Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun....
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA...

Friday, November 25, 2011

'Like' punye cerita !!!

Td online mukabuku (FB) jap...Biase ar, tgk aktiviti kengkawan. Nak dijadikan cite, ade lah sorang kawan aku letak gamba anak dia 2 org. Kiranya gamba baru amik ar.  Yg abg lebih kurg 2thn, yg adik baru 4bulan.  Jauh nun di dasar hati aku dok berkata, dapat jgk dia anak 2 org, sepasang pulak tu, lepas mcm2 halangan. Nyata cemburu yg berputik kat tangkai hati aku masih ade lagi sisa. Susahnya nak buang perasaan tu. 

Aku ingt nak 'like' lah gamba tu. Sekali aku tgk...dah ade yg 'like' dan salah sorang yg 'like' tu adalah hubby aku. Pehhh...aku terus sentap. Aku pun tak tau nape, hati aku terus rase lain mcm je. Tak jd aku nak 'like'. Anak panah mouse aku alihkan padahal dah hampir2 je aku nak klik 'like' tu.  Ape kene lah aku ni. Nak cemburu ape nye, kwn aku tu kira kwn hubby jgk kan. Kwn aku tu punye husband pun bkn org lain, kwn baik hubby jgk. Jodoh diaorg pun aku ngan hubby yg jd telangkainye. Kwn hubby tu single lagi mase tu dan dia  suh hubby tanye kat aku mintak tolong carikan jodoh tuk dia. Kebetulan kwn aku pun single lagi time tu dan aku ngan hubby aturkan pertemuan mereka. Alhamdulillah, ade jodoh antara mereka akhirnya bersatu.

So, nape pulak aku nak sentap bile hubby 'like' gamba anak2 kwn kami tu kan. Maybe hubby just 'like' sbb tu kan gamba anak2 kwn dia. Maybe hubby 'like' sbb gamba budak2 tu comel & cute. Tp hati aku rase lain. Setan tu dok api2kan aku sampai aku rase hubby 'like' tu sbb dia suke tgk kwn dia dah ade 2 org anak, sepasang lak tu. Sedangkan kami???...Hubby penah ckp kat aku, dia kate "dah pun dpt sepasang anak diaorg kan, kite ni ntah bile lah agknye..." Hubby ckp tu mase kwn aku baru je bersalin dan dia dapat perkabaran tu melalui msj dr kwn dia. Mase dia ckp tu, aku baru lepas laproskopi endometriosis dan aku pun ckp ar lepas je luke laparoskopi ni sembuh, kite usaha gigih lah nak dptkan no 2. Tp tgk2 sampai sekrg aku belum mampu nak teruskan usaha kami.

Ya Allah...apasal lah aku nak emosi sgt hari ni...aku tak boleh mcm ni...Aku patut memanjatkan rase syukur yg tak terhingga kerana telah dikurniakan sorang puteri. Dia lah penawar, dia lah racun yg menyerikan rumahtangga kami. So untuk ape aku nak sedih sgt bile belum berpeluang menambah zuriat sedangkan ramai pasangan yg lgsg belum ade rezeki menimang cahayamata. Tentu mereka lagi sedih.

Cite pasal kwn aku tu, aku terus teringat dugaan2 dia sebelum ade 2 org anak. Kwn aku tu ade kencing manis tiap kali pregnant (kalau tak pregnant, takde pulak kencing manis. camne tu ek???). So tiap kali dia pregnant, mmg kene pantauan dari doktor ar manjang. Kalau nak ikutkan, dia dah ade 5 org anak sekrg ni tp takdir Allah dah tertulis camtu utk dia.

Anak pertama (boy) - meninggal sebaik shj dilahirkan. Aku ingt lagi, mase dia bersalin tu  hari raya aidilfitri, doktor ramai yg cuti so dia lambat bersalin sbb tak cukup doktor yg nak sambut. Sebaik shj bersalin, doktor kate baby lemah dan akhirnya dia kehilangan baby tu.

Anak kedua (boy) - sekrg dah umo 2thn lebih.

Anak ketiga (boy) -  meninggal dlm kandungan mase usia kandungan nak masuk 6 bulan.

Anak keempat - Keguguran mase usia kandungan 2 bulan. 

Anak kelima (girl) - 4 bulan.

Lepas mcm2 dugaan dia tempuh tu, sekrg dapatlah sepasang dah penyeri rumahtangga dia sekrg...Comel2 sungguh anak2 dia.

Sbnrnya tgn aku ni gatal je rase mcm nak msj hubby je, nak luah pasal aku sentap dgn 'like' dia tu. Tp kang takut terus meleret2 pulak masalah, terus jd perang pulak. Dah lah dlm seminggu ni kami kurang berkomunikasi. Sbb hubby keje shif mlm, so peluang kami berjumpe agak terhad dan tiada peluang nak borak2 sgt pun.huhu.

Duhai hati,  jgn lah nak emosi sgt hari ni ok. Aku tau, Allah sedang aturkan sesuatu yg lebih baik untuk aku dan kwn2 TTC sume. InsyaAllah....

Wednesday, November 23, 2011

C.E.M.B.U.R.U yg kembali berputik...

Aku dapat anak buah baru...adik ipar bersalin anak ke 2. Dapat baby boy. Dah sepasang anak dia. Anak yg 1st umo 2thn lebih. Adik ipar yg lagi sorang pun dah dapat anak ke 2. Baby boy gak dan dah sepasang anak dia. Anak yg 1st umo nak masuk 3thn. Aku je yg masih mcm ni...Cian anak aku, sume org dok tanye dia bile nak dpt adik, umo dah nak masuk 6thn, org lain dah ade adik.huhu. Anak aku pandai jwp...dia kate tu baby yg baru lahir tu kira adik dia ar. Adik sepupu kan. Mmg dia sgt suke tgk baby. Ye ar, sape tak suke tgk baby kan. Comel sgt2...Kdg2 sayu rase hati bile tgk anak aku tolong tepuk2 baby tu tiap kali baby tu terjaga dan merengek. Bile dia perasan aku pandang dia, dia dok sengeh2 mcm kerang bucuk. Cute je muka dia time tu. Dah teringin sgt nak ade adik tu...adik2 ipar aku ngusik.

Aku???Ofcoz ar sentap...Rase cemburu yg agak lame mati kini dah mula berputik kembali kat tangkai hati aku ni. Nape org lain senang2 je leh dapat zuriat ke 2 sedangkan aku sgt susah...Ni bulan 12 nnti biras aku pulak akan bersalin anak ke 2 dia. Anak yg 1st umo 3thn lebih. Lagilah makin bercambah rase cemburu tu dlm hati aku...Tak pat aku bygkan camne nak gi melawat biras aku nnti lepas dia bersalin. Biras aku tentu2 akan berpantang kat umah mertua aku (mertua dia jugak ar) sbb biras aku tu dah takde mak ayah, dah meninggal. So mertua aku lah yg akn jaga dia lepas bersalin. Camnelah aku, hubby ngan anak aku nak hadapi situasi tu nnti...Tak sanggup nak dgr org dok tanye kat anak aku bile nak dapat adik. Bg aku, soalan tu akan buat anak aku tension...Dia kecik lagi, tak paham ape2...Nape org asyik dok tanye dia soalan yg same je. Ape jawapan dia nak bg. Emmm....Sedihnye rase.

Lepas berthn2 aku berusaha, bertarung dgn endometriosis, yg akhirnya aku terpaksa buat laparoskopi...Aku sangka ianya akn membuahkan kegembiraan buat aku dan hubby. Tp sebaliknya pulak yg berlaku. Mcm yg aku selalu ckp ar nak sedapkan hati, kite hanya merancang tp Allah yg tentukan segala2nya kan. Aku ngan hubby dah rancang, lepas je buat laparoskopi tu kami akn berusaha keras untuk aku terus pregnant. Kalau dalam sebulan dua tak berhasil jgk, kami nak try clomid mcm yg doc cadangkan. Tp sekrg ni, sume tu just tinggal angan2 kosong. Elok2 je lepas laparoskopi, aku diserang pulak GERD ni. Siksanya hanya Allah je yg tau camne aku menanggung dlm 3 bulan ni.

Di saat ini...saat aku menaip luahan hati aku ni, aku rase sgt2 teringin nak mencuba untuk pregnant. Tp boleh ke, dlm keadaan aku yg tak sihat, nak urus diri sendiri pun tak mampu kdg2 tu. Boleh ke, lepas ujian CT scan kat hospital hari tu dapat kesan ade lagi ketulan2 cyst kat ovari. Mcm2 persoalan aku pikir. Aku rase sgt teringin nak lalui pengalaman hamil sekali lagi. Tp mampukah aku? Kalau aku ckp ngan hubby, rasenye hubby tak kan setuju dlm keadaan aku yg mcm ni. Aku ajak dia gi jumpe doktor pun, dia kate biar je dulu. Tunggu aku betul2 sihat baru pikir lik. Tp masalahnye, rata2 aku bace pengalaman org  yg kene GERD agak jarang pulih dlm mase 3-4thn. Penyakit tu amik mase nak pulih dan silap2 tak kan pulih sepenuhnya melainkan kene buat pembedahan. Tak kan aku nak kene tunggu 3-4thn lagi baru nak pikir lik pasal nak pregnant? Time tu umo aku dah bape pulak, lagi lah susah nnti. Umo aku sekrg dah 33. Ya Allah...

Oh cemburu yg kembali berputik...nyah kau dari tangkai hatiku ini. Jgn sesekali kau berputik lagi. Aku tak suke kau berada dlm hati aku ni. Bile kau berada dlm hati aku, setan akan mudah mengganggu fikiran aku. Aku tak mau...

Ya Allah...aku tau, Kau sedang mengatur sesuatu yg terbaik buat aku...Tabahkan lah hati aku dan teguhkanlah keimanan aku Ya Allah...

