhubung terus dengan pihak tuan melalui panggilan telefon ke pejabat tuan pada awal bulan febuari lalu tidak berhasil memandangkan staf tuan tidak membenarkan saya berbuat demikian. Tujuan saya adalah untuk mendapatkan penjelasan berkenaan perkara di atas memandangkan staf tuan di ibupejabat dan di cawangan Seremban tidak dapat menjawab persoalan ini apabila saya kemukakan kepada beliau sebaliknya memberitahu bahawa beliau hanya menurut arahan dari pihak tuan.

2.1 Perihal Gaji

Di sini saya ingin memohon penjelasan berkenaan dengan amaun sebenar gaji bulanan saya.  Untuk makluman pihak tuan, saya bersetuju untuk bekerja dengan syarikat tuan setelah dijanjikan dengan bayaran gaji sebanyak RM 1,300.00 sebulan untuk kerja selama 8 jam tanpa cuti hari rehat iaitu kerja penuh selama 1 bulan. Alhamdulillah untuk bulan disember 2013 gaji saya dibayar seperti yang telah dijanjikan. 

Namun begitu setelah saya bekerja selama 31 hari di bulan januari 2014 walaupun pada cuti umum, tanpa mendapat sebarang notis atau makluman dari pihak tuan saya mendapati gaji bulanan  saya dibayar  hanya  RM 930.00 sahaja.  Saya cuba berhubung dengan staf tuan di cawangan Seremban. Beliau menyatakan baki gaji sebanyak RM 400.00 lagi akan dibayar kemudian dan menasihatkan saya agar tidak perlu risau berkenaan perkara tersebut.  Beliau berjanji akan menguruskan perihal baki gaji yang kurang itu secepat yang mungkin dan menyuruh saya agar terus bekerja seperti biasa. Saya berpegang pada janji tersebut dan meneruskan khidmat saya seperti biasa dengan harapan yang menggunung tinggi untuk mendapat baki gaji tersebut tetapi nyata sehingga kini tiada langsung pembayaran dibuat. Adakah staf tuan telah mempermainkan saya berkenaan gaji tersebut?

Untuk bulan febuari 2014 juga begitu, saya hadir bekerja seperti biasa dan masih bekerja penuh sepanjang bulan tersebut tetapi mendapati gaji saya hanya RM 840.00. Saya mula tertanya-tanya adakah ini bermakna saya telah dipermainkan sekali lagi memandangkan baki gaji bulan januari yang telah dijanjikan juga masih belum diterima malah kali ini amaun gaji yang saya terima adalah makin berkurangan dan pihak tuan didapati sudah mula membuat potongan KWSP pula.

Saya berharap pihak tuan pertimbangkan semula perihal gaji saya ini dan dapat membuat baki pembayaran seperti yang telah dijanjikan sepertimana ketika mula-mula saya diambil bekerja iaitu dengan gaji RM 1,300.00 sebulan.

Terus terang saya nyatakan di sini bahawa saya tidak akan bersetuju dari awal lagi untuk bekerja di syarikat tuan jika sekiranya saya dimaklumkan terlebih dahulu berkenaan amaun gaji yang akan dibayar hanya RM 930.00 dan  RM 840.00 sebulan kerana amaun tersebut tidak berbaloi dengan keringat dan masa yang telah saya korbankan.  Saya bekerja tanpa ada cuti walau sehari dalam sebulan termasuk pada hari sabtu ahad dan cuti umum walaupun ianya sepatutnya hari rehat malah saya bersengkang mata bekerja hingga ke tengah malam demi mencari rezeki dengan harapan akan mendapat bayaran gaji yang setimpal seperti yang telah dijanjikan pada awalnya.

2.2 Pemotongan Duit Uniform

Berkenaan dengan pemotongan duit uniform pada gaji pertama saya juga berlaku kesilapan di  mana gaji saya telah dipotong sebanyak RM 193.00 dan saya dimaklumkan bahawa amaun tersebut adalah harga untuk 3 helai uniform sedangkan saya hanya mengambil 2 helai uniform sahaja.

