Baru2 ni suami admit wad lagi...
Dia merungut pyh bernafas dgn puas so saya hntr dia ke hosp swasta yg berhampiran rmh sbb guna ins medical card.
Mlm pertama dia di wad, kebetulan time tu pulak saya hari pertama period.
Klau time mula2 period paham2 je lah pesakit endometriosis mcm saya ni mcm mane menanggung sakit kan so saya xpergi pun melawat dia lps balik kerja terus rest kat rumah je.
Lagipun saya dah byk kali stay hosp swasta so saya tau layanan nurse kat situ mcm mana dan saya rase xperlu risaukn suami pasti mndapat lynn yg baik dari nurse.
Nak dijadikan cerita, suami ditempatkan sebilik dgn org kg. dia...(1 bilik 2 pesakit)
Emmm...mmg beruntung la si pesakit tu sbb wife dia stay 24 jam menemani dia bersama seorg anak kecil berusia 4thn.
Si wife dan anak bermlm di hosp menemani suami tercinta yg baru dinikahi 5 thn (ini perkahwinan ke 2 buat wife tu sbb suami pertama dia meninggal dan dgn suami pertama tiada anak. Dgn suami yg baru ni hanya ade seorg anak yg dah 4thn usia).
Kebetulan pulak wife nya tu cikgu so cuti sekolah kan mmg dapatlah berkepit 24jam dgn suami di hosp.
Hari ke 2 suami di wad, saya pergi menjenguk dia lps balik kerja.
Sampai je saya kat wad, suami excited bercerita psl jiran sebelah katil tu org kg dia tp baru sahaja discaj so saya xdpt lah berjumpa dgn mereka.
Suami memulakan bicara perihal wife org tu yg katanya 24jam setia menemani suami tercinta padahal suami sakit biase2 je siap boleh berjln merayau lagi keluar dari bilik.
Saya mndengar tanpa respon.
Xberminat pun nak dgr cerita dia tu sbnrnya.
Suami bgtau saya yg wife org tu cikgu...
Bkn org biase2 katanya...
Tinggi ilmu agama belajar tarikat katanya...
Saya mula2 mcm pelik jgk motif suami bercerita mcm tu pulak kat saya.
Rupenye ade lagi cerita disebaliknya.
Mgkin mereka pelik sbb tgk suami saya xde yg meneman di wad so mereka pun mulalah berborak dgn suami bertanya mcm2.
Ape yg mereka borakkan, saya xberminat lgsg nak amik tau pun dan saya xberminat nak bertanya lanjut dgn suami.
Tiba2 suami kata ade pesanan untuk saya dari wife org tu dan suami kata dia hanya menyampaikan pesanan itu kat saya spt yg diminta oleh org tu.
Mcm2 la yg dinasihatkan psl tggjwb seorg isteri, dosa seorg isteri yg abaikan suami, syurga di bawah telapak kaki suami, petingnya redha suami dan bla bla bla bla bla...
Saya yg mula2 td xberminat nak bg respon mula rase bengang lps dgr psl nasihat yg disampaikan kpd saya melalui suami.
Saya tanya suami, ape yg membuatkan si wife org yg tinggi ilmu agama katanya tu memberikan nasihat sebegitu?
Awak ade cite keburukan saya ke ape...
Suami ckp dia xde cite ape pun cuma org tu pelik sbb saya boleh rilex tido lena kat rmh biarkan suami di wad xde yg meneman.
Suami kata org tu pelik saya leh selamba gi kerja mcm biase mcm xde ape yg berlaku padahal suami di tahan di wad.
Saya tanya suami lagi,
Ade cite x yg awak tu sebelum ni berbulan2 di hosp? Lebih setahun pun awak terlantar mcm ni. Saya lgsg xde jaga ke? Yg sampai saya terberanak awal sbb terlalu letih menjaga awak di hosp?
Xkan disebabkan sehari saya x menjenguk awak di hosp terus di cop xtau tggjwb?
Ade cite x kat org tu nape pangai saya jd dingin mcm ni?
Ade x cite kat org tu ape yg saya dah lalui selama 2 thn ni? Ape yg awak dan keluarga awak buat kat saya, ade cite?
Suami just geleng pale dan jawap nak buat ape pulak cite sume benda kat org tu.