Monday, November 21, 2011

PAYUNG EMAS

Aku selalu ckp kat hubby, suh dia cari seorg wanita untuk dijadikan isteri ke 2. Nape aku ckp camtu? Sbb aku selalu rase putus asa dgn mcm2 dugaan. Tambah lagi keadaan sekrg ni, aku dah berbulan2 sakit. Mkn minum hubby ntah ke mane, dah terbalik pulak hubby yg jaga mkn minum aku. Dulu aku selalu ckp suh dia kawen lain sbb susah sgt aku nak bg dia zuriat ke 2. Mertua asyik dok sindir2 bile nak menambah, tak kan sorang tu je, tak kan tak teringin nak anak lelaki pulak. 

Tp hubby aku selalunye buat bodo je bile aku suarakan perkara tu. Dia buat dgr tak dgr je malas nak layan aku.hehe. Paling tak pun, dia akn ckp tak yah lah pikir yg bukan2...nnti bertambah2 stress tu lagi susah nak sembuh. Emmm...tak romantik lgsg hubby aku kan.hehe. Aku dok harap jgk dia jwp hanya sayangkan aku sorang je, takde org lain leh ganti. Hubby aku mmg camtu, tak pandai nak bg ayat2 manis ni. Tp aku tau, dia sayang kat aku sorang je. 

Sabtu ari tu aku layan cerekarama 'payung emas'...Sedih ar cite tu. Aku nekad, pasni tak mau dah sebut2 suh hubby cari wanita lain. Tak sanggup aku....huhu. Biarpun payung emas sbg ganjaran, aku tak sanggup...

Ya Allah...moga Kau pelihara dan rahmati rumahtangga kami ini, hingga ke akhir hayat kami. Biar pelbagai dugaan yg Kau berikan, teguhkan lah keimanan kami. Amin.

Friday, November 18, 2011

SMS RINGKAS DARI DOKTOR

Semlm aku terima mesej yg leh dikatakan tak disangka gak ar...Nak tau mesej dari sape? Dokor pakar puan aku. Mmg agak terkejut jgk ar. Mesej dia ringkas je "How are you? Was wondering about you..."

Walaupun mesej tu ringkas je, tp maksud dia sgt mendalam tu. Aku tau, doktor tu pelik nape aku tak muncul kat klinik dia lepas aku buat laparoskopi untuk masalah endometriosis aku sebelum puase hari tu. Kiranya dah 3 bulan ar aku tak teruskan rawatan kesuburan, tak berkunjung ke klinik dia. Last aku jumpe doktor tu, mase rawatan susulan 2 minggu after laparoskopi. Doktor tu suh aku mkn clomid tp aku tak mau sbb konon2nye nak try pregnant tanpa bantuan clomid. Aku ckp kat doktor tu kalau dlm mase sebulan dua masih tak berjaya hamil, baru aku akn jumpe dia lik untuk try clomid. Tp ni dah lebih 3 bulan.

Time bace mesej tu aku kat rumah...lepas je bace mesej tu, aku terus jadi sedih, sebak, mcm2 ar perasaan bercampur baur. Marah pun ade gak. Mmg aku bengang giler ngan doktor tu lepas ujian CT scan dapat kesan ade lagi ketulan2 cyst kat ovari aku sedangkan aku baru je buat laparoskopi sebelum puase hari tu. Dapat tak korang bayangkan camne aku mase dapat report ujian CT scan tu? Aku dlm keadaan yg sgt sakit sbb GERD tu, dlm keadaan yg begitu tertekan sbb asyik kuar masuk hospital, dan dlm mase yg same aku diberitahu ujian CT scan mengesahkan ade lagi cyst kat ovari. Bukan 1, tp dua2 ovari pulak tu. How come? Ape yg doktor tu buang mase laparoskopi tempoh hari? Dah lah aku tgh suffer dgn GERD, ade pulak lagi masalah lain. ya Allah...mmg aku rase sgt putus asa. Nape ujian dtg bertimpa2 menguji aku.

Patutlah masalah senggugut aku tak jugak kurang walaupun lepas dah buat laparoskopi hari tu. Rupenye ade lagi cyst yg bersarang kat rahim aku dan aku rase, tu lah puncanya nape aku still ade period pain yg kuat even dah buat laparoskopi.  ya Allah...sabar je lah aku. Mcm tak berkesudahan lah episod duka dlm idup aku ni.

Aku reply lik mesej doktor tu... "Usaha untuk pregnant dah tergendala. Saya dah 3 bulan lebih tak sihat, MC, asyik kuar masuk wad. So terpaksa lupekan dulu hasrat untuk menambah zuriat. Tp saya mmg nak jumpe doc. Baru2 ni saya masuk wad, mereka ade buat ujian CT scan, dan dapat kesan ade lagi ketulan2 cyst di ovari kanan dan kiri.  Macamane boleh jd mcm tu?..."

Lepas aku send mesej tu, lame gak aku dok tunggu doktor tu reply. Sejam lebih gak ar. Tak tau ar sbb dia bz ke atau sbb dok pikir ape nak jawap. Jawapan dia mmg tak seperti yg aku harapkan ar. Dia  just jawap "Datang klinik"...

Datang klinik means aku kene jumpe dia untuk membincangkan hal ni. Bile jumpe dia, dah name pun doktor pakar kan, kompem ar kene bayar caj dia punye consult tu. Ntah ape lah agknye reason dia nak bg atas masalah ni, aku pun tak tau lah. Buat mase ni, aku malas nak pikir pasal cyst ke ape. Yg aku dok pikir sekrg ni mcmane aku nak sembuh dari GERD yg tul2 buat aku suffer ni.

Last sekali aku reply msj doktor tu "Saya masih lagi belum pulih dari GERD so buat mase ini saya stop dulu pikir pasal pregnant. I will come to see you when i'm ready. TQ"

Cite kat hubby pasal dapat mesej dari doktor tu, hubby pun merungut2. Hubby kate "Nnti ayang dah sihat, kite gi jumpe doktor tu lik tanye camne. Kalau agk2 dia mcm tak ok jgk, kite cari je lah doktor pakar puan lain. Bayar mahal buat laparoskopi, tp ntah ape yg dia buatnye. Sib baik insurans yg bayar. Kalau bayar gune duit sendiri, lagi lah tak tau camne. Ingtkan dia leh bantu settle masalah. Ckp iye2 je mase lepas operate hari tu dia kate dia puas hati dgn operation tu, dapat buang sume cyst yg ade. Ni yg ade lagi ni ape kebendanya pulak....pot pet pot pet pot pet..." panjang lagi dia membebel sebenarnya...Tak larat pulak aku nak cite sume.

Perasaan aku skrg ni? Rase mcm tgh meniti di lorong yg gelap. Aku cuma berharap dan berharap dan berharap, moga ade lah sinar dihujungnya nnti. Moga Allah pelihara keimanan ku. Moga Allah pelihara rumahtangga ku yg diuji dengan mcm2 masalah. Moga Allah akan sembuhkan aku...Amin.

Thursday, November 17, 2011

TAKDIR ALLAH...Sape lah kite untuk pertikaikannya.

Kite hanya mampu merancang, tp hanya Allah yg menentukan segalanya...Dah takdir tertulis hidup aku akan jadi mcm ni, nak tak nak aku terpaksa redha walaupun terase berat sungguh ujian yg Allah Taala bg kat aku dan suami.

Bile aku pikir2 lik perjalanan hidup aku selama 33 thn ni...Mmg aku akui akan kebesaran Allah tu tiada tolok bandingnya. Nape aku ckp camtu? sbb...

  1. Jodoh aku ditentukan dengan hubby...kalau aku ditakdirkan berkahwin dengan salah sorang pakwe2 lame aku dulu2 tu, ntah2 lame dah aku kene tinggal terkontang kanting untuk harungi hidup aku sekrg. Ye ar, aku selalu je sakit. Hubby aku je yg sgt bersabar dgn aku yg tak mcm seorg isteri pun.  Aku byk menyusahkan hubby dgn mcm2 sakit.  Kalau lelaki lain, mesti dah bosan dgn bini yg asyik sakit je manjang, lepas satu, satu penyakit yg datang menduga.
  2. Di kurniakan hanya seorg cahayamata dan dijaga oleh mak ayah aku kat kg...Dlm keadaan aku sekrg, aku bersyukur sbb anak aku kat kg dgn mak ayah aku.  Bayangkanlah kalau aku sendiri yg jaga anak aku, mcm mane lah agknye situasi sekrg. Dgn keadaan aku yg nak uruskan diri sendiri pun tak mampu. Hubby pulak keje kilang ade shif. Tak pat bayangkan camne kalau anak aku duk sekali ngan aku. Mesti dia akan terabai sbb ibu dia selalu sakit. Sape nak uruskan persekolahan dia. Sape nak uruskan mkn minum dia. Mmg aku syukur sbb dia dijaga dgn baik sekali oleh mak ayah aku. Walaupun aku sendiri menderita sbb terpisah dgn dia. Org lain tak kan paham camne aku terpaksa berkorban berpisah dgn anak sendiri. Tiap2 mlm aku menangis teringatkan dia. Dah lah dia je satu2nya anak yg aku ada.  Betapa rindunya aku kat anak aku setiap hari, hanya Allah yg tau. Org lain sume ckp aku nak idup senang, takmau jaga sendiri anak. Tp hakikat sebenar hanya aku, hubby, mak ngan ayah aku je yg paham. 
Tu antara sebab nye ar...sebnrnya byk lagi sbb lain yg bile kau pikir2 lik sume mmg dah tertulis untuk aku. Semoga aku redha menerima qada & qadar dari Allah ni.