Saya telahpun memaklumkan perkara ini kepada staf tuan di cawangan Seremban dari awal lagi sebaik sahaja mendapat tahu berkenaan pemotongan tersebut dan beliau berjanji akan memulangkan semula wang yang telah terlebih potong tersebut tetapi sehingga kini saya masih belum menerima apa-apa pembayaran balik sebaliknya staf tuan sudah mula memberi pelbagai alasan untuk tidak memulangkan wang tersebut.

Saya berharap agar tuan faham bahawa untuk orang yang bergaji kecil seperti saya amaun tersebut adalah agak besar nilainya dan untuk apa saya membayar harga 3 helai uniform sedangkan saya hanya mengambil 2 helai sahaja?.

3.  Dengan permohonan secara bertulis ini, besarlah harapan saya jika sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan semula perihal pembayaran gaji saya untuk bulan januari dan febuari 2014 tersebut dan saya berharap agar pihak tuan dapat mengembalikan semula wang uniform yang telah terlebih potong dari gaji saya tempoh hari.  Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya harapkan dan saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


______________________________



s.k. Cawangan Seremban.



You all rase ok x surat ni?...

Thursday, March 6, 2014

Rasa teraniaya....

Lame gak x update blog...huhu
Bkn ape, xde cite nak update.
Saya dah xpikir lagi pasal nak pregnant.
Saya just go on naturally...
Meneruskan kehidupan mcm biase
Klau ade rezeki, ada lah.
Klau xde, saya dah penat nak berharap lagi.
Lagipun, saya dah xmampu utk meneruskan rawatan.huhu
Kedudukan kewangan kami agak terhad sekrg
Lebih2 lagi, lps ape yg berlaku....

Nak dijadikan cerita,
Lps lebih kurg sethn my hubby tanam anggur kat umah
Akhirnya hubby dpt keje, start disember last year.
Dijanjikan gaji RM 1,300 sebulan dengan 8jam keje sehari dan tiada cuti rehat
tiada public holiday
Ianya bermaksud hubby saya perlu bekerja penuh dalam sebulan tiada cuti sabtu ahad atau public holiday
Oleh kerana dah lame sgt tanam anggur, hubby saya setuju dengan tawaran kerja tu.

Alhamdulillah, gaji pertama bln disember tu hubby dpt lah gaji seperti yg dijanjikan
Cuma yg xbest nya berlaku kesilapan pemotongan duit uniform
Yang mana my hubby telah ambil 2 helai uniform tetapi gaji telah ditolak dgn amaun 3 helai uniform
Klau uniform tu harga RM 10-RM 20 mmg kami xkisah boleh je halalkan
Masalahnya harga uniform tu RM 65 sehelai...
You all dpt bygkan x, camne bengangnya kami.
Mintak pulangkan duit yg terlebih tolak tu....sampai lah sekrg ni xdpt2 lg.
Sabar je la kan.

Masuk je thn baru, bulan januari hari tu...you all tau berapa gaji my hubby dpt?
RM 930....
My hubby keje 31 hari bulan januari, time cuti thn baru pun dia keje, time cuti raye cina pun dia keje,
Mmg penuh dia keje selama 31 hari, dpt gaji RM 930????
Mmg saya sgt2 marah.
Had kesabaran kami diuji.
My hubby dptkan kepastian, pihak syarikat ckp akan byr baki gaji lagi RM 400 dlm mase terdekat.
Tp sampai lah sekrg pun belum dpt2.
Rase2 nye kami dah kena tipu hidup2.huhu.
Sabar lagi.