Ohh...mcm tu pulak ye encik suami.
Keburukan awak dan keluarga awak pandai awak simpan rapi supaya org hanya nmpk buruk saya sbg isteri?
Ok...
Untuk perhatian org yg memberi nasihat tu...
Saya xberpeluang pulak jumpe awak face to face untuk dgr sendiri kata2 nasihat tu keluar dari mulut awak.
Dan saya xdpt nak backup diri saya yg byk dosa ni. Biarlah Allah lebih mengetahui kan.
Terus trg mmg saya sakit hati lps mndengar kata2 nasihat sebegitu tp bkn sbb saya ni xsuka dgr nasihat.
Tp sbb awak xtau pun apa yg saya dah lalui sepanjang 2 thn ni so saya rase x adil utk awak mempertikaikan dosa pahala saya sbg seorg isteri.
Saya xkan mendirikan rmh tangga klau saya xtau psl tggjwb seorg isteri.
Walaupun saya ni kerja kerani cabuk je insyaallah saya kenal lagi dosa pahala sume tu.
Ade la sbb dan alasan kenapa saya jd wanita berhati kering mcm ni.
Awak ditakdirkan bertemu jodoh dgn suami yg baik, syukur lah dan mmg patut awak hargai...
Baru masuk 5 tahun usia perkahwinan awak dgn suami yg baru ni kan.
Mmg patut awak setia menjaga dia 24jam sbb hati masing2 masih penuh lagi dgn rase cinta dan syg.
Saya dulu pun mase usia perkahwinan mcm awak ni mmg tgh setia giler di sisi suami di saat jatuh bangun dia.
Lagipun setakat 4-5 hari awak berkampung di hosp swasta yg selesa tu ape la sgt berbanding saya berkampung berbulan2 di hosp kerajaan yg sesak tu walaupun saya xtido kat situ.
Hosp kerajaan tu dah mcm rmh ke 2 saya dah cuma saya xtido je kat situ.
Tu belum dikira lagi berapa byk cuti setiap bulan yg trpaksa saya ambil sbb perlu hntr suami appointment doc utk tangan, kaki, mata sume date berbeza2.
Tu belum saya senaraikan lagi sume tggjwb suami yg saya terpaksa pikul sejak suami terlibat dgn kemalangan...Sume nye atas bahu saya sekrg ni.
Awak xpenah laluinya kan so bersyukur lah...
Iye...suami awak pun sakit tp yg pasti dia tdk terlantar dan masih mampu jlnkan tggjwb dia sbg suami yg normal. Suami awak masih boleh bekerja dan mnjalankan rutin harian dia sbg suami sedangkan suami saya?
Awak bygkan berada di kedudukan saya yg terpaksa pikul semua atas bahu sendiri.
Awak lah isteri awak lah suami.
Mampu ke awak?
Allah x uji awak sebegitu sbb mgkn Allah rase awak xmampu. kan?
Iye...awak kata mmg menjadi tggjwb seorg isteri utk menjaga sakit pening suami...
Saya pun tau sume tu xperlu awak sebut dan xperlu awak ingtkan...
Saya akui ilmu di dada saya xsetinggi ilmu yg awak miliki tp...
Andai kata...
Ni saya xmintak lah jadi kat awak...
Saya kata seandainya lah kan...
Suami yg awak jaga 24 jam dihosp tu penah menduakan awak curang dgn pmpn indon bkn sekali bkn 2 kali tp berkali2 dari mula awak pregnant sampai dah nak bersalin, dpt pulak tau rupenye mereka ade hubungan intim dr sebelum awak pregnant lagi kiranya dah lame la hubungan mereka...ape perasaan awak? Ape yg awak rase jika ditipu suami berkali2 sbb awak terlau percayekan dia selama usia perkahwinan lebih 10thn?
Seandainya...
Awak terbace msj2 cinta suami awak dgn pmpn indon tu, tertgk gamba2 mesra suami awak dgn pmpn indon tu, terjumpe slip2 transfer duit suami awak bg pmpn indon tu sedangkan suami awak kerja gaji seribu je sebulan dan awak terpaksa pulak bekerja keras utk bantu tampung perbelanjaan rmhtangga. Awak xpenah berkira bab duit dgn suami selama usia perkahwinan tp ape yg awak rase andai suami awak buat mcm ni kat awak? Adakah awak akn berada di sisi dia lg sekrg ni agk2nya?