Selama ni aku berusaha untuk menambah zuriat kami.  Mcm2 dugaan sepanjang usaha tersebut tp nyata belum rezeki kami. Rupenye Allah dah tulis benda lain untuk aku. Tak semudah yg disangka untuk aku meneruskan idup ini. Aku ingtkan lepas je aku jalani pembedahan endometrisos, ianya akan jadi laluan mudah untuk aku terus berusaha untuk pregnant. Tgk2 jd mcm ni pulak. Dlm keadaan aku yg sakit mcm ni, mmg aku dah tak mampu nak pikir untuk pregnant ke ape. Yg aku pikir skrg ni mcm mane nak sembuh lik. Kdg2 rase mcm tak berbaloi je menahan sakit operate ari tu. Ingtkan dah operate, akan settle masalah. Tp nyata Allah bg ujian sakit yg lain pulak dtg menyerang.

Aku berserah je sekrg ni. Mcm2 dah aku ngan hubby usahakan untuk sembuh tp nyata Allah belum nak sembuhkan aku. Dari perubatan hospital, berubat cara kg, perubatan herba, perubatan islam darussyifa, sume aku dah cube...Aku ngan hubby dah naik buntu tak tau nak buat camne lagi. Duit tak yah cite ar bape byk dah abih. Sib baik jgk lah ade medical card, atleast bil hospital sepanjang masuk wad dulu insurans cover. Berubat cara kg. lak mcm2...ade yg berurut lah, ubat cara batin lah, jampi air lah, mandi limau lah, mcm2...sume tu duit jgk. yg paling mahal, ubat cara batin ar...nak dekat RM 1,000 terpaksa ayah aku bayar dgn harapan anak dia akn sembuh. Tp nyata Allah belum nak sembuhkan aku. 

Moga Allah akan sembuhkan aku dari menderita dgn penyakit ni....Amin. 




Wednesday, November 16, 2011

Anti Kemurungan

Di saat ini, hanya Allah yg tau ape yg aku rase...Aku rase nak jerit sepuas hati, nak menangis sepuas hati...Fikiran aku jd kacau.  Aku tau, aku tak boleh stress...stress akan menyebabkan GERD aku bertambah teruk. Tp aku tak leh nak buat2 mcm biase, mcm takde ape yg berlaku pada diri aku.

Aku mmg rase down giler sekrg ni. Badan aku lemah. Selera mkn totally out.  Perut rase sebu terutama kat bhgn ulu ati, dada rase sesak, nafas rase sesak.  Aku asyik tertanye2 dlm ati, bile aku leh sembuh? bile aku leh sembuh? bile aku leh sembuh?

Semlm aku saje tgk2 lik sume ubat2 yg doktor bekalkan, baru aku pasan ade 1 ubat tu. Doktor kate ubat tu untuk aku rase tenang cikit emosi. Sbb mase aku kat hospital tu keadaan aku mmg teruk. Bile dah lik rumah, aku pun stop sume ubat2 tu sbb tak tahan efek ubat tu. Tp semlm aku tergerak hati nak search pasal sume ubat2 tu. Baru lah aku tau, salah satu ubat tu khas untuk masalah kemurungan. Aku tak tau lak ubat tu untuk kemurungan. Nmpknye mmg teruk ar keadaan aku sekrg ni sampai doktor bg ubat anti kemurungan. Perlu ke aku mkn ubat tu ek?

Kalau ikut keadaan aku sekrg dgn ape yg aku bace tentang kemurungan, rase2 nye sah ar mmg aku tgh stress, murung sekrg ni.  Salah satu simptom yg paling ketara, aku selalu menangis. Even tgh drive sorang2 pun aku leh nangis. Aku rase sedih je manjang. Kalau naik kete ngan hubby, pun aku leh tibe2 nangis. Hubby nak drive pun jd tak tentu arah. Aku pun taktau nape, mcm2 benda yg aku dok pikir. Lain2 simptom, aku rase mcm putus ase nak teruskan hidup. Aku rase mcm tak mau hidup lagi. Aku rase putus asa. Aku rase tak larat dah nak tanggung sakit ni. Time aku teresak2 nangis tu aku cube dok bace selawat syifa, bismillahillazi, zikir mcm2, dengan harapan hati aku leh ar tenang cikit ke ape kan.

Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah....

Tuesday, November 15, 2011

GERD


MASALAH asid refluk atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai gastro-esophageal reflux disease (Gerd) adalah penyakit yang sering dialami setiap orang. Bagaimanapun, tidak ramai yang mengenali masalah Gerd dan sebab itu ia dirujuk sebagai penyakit gastrik.
 
Sungguhpun simptom Gerd dan gastrik banyak persamaannya tetapi punca dan fisiologinya berbeza. Pakar Perunding Bedah Gastro Usus dan Laparaskopik Lanjutan, Pusat Perubatan Pantai, Dr Abdul Fahmi Abdul Karim, berkata Gerd terjadi apabila asid yang berada di dalam perut melimpah ke ruang saluran makanan (esofagus) manakala gastrik pula berpunca daripada asid yang merosakkan dinding lapisan perut. Dr Fahmi berkata, Gerd menyebabkan radang, pedih ulu hati dan lain-lain komplikasi pada esofagus. Masalah Gerd terjadi apabila cecair asid, angin atau makanan dari dalam perut naik semula ke esofagus. Ini disebabkan kelemahan otot di persimpangan antara perut dan esofagus untuk mencegahnya daripada naik semula ke saluran makanan. 
 
Kebanyakan orang memahami Gerd adalah penyakit seumur hidup. Rawatan terbaik untuk mengawalnya ialah dengan pengambilan ubat. Bagaimanapun, perlu difahami pengawalan bukanlah penyembuhan. Malah, ada kalanya pengambilan ubat dalam tempoh yang lama, misalnya berbelas-belas tahun akan memberi kesan sampingan kepada pesakit. Katanya, sebenarnya, Gerd tidak perlu dideritai seumur hidup. 

Dr Fahmi berkata, ramai yang tidak mengetahui adanya pilihan rawatan melalui pembedahan yang memungkinkan Gerd disembuhkan sepenuhnya. Menerusi kaedah pembedahan yang dikenali sebagai pembedahan laparoskopik antirefluk atau 'Floppy Nissen Fundoplication', pesakit hanya perlu menjalani pembedahan antara satu hingga dua jam. Selepas dibedah, pesakit tidak perlu lagi mengambil ubat-ubatan susulan sepanjang hayat. "Secara terperinci, dalam keadaan normal, ada sempadan antara esofagus dan perut yang dikenali sebagai 'oesophago-gastic junction' atau singkatnya disebut OG-junction. Simpang ini dikawal oleh otot pencerut (otot sfinkter) di bawah esofagus. Pada keadaan biasa, otot ini menghalang asid masuk ke esofagus. Bagaimanapun, bagi pesakit Gerd, otot pencerut ini tidak berfungsi dengan baik untuk menghalang asid perut mengalir ke atas," katanya.

Sepintas Lalu Mengenai Gerd
Perut anda dipenuhi dengan asid yang bertindak membantu percernaan makanan. Mungkin anda tidak tahu, asid ini sama tahap keasidannya dengan asid bateri. Walaupun struktur perut memang berupaya mengendalikan asid yang terhasil ini tetapi tidak pada esofagus. Justeru, apabila asid naik semula ke esofagus, ia menyebabkan rasa terbakar yang dikenali sebagai pedih ulu hati. Secara umum, semua orang pernah merasai pedih ulu hati tetapi tidak terlalu kerap. Bagaimanapun, jika keadaan ini berlanjutan selama lebih dari satu jam sehari dan sering melanda, anda mungkin berhadapan dengan Gerd. Simptom lain termasuk rasa mual atau muntah, perut kembung atau angin, sesak nafas terutama apabila berbaring dan sendawa kuat yang berlebihan. Kesakitan di dada yang sering dialami oleh pesakit Gerd kadangkala disalah anggap sebagai penyakit jantung. Ia terjadi apabila otot pencerut sfinkter tidak tertutup dengan sempurna. Ini menyebabkan asid naik semula ke esofagus. Gerd dalah masalah kronik yang menyebabkan komplikasi serius.
 
 
Sebenarnya aku baru terbace artikel pasal gerd ni. Sah2 lah mmg aku kene gerd. Mase doktor bgtau ari tu, aku tak sangka pulak gerd ni sakit yg serius gak ar. Aku ingtkan gerd ni kira mcm gastrik je, kalau jaga makan boleh sembuh. Tp rupenye aku silap. Sakit ni payah nak elok. Ptut ar dah berbulan2 aku sakit tak elok2 lagi. Ya Allah...punye lah azab sakit ni, tak tertanggung dah rase nye. Hari2 aku sakit perut, susah nak bernafas, asyik sendawa tak abih2, rase nak muntah yg tak tertahan, badan jadi lemah, takde selera makan. Macamana ni...Aku dah tak larat hari2 sakit mcm ni ar. Yg pelik nye, lagi aku mkn ubat, lagi bertambah teruk pulak. Sbb tu aku stop je ubat hospital tu. Harga ubat tu punye lah mahal bape ratus ntah. Name ubat tu Nexium dengan lagi satu tu Ganaton kalau tak silap. Lagi aku mkn ubat2 tu, lagi teruk pulak jadinye. Aku pun tak paham nape...  
 
"Ya Allah...sembuhkan lah penyakit yg aku hidapi ini ya Allah...bg lah aku peluang hidup sihat. Bg lah aku peluang hidup bahagia bersama suami dan satu2 nya anak ku yg Kau kurniakan ya Allah...Aku dah tak larat nak tanggung penyakit ni. Berilah aku tubuh badan yg sihat agar dapat aku bekerja bg membantu suamiku mencari rezeki untuk keluarga kami ya Allah....Bg lah aku peluang membesarkan anak ku sepertimana ibu lain ya Allah...Kuatkanlah semangat aku...tabahkanlah hati aku...kasihanilah kami ya Allah...kasihanilah aku ya Allah...kasihanilah ya Allah...hanya padaMu tempat aku mengadu ya Allah...setelah pelbagai usaha dan ikhtiar, aku hampir berputus asa ya Allah...hanya padaMu aku berserah kini ya Allah..."
 