Ni utk gaji bulan febuari ni pulak, you all tau berapa pulak my hubby dpt?
RM 840...
My hubby keje xde cuti selama 28 hari di bulan feb, dpt gaji hanya byk tu?
You all rase berbaloi ke x?
Saya mmg rase x berbaloi...
Dgn mase yg hubby korbankan
Di kala org lain seronok cuti kat rumah sabtu ahad n public holiday,
My hubby pulak bersengkang mate keje sampai ke tgh mlm.huhu

Bkn masalah gaji kecil yg saya pertikaikan
Saya xkisah lgsg berapa gaji hubby asalkan ianya rezeki yg halal
dan asalkan hubby mahu bekerja demi mencari rezeki utk kami.
Tp saya rase hubby mcm ditipu so hati saya rase sakit sgt2.
Janji nak bg gaji RM 1,300 sebulan tgk2 jd mcm ni pulak.

Sbnrnye lps dpt gaji bulan januari tu saya dah suruh hubby berhenti je keje carik keje lain
Tp my hubby masih lagi percaya yg pihak syarikat akan mmbayar baki gaji yg kurang
So sbb tu my hubby stay lagi kat situ
Tgk2 kali ni gaji lagi kurg pulak dari yg bulan januari.huhu

Ape yg patut saya buat????
Saya suruh hubby call syarikat tu tp xdilayan.
Saya beranikan diri call syarikat tu tp staf sume mengelak xmau jawab pertanyaan saya.
Alasan diaorg, kene tanye bos.
Bile mintak no tepon bos, diaorg ckp x boleh bg pulak.
Mmg sakit betul hati saya sekrg ni la...
Cian my hubby...
Dia dianiaya kan?...
Doa org teraniaya ni biasenya makbul kan?
Moga Allah permudahkan perjalanan hidup kami lps ni...
Sedih, marah, bengang, geram...sume ade ni.huhu.

Wednesday, January 22, 2014

Bekam?

Hubby cadangkan agar saya cuba berbekam pulak.
Hubby kate dia cian tgk saya menahan sakit berhari2 sebelum period turun.
Hubby kate dia cian tgk saya menahan sakit bile period dah turun.
Emmmm....saya pun xtau nak buat camne lagi dgn sakit senggugut ni.
Rasenye faktor pemakanan saya x jaga sgt la...
Saya xberpantang sgt ikut yg prof. Hamid suruh tu.huhu
Maybe sbb tu masih lg rase sakit even after operation buang cyst & betulkan rahim.
So...saya decide utk bersetuju dgn cadangan hubby.
Saya nak cuba pulak cara berbekam.
Lum set kan mase lagi sbb sekrg ni saya tgh period.
Lps seminggu saya berperang dgn rase sakit yg macam2, 
baru lah period saya turun.huhu.
Nak berbekam ni elok buat pada hari dan waktu yg sesuai dlm bulan islam.
Bkn main hentam je bile2 nak buat ek.
Sbnrnya saya xbape berani nak buat bekam tu.hehe
Hubby saya yg kerap buat bekam.
Saya geli geleman bile tgk kesan bulat2 merah lps bekam tu kat bdn hubby.
Xtau nape, mmg automatik saya naik bulu roma bile tgk kesan2 tu.
Sbb tu saya xkan dekat dgn hubby klau dia lps buat bekam.
Hubby ckp kat saya, 
Sedangkn operation belah, tebuk berkali2 sume ayang dah lalui, ok je kan...
Ni ha bekam bkn sakit sgt pun.
Ceh....mentang2 lah dia dah selalu buat.hehe
Saya bkn takutkn kesakitan bekam tu ke ape.
Saya takut sbb bekam tu kan buat time kite sedar.
Saya takut pitam bile tgk byk darah kuar nnti.
Tp saya tau, saya kene buat jgk.
Bekam ni kan sunnah nabi.
Di samping dpt pahala bile kite berbekam, mane lah tau saya leh sihat kan.
Kawan2 doakan saya ye.
Nnti klau saya jd buat, saya cite ek.

Monday, January 13, 2014

Appointment Lagi?...