Iye...sume org penah buat silap dan sbg manusia biase kite pun ptut bg peluang utk berubah.
Macam mana kalau awak dah maafkan suami berkali2 tp suami tetap mengulangi kecurangan dia? Ape yg awak akan buat?
Seandainya...
Belum sempat suami awak buktikan yg dia betul2 dah insaf dan akan tebus segala dosa dia melukai hati awak, dia berjanji akan jaga awak sebaik2nya lepas ni hingga awak bersalin nnti tp tiba2 dia terlibat dgn kemalangan hingga menyebabkan dia hilang upaya tgn kaki mata dan hanya boleh bergerak menggunakan kerusi roda tu pun memerlukan bantuan awak, dan awak ketika itu tgh sarat 9 bulan.
Ape yg awak akan buat?
Hati awak yg tgh luka parah ketika itu tgh sarat pulak pregnant tggu mase je nak bersalin tp terpaksa berkampung di hosp keluar masuk bilik icu menjenguk dan menjaga suami, sanggup ke awak buat dgn ikhlas ketika itu?
Tp terus trg saya katakan yg pada ketika itu saya dah xpikir lg psl kecurangan dia melainkan hanya berdoa yg xputus2 utk melihat dia sembuh spt sediakala.
Dan akhirnya saya yg ketika itu sedang menjaga dia di wad bergegas pula ke bhgn bersalin kerana sakit nak bersalin.
Sehari lps bersalin saya dah pergi semula dekat suami menjenguk dia bawa bayi kami yg baru saya lahirkan.
Xde istilah berpantang lpas bersalin semata2 sbb suami terlantar dihospital.
Awak penah lalui sume ni?
Masih berdosa ke saya?
Xcukup lagi ke pengorbanan saya selama ni?
Seandainya...
Lepas segala2 pengorbanan yg awak dah buat, awak di layan mcm sampah oleh keluarga mertua awak pulak...
Apa yg awak buat sume serba xkena di mata mertua dan adik2 ipar.
Maki hamun herdik dari mak mertua dan adik2 ipar sampaikan jiran2 pun dgr dan sangka saya bwk balik jantan dlm rmh ketika suami di hosp.
Sampai pulak cerita kat telinga awak yg knonnya xmau jaga suami sakit dihosp, rupenye mak mertua awak menyebar cerita sana sini psl keburukan awak dan menyebar cerita knonnya awak tamakkan duit pampasan yg bakal suami awak perolehi suatu ketika nnti sedangkan awak xpenah terpikir pun psl duit.
Tu belum lagi msj2 di hp antara awak dan suami dibace oleh mak mertua dan adik2 ipar sewenang2nya kerana suami xmampu nak jaga hp sendiri dgn keadaan dia yg mcm tu.
Di saat itu suami awak xmampu pun nak melindungi awak melainkan hanya berdiam diri dan pasrah.
Awak bygkan dlm hp tu saya hntr gambar2 saya dan anak2 dlm keadaan saya xtutup aurat sbb pikir hanya utk tatapan suami tp xsangka ditatap oleh seisi keluarga dia?
Ape yg awak akan lakukan? Redha? Adil ke awak pertikaikan tggjwb saya sbg isteri?
Banyak lg yg nak saya luahkan kat awak tp xpelah mgkin ade hikmah kenapa Allah xtemukan kita di wad mase tu...
Saya beranggapan Allah masih nak saya tutup aib suami saya dr pengetahuan awak sbb andai ketika awak bg nasihat tu secara depan2, mgkin saya terpaksa luah sume ni kat awak dan akhirnya memalukan suami dan keluarga dia.
Saya tetap mendoakan semoga rmhtangga awak dgn suami ke 2 ni berkekalan aman bahagia hingga ke akhir hayat dan hingga ke jannah.
Terima kasih sbb mengingatkn saya tentang tanggjwb dan dosa pahala seorg isteri yg sememangnya saya dah tau cuma saya sendiri sdg berusaha utk redha dgn qada & qadar yg tertulis buat saya.