 

Monday, November 14, 2011

S.E.D.I.H

Suatu pagi, aku terdengar perbualan antara anak aku dengan nenek dia(mak aku)...Dia tgh siap2 nak gi sekolah(tadika) mase tu.  Anak aku panggil nenek dia mak, bukan nenek...Ayah aku pun dia panggil ayah, bukan atuk...Dah mak ayah aku tolong jaga dia dari kecik, agknye tu yg melekat panggil mak ngan ayah. Aku ngan hubby dia panggil ibu ngan abah....

Anak aku  :  Mak, mak risau tak tgk ibu adik tu sakit tak elok2?...
Mak aku  :  Maun nye tak risau...mak kalau boleh lagi nak ibu adik cepat sembuh. Mak tak nak tgk ibu adik sakit camtu, hari2 nangis camtu. Bile ibu adik nangis, mak ngan ayah pun jadi sedih tgk tp tak tau nak tolong mcm mane lagi dah. 
Anak aku  :  Adik cian tgk ibu tu...kalau ibu tak boleh elok mcm mane mak?
Mak aku  :  Adik jgn ckp camtu...kite doa biar ibu cepat sembuh.

Perbualan tu sampai situ je. Pastu suasana senyap sunyi sbb mak aku kuar gi hntr anak aku ke tadika.  Aku dlm bilik ape lagi, nangis ar sepuas2 nya...Aku sedih anak aku yg baru berusia 5 thn dah pandai risau pasal ibu dia.  Mmg aku tak nafikan aku kerap menangis sepanjang sakit ni. Kdg2 kalau dah tak tahan sgt, depan anak aku pun aku dah ilang segan, aku menangis teresak2. Anak aku pun ape lagi, dia pun nangis same ar tak tahan tgk ibu dia nangis.

Aku dah cube nak kuatkan semgt, tak mau nangis2 lagi. Tp aku dah tak tahan dgn dugaan Allah kali ni. Aku tak penah tgk hubby mengalirkan air mate selama ni tp sejak aku sakit ni, hubby pun kerap nangis sbb terlalu risau pikirkan kesihatan aku yg mcm ni. Mak ayah aku lagi ar...Mak nmpk kuat cikit walaupun nmpk seribu kerisauan di wajahnye. Tp ayah...ati ayah tak sekeras luaran dia. Luaran ayah nmpk garang dgn anak2. Tp bile aku sakit camtu, ayah paling kerap mengalirkan air mate. 

Abg...Mak...Ayah...Anak ku syg...
Maapkan aku sbb buat sume org susah ati dan bersedih.  Aku takde niat langsung nak buat sume org susah ati dan sedih. Tp ati aku tak tabah. Aku tak kuat. Aku tak cekal. Ujian dari Allah kali ni betul2 membuatkan aku putus asa nak teruskan idup...Astaghfirullah...:( 


Friday, November 11, 2011

Putus Asa...

Hari ni hari pertama aku masuk keje setelah hampir 3 bulan aku MC + Annual Leave...Mcm tak caye je hidup aku jd mcm ni pulak...Start dari bulan puasa aku jatuh skit, sampailah sekrg ni.  Aku terlantar berbulan2 kat rumah sbb sakit perut yg aku sendiri tak tau ape penyakit sebenar.  Aku ingtkan, lepas kuar dari spital dulu aku akn sembuh. Tp lain pulak jdnye...Aku masuk spital lik buat check up mcm2 tp doktor just ckp aku gastrik & gerd jugak.  Yg aku heran, nape tak elok2 walaupun lepas aku telan ubat2 yg doktor bg.  Sampai satu tahap, aku dah give up dan aku stop sume ubat spital.  Berubat kg. tak yah tanye ar, merate dah aku gi tp takde satu pun yg serasi.

Kalau ikut perancangan, lepas je laparoskopi endometriosis ari tu aku ngan hubby nak terus usaha untuk pregnant. Tp tu ar, kite hanya merancang tp Allah yg menentukan segalanya. Allah belum nak bg aku nak usaha untuk pregnant. Allah bg aku penyakit yg sampai sekrg aku menanggung azabnye. So usaha aku untuk  pregnant terpaksa dihentikan memandangkan aku sekrg ni nak jaga diri sendiri pun tak mampu.huhu...

Mase buat check up kat KPJ ari tu, doktor buat CT scan. Sbb takut aku ade kanser ke ape kan sbb sakit perut tak elok2. Tp doktor kate sume nye nmpk ok je dan doktor tak nmpk sebarang punca yg menyebabkan aku sakit perut tak elok2 ni. So doktor buat kesimpulan, ni just gastrik je. Tak kan camni sekali sakit gastrik? Ntah, aku pun tak tau...

Tp yg tak best nye, mase buat ujian CT scan tu, doktor dapat kesan satu benda....Doktor kate ade ketulan2 cyst kat rahim aku yg dapat dikesan melalui CT scan. Yg paling besar, lebih kurang 2cm. Aku rase mcm nak menjerit time tu sbb mcm tak caye, baru je aku jalani laparoskopi buang cyst sebelum puasa hari tu, camne leh ade lagi cyst. Doktor tu ckp maybe tak buang habis mase laparoskopi tempoh hari. Dlm hati aku dah mula rase bengang ngan doktor pakar puan yg rawat aku tu. Camne dia leh terlepas pandang, tak buang cyst tu abih2.  Doktor tu nak aku rujuk ke bhgn pakar puan kat kpj tu pulak tp aku menolak. Aku dah malas nak pikir pasal cyst ke ape ke. Dah lah aku tgh sakit perut tak elok2, kuar masuk spital je. Ni dah lain pulak masalah lagi. Aku dah malas nak pikir.

Kadang2 aku rase mcm putus ase je...Aku rase sedih sgt2...Mengenang nasib aku yg mcm ni...

Ya Allah...tabahkan aku untuk menghadapi semua ujian dari Mu...Pulihkan lah penyakit aku...Pulihkan lah semangat aku yg kian luntur ni...Aminnnnn

Wednesday, October 26, 2011

'KOSONG'

Hidup aku di uji Allah...Berat sungguh dugaan yg Allah bg. Tak tertanggung rasenye aku. Adakah Allah menguji kerana Allah sayang kat aku?...Ape yg dapat aku ckp sekrg, aku rase mcm 'kosong'...

Ya Allah...tolong lah bg aku kekuatan untuk harungi dugaan yg Kau bg ini....:(

Tuesday, September 20, 2011

Dugaan Ramadhan & Syawal

Rase cam lamenye tak update blog...Nak buat camne, dugaan Allah dtg bertalu2 menduga aku....

22 Ramadhan - Gastrik
Lagi bape ari je nak raye, aku masuk spital 4 ari sbb sakit perut. Doc ckp gastrik. Aku pun pelik camne leh dpt gastrik pulak.  Maybe sbb bulan puase kot. Aku dapat kuar wad lagi 4 ari nak raye.  Korang bayangkanlah camne dgn baju raye hubby lgsg takde beli lagi, kuih raye lum beli, tudung raye aku satu pun takde...huaaaaa nak meraung aku time tu memikirkan eh.  

26 Ramadhan hingga 8 Syawal- Demam vs Chicken pox
Elok je aku dapat wad, aku kene demam jap panas jap sejuk. Memikirkan  persiapan raye yg tak bape cukup lagi, aku buat mcm biase mcm aku sihat...Dah mcm org dlm pantang aku pakai stoking, baju panas, aku gagahkan jugak diri aku ikut hubby gi beli ape yg ptut.  Sib baik baju raye anak aku dah beli awal. Kot tak, lagi haru lah jwp nye.  Badan aku time tu Tuhan je tau camne.  Time jln2 cari brg tu, aku berpeluh sakan sampai basah baju sume. Lik je rumah jd sejuk giler.  Dua hari ar aku camtu tp tetap gak aku gagahkan diri gi beli brg cikit2 ape yg penting tuk raye. Agk2 dah siap je beli, aku ngan hubby lik kg hubby jap. Mase tu lagi 2 hari nak raye. Aku ajak hubby lik jap umah mak dia sbb nak bg duit cikit tuk beli daging dan ape2 yg perlu dan mcm biase aku bg kuih raye 4-5 jenis untuk mertua. Time tu pun dah rase lain mcm badan aku tp aku tahan je, kuatkan semgt nak raye punye pasal.  Mase lik umah mertua jap tu, terharu gak rase ati tgk mertua masakkan sup sayur pucuk tuk aku sbb dia tau aku baru kuar spital kene gastrik, tak leh mkn pedas. 