Pinggang saya dah mula rse sakit
Breast saya dah mula bengkak dan rase berdenyut2.
Kat bahagian ari2 dah mula sakit menyengat2 mcm senggugut
Adoi....sakitnye lah hai.
So...maknanya..apa?
Maknanya...
Saya akan period dlm seminggu lagi.huhu
Sekali lagi saya kecewa
Tipu lah kalau saya kata saya xberharap sgt pun kan.
Sbb...mmg saya betul2 berharap sbnrnya.
Tp nyata...bkn rezeki saya jugak.
Allah belum nak bg lagi.
Huhhhh.....
Saya merintih dan menangis bile sorang2 kat umah.
Saya merintih mengenangkn kegagalan saya yg ntah untuk kali ke berapa ni.
Saya menangis sbb menahan sakit nak period ni.
Klau nak ikutkan,
Saya kene jumpe prof Hamid semula dlm bulan feb ni klau masih belum berjaya hamil
So saya kene call utk set appointment.
Tp....
Hati saya berat nak teruskan.
Hati saya berkata, mgkn takdir kami memiliki hanya seorg cahayamata.
Hati saya rasa mcm badan saya dah penat
Mmg....saya patah semangat utk teruskan.
Saya tanye hubby nak buat mcm mane lg lps ni
Hubby just ckp, xyah jumpe prof dulu sebaliknya teruskan usaha gigih kami.huhu
Saya xtau nak usaha gigih mcm mane lg dah...
Saya mkn supplement yg prof bagi xpenah miss
Saya 'usaha' utk seboleh2nya kami 'bersama' pada hari ke 11 hingga ke 16. 
Emmm....
Ya Allah...andai bkn rezeki kami, jadikan lah hambaMu ini redha dgn ikhlas.
Ya Allah...andai penyakit senggugut yg Kau berikan kpd kami sbg ujian, sbg kifarah dan sbg tanda ingatanMu pada kami,
Jd kan lah hambaMu ini kuat dan tabah mengharunginya 
Ya Allah...


Monday, December 23, 2013

Alhamdulillah...rezeki dia.

Kawan yg saya kenal  mase same2 operate hari tu 
aka kawan yg sebelah katil saya mase kat wad
aka kawan yg operate after saya, dia org ke 2.
aka kawan yg berkongsi cerita yg sama
aka kawan yg senasib dgn saya, memiliki seorg cahayamata (puteri)
cuma, bezanya anak dia dah sekolah darjah 4...
dan anak saya thn depan darjah 2.

Kami mmg masih lagi berhubung sejak lepas operate hari tu
Masih lg berkongsi dan bertukar cerita
Mggu lps kami berbual psl diri masing2.
Dia ade ckp yg period belum turun, dah lewat 5 hari.
Tp dia takut nak buat pregnant test, tkut kecewa katanya.
Saya ckp kat dia, ape2 hal nnti jgn lupe bgtau saya.
Dan pg td,
Mase saya on FB
Saya tgk dia ade inbox saya
Dan katanya...
'Alhamdulillah Safiyyah, saya dah berjaya hamil...
Rse mcm xcaye, after 10 year...
Menitik jgk air mata saya lps buat test tu safiyyah...'
Dan saya...
Pun rase nak nangis jgk
Hepi sbb rakan seperjuangan saya, yg same2 menangis lps pembedahan
yg same2 berpapah kuar msuk toilet dlm wad 3 bulan yg lps
Telahpun berbayar nilai kesakitan yg dia tanggung mase pembedahan
Tp dlm mase yg sama,
Saya di kala ini tgh menanggung sakitnye senggugut.

Dan,
Saya agak stress sekrg ni.
Hubby baru dpt keje lps sethn tanam anggur.
Keje yg xde cuti lgsg walaupun sehari
Kesihatan hubby pulak xbape ok dlm sethn kebelakangan ni
Asyik kene gout.
Asyik sakit pinggang (slip disk)
Ubat gout tiap2 bulan kene beli
Pinggang dia pulak sensitif sgt, pantang silap cikit akn rse sakit.
Drive lame cikit sakit
Duduk lame cikit sakit
Berdiri lame cikit sakit
Bergerak aktif cikit sakit
Aduhai...stress saya dibuatnya.
Bile dah sume sakit, paham2 je ler kan camne.
Dpt 'bersama' pun 'sesekali' je.
Huhhh.....camne nak lekat klau dah mcm tu kan.
Sabar lah duhai hati.

