Terlalu banyak yg nak diluahkan tp rase tak berdaya nak mencoret di sini...
Mcm2 kejadian...
Mcm2 cerita...
Mcm2 rase...
Biarlah hanya Allah yg tahu....
Selamat Berpuasa
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yg bakal menjelma tak lama lagi...
Tahun lps saya beraya dlm linangan air mata sbb suami buat hal dgn pmpn indon
Tahun ni pulak tak ada istilah raya buat kami dgn keadaan suami yg masih belum boleh berdikari.
Sekrg ni kami hidup berasingan sbb suami nak duduk di kg. Saya pulak dah tak boleh nak menjengah suami di kg sbb dah 'berperang' dgn mertua dan adik beradik suami.
Bkn saya yg istihar perang tau. Mertua dan anak2 dia yg dtg dgn 2biji kete serang rumah saya pukul 2 pagi di kala org tgh lena dibuai mimpi. Terjerit2 luar rmh saya maki hamun saya mcm2 ckp saya bini tak guna xnak jaga laki sakit, ckp saya mata duitan dan mcm2 lagi. Saya trpksa sabar sbb saya sorang2 dan diorg ramai. Tadah je lah telinga ni dgr maki hamun diorg. Suami hanya mampu mendgr dan memandang je kuarga dia maki hamun saya sbb dia sendiri xberupaya. So sekrg ni mmg saya dah lgsg xbalik menjenguk suami di kg lg dah. Bkn nak jd isteri durhaka tp keadaan dah tak mengizinkan utk saya balik ke rmh mertua lg sekrg ni. Saya tnye suami dpn kuarga dia, saya ke yg tak nak jaga dia atau dia sendiri yg memilih utk tggl di kg sbb ada adik lelaki dia yg boleh bantu utk dia utk bergerak memandangkn kudrat saya ni xberapa nak ada.
Saya tanya kuarga suami ape sbnr2nya yg diaorg nak, adakah diorg berharap saya dan suami bercerai? Saya mmg dah tak kisah lagi dah. Klau jodoh tertulis sampai setakat ni, saya redha. Saya suruh suami lafaz ceraikn saya depan semua ahli kuarga dia klau itu yg terbaik dan boleh buat semua org puas hati. Utk saya berhenti kerja sekrg dan tumpukn jaga suami yg tgh tak berdaya mmg saya tak boleh nak buat. Anak2 masih kecil dan byk memerlukan sumber kewangan. Anak yg kecil baru 9 bln dan tgh kuat menyusu. Klau saya berhenti kerja, mana nak cari sumber kewangan. Mertua dah biase hidup bergantung dgn bantuan jab kebajikn dan baitumal so dia beranggapan saya jgk boleh hidup dgn cara yg mcm tu. Maaf saya tak boleh nak hidup dgn cara yg mcm tu.
Mcm2 fitnah yg disebarkan merata2 berkenaan diri saya. Saya hnya mampu mendengar je tiap kali ade org menyampaikan cerita pada saya berkenaan mertua ckp mcm2 keburukan tntg diri saya. Tak apa lah. Sekurg2nya ianya menambah lagi pahala kepada saya tiap kali fitnah tu tersebar kan. Saya hanya mampu sabar. Yang penting Allah lebih mengetahui siapa diri saya.
So sekrg ni saya hanya meneruskn hidup demi anak2. Saya teruskn rutin saya bekerja mencari rezeki utk anak2. Ape yg bakal terjadi lepas ni saya pun tak dapat nak bygkn. Soal jodoh dgn suami, klau ditakdirkn jodoh tak panjang saya redha. Klau ditakdirkn ada jodoh lg lepas ni, pun saya redha. Tp buat masa ni mmg tak nmpk hala tuju hubungan kami ni.
Kpd kawan2 saya hrp dpt doakan yg terbaik buat saya dan anak2. Saya cuma berharap Allah permudahkan saya membesarkan anak2 sbb sekrg ni saya lah ibu saya lah abah. Mmg sgt berat tggjwb ni tp saya redha andai ini takdir yg tertulis buat saya.
Safiyyah, InsyaAllah, rezeki anak2 tetap ada... Allah kurniakan rezeki berdasarkn tanggungjawab kita, jadi pasal rezeki,jgn risau sgt k... InsyaAllah, selagi kita usaha dan sabar, Allah akan beri kecukupan...