Selesai berbuka (tak puase pun sbnrnye sbb doc tak bg puasa) kat umah mertua, aku ngan hubby gerak lik kg umah mak aku lak. Sbb aku plan nak beraye kat umah mak aku dulu thn ni. Sampai je kg, aku dah rase tak tentu arah bdn ni. Naik je bilik nak tukar baju, hubby pasan ade bintik2 belakang badan  mula nak tumbuh tp tak byk. Huaaaaaaaaaa.......sah2 lah chicken pox jangkit dr hubby. Nak meraung aku time tu....Esok dah mantai, aku pulak dpt chicken pox. Dugaan betul lah. Ari mantai tu adik beradik ngan mak aku sume sibuk masak mcm2, aku kuar gi klinik ngan hubby. Doc bg ubat kene mkn 5 biji sehari selama 5 ari. Total sume ubat kene telan, 25 biji. Doc kate ubat tu elok tuk kurangkan chicken pox kuar byk dan kalau mkn ubat tu, parut chicken pox tak kan tinggal kat bdn. Aku pun ape lagi, mkn je lah ubat tu ikut time. Mmg tak byk sgt chicken pox tumbuh kat muka dan bdn aku. Kat kaki leh dikira bape biji je tumbuh. Tak mcm hubby kene teruk giler. Dipendekkan cite, tak beraye lah aku thn ni...Chicken pox tumbuh penuh dlm mulut aku sampai nak mkn pun tak boleh. Raye pertama, ke 2, ke 3, aku duk rumah je terbaring. Raye ke 4 aku lik kg hubby lak sbb mertua dah asyik tepon je tanye bile nak lik sane. Time tu masih lagi ade chicken pox yg basah2 kat bdn. Tp nak buat camne, cian pulak kat hubby kalau tak lik kg dia. Suh dia lik sendiri ngan anak, dia lak tak nak. Nak jugak tunggu aku. Dan tentu2 lah chicken pox ni 2 minggu baru elok betul. Nak buat camne kan, aku kuatkan jugak semgt, gagahkan diri. Sepanjang kat umah mertua, aku lah yg masak sarapan, masak mkn tghari padahal mak aku dah pesan tak leh buat sume tu time kene chicken pox. Nak buat camne, kalau aku tak buat, tak mkn lak kang. Dah lah aku baru pat gastrik. Sepnjg kat  umah mertua, aku duk umah je ar. Gi beraye pun 2-3 biji rumah je. Tu pun sbb mertua paksa suh ikut. Dia kate bkn org tau pun aku kene chicken pox. Akhirnya abih dah lah cuti raye aku thn ni.  Paling cian, kat anak aku ar. Ibu dia kene chicken pox, ngan dia2 sekali tak pat gi beraye. Ye ar, mane nak gi raye ngan keadaaan aku mcm tu kan. Tp aku bersyukur sgt2 sbb anak aku tak kene chicken pox jugak. Puas gak ar dok jauh2 dari dia. Tido pun asing. Sume persiapan dia sepanjang raye, hubby aku yg uruskan.

9 Syawal - Gastrik vs Gerd
Bermula lah detik hitam dlm idup aku...tetibe je kene gastrik lik. Tp kali ni lain mcm pulak sampai aku loya mual muntah pastu sesak nafas. Mmg teruk giler aku kene time tu sib baik kat rumah. Hubby takde kat rumah mase tu. Aku ingtkan dah sampai ajal je sbb mmg aku tak leh nak bernafas pastu rase sakit dlm perut menolak2 suh muntah. Lembik aku jdnye. Aku call mak ayah aku time tu menangis2 mintak maap, halalkan mkn minum sume sbb mmg aku ingt dah nak meninggal. Mak ayah aku pun ape lagi, terus call hubby suh cepat2 lik rumah. Tak lame tu hubby aku lik rumah, kelam kabut dia suh aku siap dia nak hntr spital. Dgn berat ati, aku pun ikut je lah gi spital. Hubby papah aku time tu sbb aku dah lembik giler. Sampai spital, mcm biase ar cucuk urat, masuk air sbb doc tgk aku dah lembik sgt.

Dipendekkan cite, 11 ari lah aku kat wad. Sepanjang kat wad tu ari2 aku kene jgk mcm kat rumah tu. Injek ubat ari2 pun aku kene jgk teruk camtu. Tiap2 ari aku nangis kat wad. Ilang dah segan aku ngan nurse2 sbb tak tahan sesak nafas punye pasal. Nurse2 pun menggelabah tiap kali aku kene serang penyakit tu. Mak ayah aku pun dah ari2 nangis kat umah memikirkan nasib aku yg tak elok2. Last2 ayah aku ikhtiar berubat secara batin ngan sorang dukun. Ari ke 3 berubat, baru lah aku ok cikit. Doc sahkan aku gastrik pastu diserang penyakit gerd (asid reflux). Doc kate asid naik ke dada aku sbb tu aku sesak nafas.  Nnti bile2 free, aku update lebih terperinci ape maksud gerd tu ek. Untuk yg kes aku ni doc ckp punca nye sbb aku byk sgt mkn ubat mase kene chicken pox tu dan berkemungkinan chicken pox tumbuh penuh dlm perut dan esofagus aku. Ntah, aku pun tak tau. Tp seriusly aku ckp, mmg azab tul time aku kene tu. Berhari2 lak tu.

Lepas 11 ari duk wad, aku sampai naik muak dah tido baring je atas katil wad tu, aku mintak lik rumah. Doc pun tgk aku dah tak diserang sesak nafas lagi, doc bg aku lik suh rehat kat umah. So time aku update blog ni, aku masih lagi mc.....huhu...Aku masih lg dlm proses mkn ubat, dan sesak nafas aku pun masih ade lagi sisa2 yg kdg2 dtg menyerang tp tak lah seteruk yg ari tu.

Sori bos....bln ni lum ade lagi aku gi keje. Dah skit kan, nak buat camne.

Sape yg penah kene gerd ni, tau lah camne siksanya penyakit ni....Tuhan je tau camne. Aku ari2 dok merintih mengenang nasib aku kat spital nape lah malang sgt. Tp ye lah kan, mungkin ade hikmah di sebalik ape yg Allah takdirkan untuk aku. Moga aku tabah harungi semua dugaan.

Tuesday, August 23, 2011

Gastrik pulak...

Skitnye bile Allah tarik nikmat kesihatan yg baik...mlm td aku nangis sepuas2nya kat rmh sorang2.hubby msih di hospital.Aku bpe ari dah kene skit prut mcm angin kat ulu hati.slalu kene xdelah truk sgt.kali ni truk tul aku kene.mlm td pling truk ar smpai aku kene sesak nafas.dah lah aku tggl sorang kat rmh.nak g hospital drive sndiri aku xlarat.last2 pg2 td kul 7 aku gagahkn diri aku drive ke hospital yg brhampiran.skrg aku kat wad.doktor kate gastrik.dah gastrik lah pulak..lps 1 mslh, dtg lg mslh lain pulak.dah lah hubby msih kat wad.ni dah dua2 skali kat wad pulak.sib baik hospital yg same.ptg ni aku kene msuk teropong dlm perut.doktor kate nak tgk betul ke x gastrik.dulu penah gak aku kene cmni,tp bile teropong,xde lak gastrik.rupe2nye batu karang dlm hempedu.so dah operate buang hempedu.thn 2009 mse tu.sumpah aku ckp,mmg skit giler operation tu.ingtkn lps dah buang hempedu,xde dah mslh skit prut ke ape.tgk2 skit jgk lg.emmm..tensionnnnyee akuuu... Skitnye bile Allah tarik nikmat tuk idup sihat...:-(

Wednesday, August 17, 2011

Demam Cecair Lah Pulak....

Bukan aku yg kene....tp hubby....Kene demam cecair lah pulak dia...Atau name lain nye chicken pox kan? Ntah aku pun tak bape tau. Tp seriusly aku ckp, mmg teruk giler ar dia kene. Aku yg tgk nye pun rase nak nangis. Mesti sakit giler. Penuh bintik2 tumbuh kat muka dia, seluruh badan dia, kulit pale dia. Ya Allah dugaan sungguh lah buat kami di bulan ramadhan kali ni...

Mcm2 hal pulak berlaku thn ni. Kuar masuk hospital je hubby. Ari tu kene slip disc. Elok dia kuar hospital dan mc, aku pulak proceed laparoskopi tu. Ni aku dah sihat, hubby suk hospital lagi, sbb demam cecair dia teruk sgt...

Nmpk gayenye bulan ni aku belum boleh berusaha ke arah pregnant...sedih ni...huhu. Nak usaha camne, waktu subur aku nnti, rasenye hubby lum ok lagi...demam cecair kan biasenye lambat nak elok...ish kecewa gak ar aku. Ingtkan nak terus mencube je lepas operate ni. Tp takpelah, adelah hikmahnye kot????....

Monday, August 15, 2011

Jumpa Doktor & Pil Clomid...

JUMPA DOKTOR
Ari tu doktor ade pesan suh aku dtg jumpe dia bile period aku dah turun lancar.  So semlm aku pun gi ar jumpe doktor.  Ade mslh cikit, luka kesan tebuk kat pusat aku mcm tak bape ok lagi (nmpk mcm ade nanah)...pastu aku ade nmpk benang2 kat pusat tu.  So aku rase tak sedap ati sbb kalau tak silap aku ari tu doktor dah cabut benang2 sume.  So doktor suh aku baring dan tgk lik pusat aku, dia kate yup ade lagi benang yg tertinggal dan sepatutnye aku just ignore je benang tu sbb ianya akn reput dgn sendiri nya.  Dlm ati aku dok kate, biar betul doktor ni? Aku dah rase tak selesa je ngan benang2 tu tiap kali aku bersihkan area pusat, mesti aku tertarik benang tu. Doktor kate oleh kerana aku dah pun terase benang tu, better dia buang lah. Sakit pulak tu mase dia tarik benang tu. Maybe sbb ade benang tu yg dah terbenam dlm kulit. Lepas doktor dah buang semua, doktor kate ade kuar darah cikit kat pusat aku tu. Dia just lap2 je darah tu ngan kapas. Aku dah dok maki dlm ati, hampeh tul doktor ni, tak tau ke sakit ni samapi luke berdarah lah dia kejekan. Bile aku tanye pasal nanah dlm pusat tu dia kate 'jgn risau, dlm tempoh sebulan nnti pusat you akan kelihatan normal semula mcm biase....'...Aku tanye lik biar betul sebulan? Ari tu kalau tak silap, doktor ckp 2 minggu lepas operate, luke sume akn pulih. Dia kate ade jugak kes2 yg luke lambat baik....Emmm ape lagi aku nak kate, terima je ler...Harap2 pulih lah nnti.