Monday, December 16, 2013

Belum rezeki lagi...

Emmm...
Klau ikut date, ade lagi lebih kurang 8 ke 10 hari lg saya akn period.
Harapan sgtlah menggunung tinggi agar bulan ni saya akan pregnant.
Tp nmpk gayanya, belum rezeki kami....huhu.
Mcm biase, tanda2 sakit sebelum period turun tu dah mula menyerang saya.
Aduhai...
Tu la, klau kite terlalu mengharap ni mmg lain lah rase kecewa tu berbanding dgn time kite biase2 je kan.
Emmm...mgkn kene usaha lebih lagi bulan depan.
Harap2 period kali ni jgn lah senggugut teruk lagi.
Jgn lah sakit sgt lagi.
Xsanggup  rasenye nak menempuhi period ni.

Tuesday, November 26, 2013

Period bulan ke 2 after pembedahan

Dari semlm lg saya dah puas menahan sakit kat 
bhgn ari2 ni.
Rase sakit berdenyut2, adui....rase nak nangis dibuatnya kat opis.
Ubat tahan sakit celebrax yg biase saya mkn time sakit tu xde pulak saya beli.
Saya x sangka pulak akn berasa sakit mcm ni lg 
after pembedahan.
Dlm fikiran saya, lepas pembedahan mgkn sgugut 
akn berkurangan dan saya x perlukan ubat tu lg so saya pun xde lah beli.
Tp nyata sangkaan saya meleset sama sekali.
Pg td terjaga pukul 4 pg, rase sakit yg teramat sgt.
Saya pusing kiri, pusing knn, telentang, rase sakit tetap same.
Saya bgun, ubah posisi saya duduk dlm keadaan mcm sujud tp beralaskn bantal.
Masih rase sakit yg teramat.
Saya menangis.
Hubby terjaga, terkejut tgk saya teresak2 menangis.
Mmg saya xtahan, sakitnye...
Hubby bgun ambilkan ubat.
Panadol je yg ade pun.
Saya telan 2 biji.
Saya tau, panadol xkan berkesan utk situasi saya 
sekrg ni tp saya telan jgk.
Saya suh hubby panaskan iron, saya balut dgn kain batik dan saya letak kat bhgn ari2 saya.
Pun same, ianya tetap x membantu.
Saya sapu myk cap kapak kat bhgn ari2 saya, 
sambil tu urut slow2.
Rase mcm mengeras kat bhgn situ.
Lame2 tu saya terlelap semula dan terjaga pukul  
6.30 pg.
Masih lagi sakit, xde kurang.
Ya Allah...hebatnya dugaan buat saya.
Rase sakit ni, dah x larat saya nak tanggung lagi.
Saya mndpt sgugut ni sejak mula period umo 16 thn, sampailah sekrg umo saya dah 35 thn
Org kata sakit ni adalah sbg kifarah dosa2 yg lalu.
Saya selalu tertanya2, adakah saya terlalu byk dosa sepnjg hidup saya 35 thn ni
Sampaikan saya diduga dgn sakit yg kdg2 saya xmampu nak tanggung.
Astaghfirullahalazim.....
Ampunkan lah segala dosa2 hambaMu ini Ya Allah...
Sakitnya...:(

Monday, November 18, 2013

Rawatan Selepas Pembedahan - Dr. Hamid Arshad

15hb ari tu saya pegi jumpe Dr. Hamid.
Kiranya 1st time jumpe Dr Hamid sejak lepas pembedahan ari tu.
Gerak dari rumah pukul 7 pg.
Mcm biase, berpandu sepenuhnya pada GPS.
Yg kelakar eh, tgh2 perjalanan tu isyarat GPS padam tetibe.
Adoyai...menggelabah gak ar set semula GPS guna handphone hubby pulak.
Klau xde GPS tu mmg xsampai lah kami  ke klinik tu nmpknya.huhu.
Padahal dah penah pegi sebelum ni.Adoyai. 

