Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun....
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA...

Monday, November 30, 2015

Syukur...selamat melahirkan.

Hari ni hari pertama keje lepas lebih 2 bulan saya cuti.
Cuti bersalin dan cuti macam2(benda yg tak terduga telah terjadi dalam hidup saya).
Terlalu banyak yang nak diluahkan tapi tangan seakan kaku untuk menaip.
Otak seakan membeku untuk menyusun ayat satu persatu.
Macam2 benda dah berlaku dalam hidup saya lepas coretan yg terakhir tempoh hari.
Nanti lah kalau saya dah bersedia akan saya ceritakan satu persatu.
Update kali ni cuma untuk menyampaikan kaba yg saya dah selamat melahirkan baby boy.
Harap kawan2 dpt doakan agar anak saya membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh kelak.
Terima kasih.