Lepas tu, doktor bg kat aku report dr pihak hospital.  Kalau ikut keterangan doktor ari tu, aku ni kompem ade endometriosis stage 2.  Tp report hospital tulis lain cikit 'RIGHT OVARIAN CYST' dan ade ar keterangan2 lain pasal cyst tu. Tp doktor kate same je maksud dia tu cuma kat report tu tulis guna istilah hospital.

PIL CLOMID
Lepas dah abih sesi yg tu, doktor terus cite pasal rawatan kesuburan pulak.  Doktor kate, aku dah boleh proceed untuk rawatan kesuburan ar pasni. Kalau sebelum ni aku mkn lah ubat subur ke ape, mmg tak kan pregnant sbb ade endometriosis tu.  Lepas dah buang cyst tu, doktor kate ade lah peluang dlm 60% ke 70% untuk aku pregnant. Doktor suggest suh start mkn clomid sbb aku pun dah period ari ke 5.  Tp aku ckp kat doktor tak mau start dulu clomid tu. Aku nak tgk dlm sebulan 2 ni boleh tak aku pregnant tanpa ambil clomid tu. Doktor nmpk mcm kecewa cikit ar ngan keputusan aku tu sbb dia pun mesti tak sabar nak aku cepat2 pregnant. Bg dia, aku tangguh clomid tu kira mcm aku tangguh ar rawatan kesuburan. 

Aku sbnrnya bkn ape, aku ade terbace kat FB Prof Hamid Arshat pasal pil clomid tu. Prof kate dia tak bape galakkan org yg ade masalah endometriosis ni mkn pil clomid sbb takut cyst tu mudah tumbuh lik. So aku ni mmg ar kagum ngan Prof Hamid tu cuma tak berpeluang je dptkan treatment under dia sbb jauh nak gi. Aku rase mcm ade betulnye ckp Prof Hamid pasal pil clomid tu. Sbb tu aku rase tak mau amik dulu. Aku nak try dulu usaha dlm sebulan dua ni tanpa bantuan clomid mudah-mudahan Allah restu usaha aku yg tak seberapa ni. 

Harap2 ade lah perkhabaran gembira buat aku dan hubby nnti...Amin. 

Thursday, August 11, 2011

LAPAROSKOPI - ENDOMETRIOSIS STAGE 2

Alhamdulillah...segalanya terjawab sudah.  Aku dah selamat menjalani pembedahan laparoskopi untuk endometriosis yg selama ini menyerang idup aku.  Doktor sah kan aku punye endometriosis tu di stage 2. So menurut ckp doktor, dia dah buang semua cyst yg dia jumpe dan dia kate peluang aku untuk hamil selepas ini dalam 60%-70%...

25/07/2011
Semua nya tak dirancang pun. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar je. Kebetulan ari tu hubby dapat sambung mc dia lagi 2 minggu dan tetibe Allah bukak pintu hati kami untuk berbincang pasal hal ni. So lepas bincang, hubby kate elok jugak kalau aku proceed untuk laparoskopi tu time dia mc sbb kami same2 ade kat rumah nnti dan dia tak perlu lah nak mintak cuti lain kali untuk jaga aku kalau aku operate.

So lepas bincang tu, hubby terus call doktor untuk bgtau hasil perbincangan kami dan doktor tu pun terus ar jlnkan keje dia untuk dptkan GL dari comp insurans. Mcm biase dia kate mmg leceh cikit kalau nak dapatkan GL dari comp insurans ni kalau pesakitnye wanita.  Doktor kate borang soal jawab je 3 mukasurat. So aku pun tunggu je ar kat rumah. 

26/07/2011
Doktor msj bgtau GL dah keluar so doktor suh aku masuk wad ptg tu jgk.  Pehhh...time tu baru terase debarannye...takut giler memikirkan nak kene tebuk lagi kat perut aku ni.  So hubby hntr ar aku ke hospital ptg tu gak mcm yg doktor arahkan.  Mmg rezeki aku agknye dapat duk wad yg 1 katil je dlm 1 bilik.  tenteram giler aku duk dlm tu. Kalau ikut medical card aku ni, diaorg cover yg 1 bilik 2 katil. Tp oleh kerana takde pulak kosong, diaorg letak aku kat bilik yg special cikit tu. So stay lah aku mlm tu dgn tenang sorang2...Kene start puase dr mlm tu sbb esoknye aku akan dibedah dlm anggaran pukul 10 pg.  Mlm tu tido tak bape lena, pikir mcm2 sbb takut kan...mane lah tau, kos lepas bius aku terus tak bgun2 dah ke, camne...ish takut nye...Dlm kul 11 mlm, baru je nak lelap ade org dtg. Doktor pakar bius rupenye.  Siap ckp, sori dtg lewat mlm. Doktor tu just dtg menjenguk dan bgtau ar ape risiko2 bius ni, ape kesan lepas bius, ape bius yg diaorg gune dan mcm2 lagi lah. Tp aku tak bape amik pot sgt sbb aku dah tau sume tu. Aku kan penah kene bedah dah sebelum ni.hehe. Rupenye hubby pun same kat rumah tak leh tido. kul 3 pg dia call suh mkn roti ke ape2 tuk alas perut supaya perut tak kosong sgt. lagipun doktor kate kene puase dlm 6 jam. Aku time tu mane lah ade selera sgt, tp ikut gak ar ckp hubby mkn gak roti cikit ngan air milo.

27/07/2011
Pg tu aku bgun, pikiran dah tak tentu arah. Nurse dtg hntr baju tuk pakai dlm bilik bedah nnti. Hubby sampai dalam kul 8. Tgk muka hubby kelat je. Pastu dia bgtau ar tak maun lelap mate mlm td agknye terlalu risaukan aku. cian dia...Tak lame tu nurse masuk bgtau operate tunda ke pukul 11pg, bukan pukul 10pg sbb ade kes emergency lain. Aku ikut je ar, tak kisah sgt pun. Aku ngan hubby duk lepak2 je ar borak2, tgk tv sambil tunggu mase berlalu. Mase jam dah kul 10.30, ati aku dah berdebar2 lik. Doktor dtg bgtau operate tunda ke pukul 12 pulak, ade kes eksiden emergency jugak, pakar bius suh tunda kul 12.  Doktor pesan suh aku tukar baju dlm pukul 11.40. So dipendekkan cite, kul 11.45 nurse dtg bwk pil tido suh telan. Dia bg air seteguk je sbb aku kan kene puase. Sib baik pil tu pun kecik je dan senang telan.

Lepas tu aku pun di tolak ke dewan bedah. Muka hubby dah pucat semcm je nak lepaskan aku. Dah masuk dlm dewan bedah tu, mcm biase ar aktiviti dlm tu. Pakar bius tanye nape aku tak tido2, aku ckp ar tak ngantuk pun. Dia kate maybe dos tak cukup untuk buat aku mengantuk tp dia kate takpe, tu just nak buat aku lebih tenang sebenarnye. Ntah ye ke tak, aku pun tak tau, tp aku tak pulak rase tenang...takut ade lah.huhu. Bermula lah adegan masuk kan ubat bius gune suntikan, aku dah rase mamai cikit. Last sekali pakar bius tu suh aku sedut gas, dia kate tu gas bius. Aku pun sedut ar...dan aku pun....zzzzzzzzzzzzz

Aku sedar bile dgr org dok panggil2 name aku. Sekali bukak mate, tgk ade nurse pmpn 2 org tgh cube dok sedarkan aku. Pastu aku rase mcm....aduhhhhh sakit giler kat bhgn perut. Dan sakit ni mmg aku dah jangka sbb dulu dah penah kene tebuk jgk kan perut ni. Nurse 2 org tu pindahkan aku ke katil sbb nak tolak aku ke wad semula. Time tu mmg rase sakit ar. Meleleh jugak ar air mate aku time tu menahan sakit. Keluar je dari bilik bedah tu, aku tgk hubby masih lagi setia tunggu depan pintu tu. Dia pandang je aku yg tgh menahan sakit time tu.  Sampai kat wad, aku tgk jam pukul 3 ptg...ish biar betul, lame nye? Tak kan 3 jam aku duk dlm bilik bedah tu?  Aku tanye hubby dah mkn ke belum, dia kate belum. Dia kate dah risau giler tgk aku tak kuar2 dr bilik bedah. Ye ar, doktor kate amik mase dlm sejam je paling lame pun. Hubby kate doktor kuar dr bilik bedah tu pukul 2.30ptg dan doktor bgtau dia serba sedikit pasal ape yg doktor jumpe sepanjang laparoskopi.

Lepas nurse dah tukarkan baju aku, aku pun baring je ar berehat. Rase sakit dah kurang maybe sbb doktor dan injek ubat tahan sakit. Doktor tak bg aku mkn lagi sbb takut muntah, kesan ubat bius tu kan. So berlapar ar aku lagi sampai ke mlm...Hubby lik rumah mlm tu pukul 11mlm. Tu pun aku paksa dia lik sbb aku cian nak biar dia tido kat hospital temankan aku. Dgn berat ati dia pun lik ar. Mlm tu aku tido pun tak bape lena sbb nurse jap2 dtg amik tekanan darah. Pastu aku tak selesa sbb ade tiub air kencing kat aku punye 'tut' ni. Mmg tak selesa sbb tak leh nak gerak sgt. Tp dpt ar jugak lelap2 jap.

28/07/2011
Pg2 lagi nurse dtg tanggalkan tiub kencing. Pehhhh...ngilu beb mase dia tarik kuar belon & tiub tu dari kite punye 'tut' tu. Tp bile dah tanggal tiub tu baru lah aku rase lega cikit. Nurse tu kuar je, aku terus bgun slow2 sendiri turun dari katil dan pegi toilet.  Dlm ati dok pikir gak, takut aku pitam ke ape pulak sorang2 ni kang tp hubby lambat pulak sampai. Sib baik lah ok je selamat ar aku gi buang air sendiri kat toilet dan kembali ke katil.