Sampai klinik lebih kurg kul 9.15, org dah ramai.
Tunggu dlm sejam gak la baru sampai giliran saya jumpa Dr.
Sempat lagi saya pegi sarapan dulu sementara tunggu giliran.
Masuk jumpe Dr., prof printkan senarai mknn yg perlu saya elakkan dan yg perlu saya amalkan.
Pastu prof cite la pembedahan yg telah dibuat ke atas saya.
Ade cyst, ade adhesion & betulkan kedudukan rahim yg terbalik.
Lain2 sume ok, tiub xde sumbat.
Saya tanye prof, x check ke luka pembedahan saya.Prof kata klau xde nanah, elok kering, so ok lah tu.
Prof kata klau ade rase sakit lagi kat bhgn ari2 tu normal, just tuam klau rase sakit atau cramp.
Prof kata tgk dulu camne keadaan saya dlm tempoh 3 bulan ni.
Dan prof suh cuba tuk 'bersama' mulai sekrg.
Almaklum lah baru lps operate ni, mmg rase takut lagi nak 'bersama'...huhu.
So itu lah citenye psl appointment saya.
Rase xpuas hati gak lah sbb prof x check luka saya.
Tp xpe lah, prof dah berpengalaman kan.
Oh ya...
Prof bekalkan vit E, vit C dan habbatus sauda sbg supplement saya.
Saya kene byr kos utk supplement je.
Free tuk konsultan sbb prof dah caj kat insurans sekali mase operate ari tu.
Ok gak lah...jimat sekurg2nya 60rggt kan.
Haaa...
Lagi 1, prof pesan suh saya cuba turunkan berat badan dlm 2kg lg jadikan kepada 58kg.
Prof kata mmg berat saya maintain je 60kg sejak 1st time jumpa beliau bulan mei tempoh hari.
Tp lagi elok kalau saya dapat turunkan berat badan kepada 58kg supaya klau ade rezeki pregnant nnti xde lah bdn saya jadi gemok sgt.
Emmm...prof mcm yakin je yg saya akn pregnant xlame lagi.
Harap2 ade lah rezeki saya.

Thursday, October 31, 2013

Period yang luar biasa...

Hari ni masuk hari ke 2 period...
Mlm td tido xbape lena. 
Rase mcm kebasahan.
Rase mcm pad dah melimpah.
Bgun kul 3 pg, tgk2 mmg pad dah penuh.
Padahal mase nak tido kul 11.30 mlm td saya dah tukar pad.
Pastu kan....kat pad tu penuh dgn darah yg berketul2.
Saya rase nak pitam tgk ketulan2 darah kat pad tu.
Rase mcm geli pun ade tgk darah yg  berketul2 tu.
Rase lain mcm, meremang bulu roma pastu rase nak muntah.ishhhh....
Saya kejut hubby suh dia tgk.
Hubby bgun mamai2 tgk pastu dia just ckp 
'mmg camtu kot...kan lps operate'.
So saya pun salin pad and sambung tido balik.
Pg td bgun nak siap2 gi keje, tgk pad penuh lagi.
Dan...byk lagi darah yg berketul2 tu kat pad.
Bile buang air kecil pun terase ade benda yg berketul kuar sekali.
Tgk kat lantai, mmg byk ketulan yg kuar.
Adoyai...
Ke mmg camtu ek?

Oh ya...kwn sebelah katil mase operation hari tu dah gi jumpe Doc Hamid.
Dia pegi mggu lps lagi rupenye.
Alkisahnya...dia dpt sambung MC lagi 2 mggu 
Doc Hamid bg...
Oh tidakkkk....klau tau, saya pegi mggu lepas jgk, 
leh dpt sambung duk umah.hehe

Saya dah call klinik, dpt date 15/11/2013.
Minta awal cikit, xde pulak yg kosong.
Tu la...tangguh2 call kan, dpt lah date lambat.hehe