ReplyDeleteSmg Allah berikan ketenangan hati buat safiyyah, smg Allah permudahkan urusan safiyyah, smg Allah berikan kekuatan untuk safiyyah dan semoga Allah berikan yg terbaik untuk safiyyah... Amin...
Allah Maha Mengetahui, segala yg dicaturkan pasti ada hikmahnya...
Allah Maha Mengetahui segala yang tersirat dan tersurat....be strong, jgn sorang2..cari keluarga atau teman rapat untu luahkan... take care kak..... semoga diberi kekuatan !!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSemoga Safiyyah diberi ketenangan dan diberi petunjuk jalan mana yang perlu dilalui oleh Allah..setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Semoga dipermudahkan kehidupan puan..
ReplyDeleteSemoga dikurniakan kunci sabar dari Allah dan diberi kekuatan untuk besarkan anak2..
Apa yang terjadi dalam rumah tangga puan, biarlah Allah tentukan mana yang terbaik untuk puan..
Saya doakan untuk puan..
safiyyah,saya cadangkan buat report di pejabat agama untuk dakwa orang ketiga yang merosakkan rumahtangga kita..sebab ada akta untuk orang ketiga yg mengganggu rumahtangga ni..mungkin kita rasa dengan berdiam diri kita akan baik,tapi sebenarnya tidak sbb benda ni akan sebabkan kita makin tertekan..kadang-kadang kita pun berhak utk bahagia..xsalah nak redha dengan ketentuan,tapi biarlah kita dapat hak yang sepatutnya..sakit memang sakit,tapi lagi sakit bila kita biar je keadaan ni tanpa buat apa2..apa guna ada undang-undang perkahwinan kalau kita xgunakan untuk kebenaran..sekurang-kurangnya kita dah usaha yang terbaik...
ReplyDeleteMcm mana nak buat report psl org ke3 kalau dah mmg suami pun same ade rase cinta kat org ke3 tu...huhu
Deletesaya pernah Tanya pejabat agama,diorg suruh kita pergi buat report dekat bahagian penguatkuasaan,so nanti diorg mungkin akan jalankan siasatan mengikut keperluan..kalau ada bukti2 kumpul je dulu..kalau diorg minta kita bagi..bab suami ada perasaan tu memang xboleh nak buat apa sbb benda berkait dgn hati...kalau safiyyah ada kekuatan cuba la Tanya..saya xde kekuatan nak buat walaupun saya tahu ada akta tu..org ketiga pun xbermaksud kekasih,siapa2 yg ada menghasut@sengaja nak merosakkan rumahtangga kita pun boleh di dakwa walaupun keluarga sendiri..sbb ada akta tu cuma org je xberani nak buat...nanti saya cuba cari akta tu balik & tunjukkan kepada safiyyah ye..
Deletesalam safiyyah..bagi saya jalan terbaik adalah berpisah.bila keluarga mertua dah tak suka,mmg smpi bila2 diorg tak suka.mmg pedih perit bercerai tp i'allah kita akan kuat untuk menghadapinya.tak apa anak2 ada untuk menjaga kita satu hari nanti.anak2 tula harta dunia akhirat.lambat laun luka hati kita akan sembuh cuma masa yang menentukan.tabahlah saudari..
ReplyDeleteSaya kalau boleh mmg nak berpisah...tp suami xmo lepaskan so ape yg boleh saya buat? Nak failkan cerai pun rasenye keadaan xkan berpihak kpd saya sekrg ni sbb keadaan suami tgh mcm tu mesti pej agama akan anggap saya mohon cerai sbb suami dah oku.
DeleteKenapa pula tak boleh mohon cerai fasakh sekiranya suami Safiyyah tidak mampu untuk kemberi nafkah batin dan zahir kan? Saya secara peribadi memang kasihan safiyyah....dengan kisah suami yang bermain kayu tiga tu...Moga safiyyah terus kuat semangat demi anak2..
Deletekalau safiyyah nak cari kaunselor,mungkin boleh cuba dengan puan suzana ghazali,sebab dia ada banyak cara boleh untuk minta nasihat dari dia.maksudnya xperlu jumpa dia pun boleh.boleh melalui email,telefon@whatsup
ReplyDeleteni saya copy link dari kaunselor puan suzana ghazali.
ReplyDeletehttp://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.my/2010/01/jom-lawan-orang-ketiga.html
TQVM atas perkongsian...
Delete