Hubby dtg dlm kul 10pg sbb dia ade kene uruskan beberapa perkara. Dia tgk muka aku dah tak mcm org sakit, dia kate nmpk mcm dah sihat. Dia kate kalau operate yg dulu tu, siap dia yg kene bersihkan aku yg lgsg tak larat nak gerak dari katil. Aku ckp ar, pengalaman mendewasakan...hehe. mmg betul pun, maybe sbb aku dah penah lalui pembedahan sebelum ni so aku jd mcm berani cikit ar nak gerak2kan bdn. Mase dulu rase takut nak gerak2 sbb mcm sakit sgt2. Kali ni, aku lawan perasaan takut tu.

Tak lame lps hubby sampai, doktor pun sampai...Doktor tanye aku nak stay dulu kat wad atau nak lik rumah.  Aku cepat je jwp nak lik rumah...letih dah aku duk kat wad padahal baru nak masuk ari ke 3. Yg bestnye doktor kate dah boleh lah cube mkn slow2, kalau tak muntah baru leh mkn mcm biase..Aku pun mkn ar bubur nasi yg pihak hospital sediakan.  Lepas mkn tu suspen gak takut muntah lik tp Alhamdulillah ok je. Rase nak muntah tu ade, tp cikit2 je ar. Lgpun nurse dah bg ubat tahan muntah ngan ubat tahan sakit pg tu.

Dipendekkan cite, aku ngan hubby lepak lagi kat wad samapilah sementara tunggu pihak hospital inform bgtau dah leh balik. Oleh kerana pihak insurans yg byk sgt songeh, mlm kul 9 baru aku dibenarkan balik rumah...tension jgk ar cikit sbb tunggu lame sgt proses nak kuar hospital tu. Tp bukan salah pihak hospital, pihak insurans ar yg byk sgt soal jawab. Padahal total bil aku tgk RM 8,500 je. Tu pun pyh sgt pihak insurans nak approve. Padahal bil hospital hubby aku ari tu pun dekat RM8,000 gak, senang je pulak diaorg luluskan. Tp doktor mmg ade ckp, kalau berkenaan dgn penyakit wanita ni mmg pihak insurans akan siasat abih2 sbb takut ade penipuan ke ape kan. Takpelah, yg penting aku dah selamat pun. Mlm tu aku tido kat rumah dgn aman damai dan lena nya...sbb takde dah gangguan nurse yg dtg nak check tekanan darah ke ape mlm2.

Lepas tu aku pun lepak ar kat rumah sbb mc doktor bg 2 minggu dan aku kene jumpe doktor untuk tanggalkan benang lepas 2 minggu tu.

09/08/2011
Aku gi jumpe doktor lik untuk doktor check luke tempat yg ditebuk tu.  Ade masalah cikit sbb bhgn pusat tu mcm tak bape kering lukenye, ade mcm berair cikit dan bhgn tebukan yg bawah cikit tu mmg ade mslh sbb benang dan masuk ke dlm isi. Doktor kate maybe sbb lambat cikit bukak benang tu so isi dah tumbuh atas benang. Aku dah cuak bile doktor kate terpaksa jugak kuarkan benang tu. Pehhh...sakit mase doktor tarik benang tu. Dlm ati aku dok kate kasar jugak keje doktor ni, tak tau aku tgh sakit ni dia main tarik je benang tu.  Ade ar berdarah cikit kat bhgn luke tu. Nak menangis aku dibuatnye. Aku ni dah lah jenis yg tak tahan sakit.

Doktor tanye aku dah period ke lum, aku ckp ade turun mcm tanda2 tp cikit je ar. Doktor pesan suh aku jumpe dia bile period dah turun mcm biase sbb dia nak start pil kesuburan clomid. Doktor tanye aku nak mc lagi tak, aku kate tak pyh lah sbb aku pikir aku dah leh gi keje. Lgpun risau takut keje bertimbun atas meja kalau mc lame sgt.  Kuar je klinik, hubby terus marah2 aku sbb aku tak mintak sambung mc. Depan2 org dia dok membebel ckp aku ni degil lah, tak reti pikir lah. Mak ai sedih giler aku. Puas aku menahan air mate. Tetibe je lak dia nak marah2 aku, aku pun tak paham nape. Tp bile masing2 dah cool lik, dia kate maybe sbb puase, rase nak hangin je. Dia kate bkn ke lebih elok kalau aku sambung mc duk rumah berehat. Aku bkn ape, memikirkan kalau lebih lame cuti nnti lebih byk bebanan keje yg tertangguh, tu yg aku maleh tu.

10/08/2011
Pg tu bgun nak siapkan sahur, rase sakit lain mcm je kat ari2...makin lame makin sakit. Dlm ati aku dah risau, tak kan senggugut gak lagi kot???? Bile tgk makin sakit, aku mkn ubat tahan sakit yg biase aku mkn time senggugut tu. Lame2 ok lah cikit. Hubby mmg tak kate ape dah sbb bg dia, sape suh aku tak mintak sambung mc, dah jd mcm ni sape yg susah. Nak gi keje camne dah aku sakit camni.

Menjelang kul 7 tu ok dah cikit so aku gagahkan jugak diri gi keje...Period turun. Sakit jgk, ade lagi senggugut....:(

Ya Allah...moga lepas ni aku akan beransur pulih....


  

Friday, July 22, 2011

Hepi Besday To Me....

Syukur Alhamdulillah....Allah masih panjangkan umo aku, dah 33thn aku idup kat muka bumi ni. Mcm biase, takde ape yg menarik untuk dikongsikan kat sini.  Cuma aku mendambakan doa2 dari kalian, sape2 je lah yg tersinggah kat blog aku ni, aku mohon kiranya sudi2 kan lah doa tuk aku dptkan anak yg ke 2...Cian anak aku dah besar takde adik...huhu.

Aku pun tak tau nape, mcm byk sgt halangan, mcm2 dugaan aku kene lalui dalam usaha nak dptkan anak yg ke 2...Kdg2 aku pikir gak, ade lah tu hikmahnya nape Allah lum nak bg aku pregnant lagi skrg ni.  Tp kdg2 jgk, aku tak pat nak elak dr pikir kan yg bukan2 pasal diri aku. Allah tgh hukum aku ke skrg ni....

Aku takde mood nak cite ape2 lagi dah...ntah nape mood tak best pulak di hari lahir kali ni. Mlm td hubby kejut kul 12 mlm, wish besday.  nak tau dia ckp camne?hehe. 'Hepi besday....' pastu kiss pipi aku kiri kanan pastu aku pun sambung tido lik.huhu. Tak romantik lgsg mr. hubby aku tu. At least ucaplah hepi besday syg ke pastu ucap ar i luv u so much ke.hehe. Anyway, aku tak kisah sgt...dan bukan tu yg buat mood aku kureng pg ni. Walaupun hubby aku tu lgsg tak romantik, tp aku tau dia camne. TQVM syg sbb ingt jugak tarikh lahir wife yg tercinta ni...hehe

Pg td bgun dah siap2 nak gi keje,  tgk ade kad besday wishes dlm handbeg. Mlm td ar tu hubby letak. Tp kelakar cikit ar, sbb kad tu gamba teddy bear pulak. Rase mcm remaja sambut besday je dpt kad gamba teddy bear.hehe. Tanye kat hubby, dia kate dah takde pilihan, tu je yg ade.hehe. Pastu dia kate agknye tak lame lagi org dah tak pakai kad2 besday ni kot, sbb tu dah takde sgt pilihan kat kedai.  Iye ke?...ntah, aku pun tak tau lah.  Aku sbnrnya teringin nak dpt bunga...Tp jgn harap ar kan, al maklum lah hubby tak romantik lah katekan.hehe.

Ape pun, aku berdoa moga sempena ari ulangtahun aku yg ke 33 ni, aku berharap sgt Allah permudahkan segala usaha aku untuk dapatkan anak ke 2...Aminnnn...


Monday, July 18, 2011

Susah ati, sakit pale dan tetibe buntu....

Sebenarnya lame dah masalah ni menghantui pikiran aku...Tp bile aku try mintak pandangan pakar lain, rase sedap ati cikit dan masalah tu luput dari pale otak aku.  Pastu aku cari info kat web dan bace segala macam info yg berkaitan, pun ade lah lega cikit dan ilang cikit rase buntu tu. 

Cuma tetibe baru2 ni aku terbace lik entry pasal perkara ni kat fb Prof Hamid, dtg lik buntu tu menghantui aku....eeeeeeee...tak suke nye rase mcm ni...rase berat je pale dok pikir pasal hal ni.  Bile tanye kat hubby, takde respon lgsg...huhhhhh.

Pasal retroverted uterus  ni ar...pasal rahim aku yg terbalik ni.  Ape yg aku tau, sekrg ni doktor2 pakar puan kat msia ni dah tak buat operate betulkan rahim yg terbalik tu. Diaorg kate wanita dgn rahim yg mcm tu masih boleh mengandung asalkan tiada masalah endometriosis. So doktor yg rawat aku tu kate dia akan operate aku just tuk buang endometriosis, yg pasal rahim aku tu dia kate biar je camtu, benda tu tak kan ade efek tuk aku pregnant.  So aku sgt konpius skrg ni...aku takut lepas operate nnti still tak leh jgk pregnant sbb keadaan rahim aku yg terbalik tu, camne???....

