Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun....
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA...

Friday, July 10, 2015

"Suami"

Saya suka dengan petikan status fb Ustaz Ebit Lew ni so saya copy kat sini....Klau la hubby leh faham dan insaf dgn status ni kan bagus....

"Akhirnya yang paling diimpikan dan diperlukan oleh seorang wanita dalam hidupnya bukanlah lelaki hensem, kacak, kaya atau lelaki yang sempurna. 
Tapi cukuplah lelaki yang menjadi suaminya yang menyayanginya hingga ke syurga. 
Lelaki yang paling baik dalam dunia ialah lelaki yang paling baik pada ibu, isteri dan anak perempuannya.
Siang hari bekerja keras buat isteri, anak-anak dan ibubapa. Cari ilmu dan cari rezeki halal. 
Sehingga kadang-kadang lupakan dirinya demi memenuhkan keperluan keluarga. 
Dia bahagia dapat memberi dan berbelanja buat keluarga.
Balik dah lewat masih peluk isteri dan anak-anak. Ucap sayang i love u. I love u anak-anakku. 
Ayah rindu kamu semua. 
Mendengar isteri dan anak-anak meluahkan perasaan dan masalah walaupun sebenarnya mereka pun sedang diuji dengan ujian.
Memegang tangan mereka sambil bersentuhan mesra sambil pimpin mereka Hadis Nabi saw dan juga buat amal kebaikan. 
Mengajar iman dengan kasih sayang. 
Kesalahan isteri dan anak-anak di maafkan. 
Tidak mahu apa-apa melainkan isteri dan anak-anak masuk syurga.
Waktu sebelum tidur dan juga sebelum Subuh bangun doa ya Allah ya Rahman Ya Rahim. Ampunkanlah diriku atas kekurangan dalam mendidik isteri dan anak-anak. 
Ya Allah hadiahkanlah keluargaku dengan Redha Mu. Dengan syurgaMu..."

1 comment:

  1. Aminnn..mudah2an kita semua memiliki seperti itu... :-)

    ReplyDelete