Aku tgk kat wall fb Prof Hamid, beliau je pakar puan yg masih buat operate betulkan rahim yg terbalik....dan yg bestnye, ramai yg berjaya hamil lepas operate under beliau...Tu yg buat aku risau...Aku tak mau kene operate 2-3 kali pulak nnti.  kalau boleh, biar sekali harung buat ape yg perlu.  Hubby ade jgk tanye aku, nak pegi jumpe Prof Hamid ke?...Aku dok pikir2 lik, jauh tu...payah asyik nak berulang gi sane time ade appointment nnti. Dah lah hubby aku tu bab2 jalan ni sgt lah kurang nak tau.huhu...(jgn marah eh mr hubby, i bocor rahsia kat sini)...hehe

Camne aku nak buat ni ek?  Nak tanye doktor yg rawat aku tu, dah berkali2 pulak aku tanye dan jawapan dia tetap same, mmg tak perlu nak betulkan rahim tu.  Aku try tanye kat blog pakar puan Dr Adillah pun, jawapan dia same gak mcm doktor aku tu...Dr Adillah kate, lepas kajian demi kajian dibuat oleh pakar seluruh dunia, hasilnye itu lah...tak perlu betulkan rahim tu.  Dr Adillah kate, kalau betulkan rahim pun, doktor just gune benang je tuk ikat rahim tu ke arah yg betul. Lepas beberapa thn, benang tu akan mereput jgk, so situasi tetap same, rahim akan kembali terbalik semula.  Penerangan Dr Adillah tu sedikit sebanyak telah berjaya melegakan pale otak aku time tu.  Tp ni aku mula rungsing pulak pikir lik hal ni. 

Aku bace kat fb Prof Hamid, ade sorang ni yg dah kawen 3 thn lum berjaya pregnant. Gi jumpe Prof, kene operate sbb endometriosis dan rahim terbalik ar.  Prof betulkan kedudukan rahim dia. Lepas 2 bulan operate, dia berjaya hamil.  Sekrg dah 4 org pun anak dia.  Ramai gak lagi yg berjaya hamil lepas operate betulkan rahim tu under Prof Hamid.  Buntu nya aku Ya Allah...

Lagi 1 kan, kalau operate under Prof, leh terus cube pregnant lepas operate...Tak perlu nak tunggu 3 bulan atau 6 bulan untuk suntikan lukrin yg akan membuatkan kite jadi mcm wanita yg dah menopos.  Nape ek? Nape Prof Hamid tak galakkan pesakit dia amik suntikan lukrin tu sedangkan pakar wanita lain skrg ni mcm wajib gune benda alah tu?  Doktor yg rawat aku tu pun ckp perlu suntikan lukrin tu tuk 3bulan atau 6bulan tgk tahap endometriosis nnti.  Dia kate suntikan tu untuk stopkan haid buat sementara agar sel2 endometriosis yg tinggal akan mati dgn sendirinya. Tp nape pulak Prof Hamid tak amalkan benda tu ek? Mmg aku sgt konpius bab ni tau sampai skrg.huhu.

Kat sape lah aku nak merujuk ni ek?....Ya Allah bg lah petunjuk...ape yg ptut aku buat ni...



    

Tuesday, July 12, 2011

Alhamdulillah....

Syukur sgt2...hubby dah kuar dr hospital.  Ptg semlm lik keje aku terus gi amik dia.  Doktor bg dia mc 2 minggu tuk berehat dan kene dtg jumpe doktor semula lepas 2 minggu nnti.  Mase nak uruskan hubby kuar wad semlm, mcm biase ar kene pegi kaunter dulu bgtau budak cashier tu kan.  Sekali pegi, tgk2 budak tu aku kenal rupenye.  Dulu2 dia keje mat despatch.  Sekrg dah keje tetap kat hospital tu. Kira ok ar dia pat keje situ.  Keje dlm aircond, duduk kat meje cashier tu kan.  Berbanding dulu, mmg cian aku tgk, berpeluh2 dia keje jd runner menghantar dokumen sana sini.

So dah borak2 ngan dia tu, aku bgtau ar nak bwk hubby kuar wad. So dia pun uruskan dan dia ckp kene bayar RM 166.00. Aku terkejut gak nape byk kene byr, bukan insurans tanggung sume ke.  Aku ingt kene byr dlm RM30-RM50 je untuk fee pendaftaran.  Sekali budak tu tolong semak, dia kate ade ubat yg insurans tak cover.  Dia kate ubat tu kira mcm vitamin, so insurans tak cover.  Dia cube jugak fight dgn comp insurans tu tp tak berjaya pun. So takpe lah, aku byr je lah. Maleh nak byk cite.

After byr, dia bg resit dan printkan bil untuk total amount.  Sekali aku tgk, mak ai......buntang jap mate aku ngan hubby.  Nak dekat RM 8,000 total keseluruhan bil.  Terkejut beruk gak ar aku ngan hubby.hehehe. Sbb mase kat wad tu kiteorg saje2 dok congak2 dan main agak2 je ar bape bil.  Kiteorg target paling tinggi pun RM 5,000 ke RM 6,000.  Sekali dah print tu tgk, nak dekat RM 8,000... maun nye tak terkejut.  Tp takpelah, yg penting bkn kiteorg yg kene byr amaun tu dan yg penting hubby sembuh.

So hubby kene berehat ar sepuas2nya kat rumah selama 2 minggu ni.  Mesti dia boring giler.hehe. Dah lah dia tak leh nak lasak2 sgt sbb tulang belakang tu dlm proses penyembuhan.  Mesti dia boring je tinggal sorang kat rumah.  Dia kate takpelah, tgk tv je lah dia nnti.  Dia kate leh kot buat keje cikit2 yg tak bape berat.  Aku tak bg. Aku kate jgn dulu, nnti sakit lik.

Lupe nak cite...Semlm mase jemput hubby aku tu, abg katil sebelah hubby tu baru kuar bilik bedah.  Kes lebih kurg same mcm hubby gak tp dia libatkan sakit kat tengkuk dan kebas sebelah tangan.  Dia kene injek kat kat leher rasenye.  Hubby kate lame gak dia duk bilik bedah.  Lebih 2 jam.  Hubby aku kate wife dia dah menangis2 sbb mase abg tu di tolak masuk ke wad lik tu, abg tu mcm tak bape sedar, ckp pun merapu2.  Maun nye wife dia tak cemas.  Aku doakan moga abg tu pun cepat sembuh.  Aku suke abg tu jd teman sebilik hubby dlm wad tu sbb abg tu baik dan tak sombong.  Hubby pun takde ar bosan sgt mase kat wad sbb ade geng kan.


Ya Allah...aku bersyukur sbb penyakit suami aku dpt disembuhkan.  Terima kasih Ya Allah....Dan Kau sembuhkan lah penyakit abg yg sebilik dgn suamiku itu...Aminn...

Monday, July 11, 2011

Cakera Tergelincir @ Slipped Disc

Mesti korang tertanya2 ape benda nye tu kan???...hehe. Aku pun baru tau pasal penyakit ni.  Akhirnya doktor dah dapat kesan penyakit husband aku.  Yg dia dok sakit pinggang tu rupenye berpunca dari masalah slipped disc tu ar.  Penyakit ni berkaitan ngan saraf tunjang/tulang belakang.  Aku nak terangkan terperinci pun tak bape nak reti, so sape2 yg nak sgt tau tu, elok search ar sendiri ek....:)

Alhamdulillah...lega lah jugak bile tgk hubby dah beransur pulih.  Doktor bg 2 pilihan rawatan samada ubat atau suntikan epidural steroid.  Dah beberapa hari kat spital tu try mkn ubat, mcm tak bape nak berkesan so kami decide buat suntikan tu.  So sabtu ari tu hubby ditolak masuk bilik bedah tuk doktor jalankan prosedur suntikan tu.  Sejam gak ar aku tunggu kat luar bilik bedah tu.  Ish berdebar2 hanya Allah je yg tau.  Agknye camnilah perasaan hubby mase tunggu aku kuar dari bilik bedah dulu mase aku bedah buang hempedu. 

Maybe ari ni hubby dah boleh kuar dari spital...Alhamdulillah syukur pada Allah...bkn lah sakit yg kronik sgt.  Aku sbnrnya suspek dia kene batu karang, ye ar sbb dia sakit kat pinggang kan.  Mane lah aku tau rupenye mcm2 penyakit lagi wujud kat bumi ni yg berkaitan ngan sakit pinggang tu.hehe. Tp aku bersyukur sgt2 sbb hubby tak perlu jalani pembedahan. Just suntik je kat tulang belakang tu. Hubby dah susah ati mase kat spital tu, dia takut kalau2 kene bedah ke ape.  Aku ckp kat dia, kalau aku boleh lalui sakitnye pembedahan tu, InsyaAllah dia pun mesti boleh.  Sekali tgk doktor kate tak perlu bedah.  Lega.....

So aku rase, mungkin aku terpaksa tunda lagi operate endometriosis aku...tak jd lah kot nak buat bulan ni.  Nak operate camne, dah hubby aku pun tak sihat sgt lagi tu nnti camne lak dia nak jaga aku mase lepas operate kan.  Pasti ade hikmah di sebalik ape yg Allah takdirkan...  


Thursday, July 7, 2011

'dia' datang dah....sakitnye....

Sape lagi kalau bukan teman setia kaum wanita, cik period ar....Petang semlm dia dtg.  Selepas beberapa hari rase sengal2 kat bhgn ari2 tu, akhirnya cam biase turun gak dia.  Mlm td tido tak lena. Rase mcm period kuar mencurah2.  Takut tembus kene kat cadar & tilam walaupun dah lapik dgn dua helai kain batik yg dilipat dua.  Jap2 terjaga.  Tension giler dibuatnye.  Fikiran berkecamuk pikir mcm2.  Pikirkan hubby kat spital sorang2. Pikirkan pasal dak proceed operate. Mcm2....

Pg td bgun start dah....rutin cam biase, senggugut dtg.  Sakit lak ai.  Nak telan ubat, perut tgh kosong pulak, bahaya mkn ubat tu time perut kosong, nnti kang tak pasal2 dapat sakit lain pulak.  Aku bgun td slow2 bersiap untuk gi keje pastu baring lik kat sofa tunggu kot2 senggugutku maun reda.  Dlm setengah jam tu aku rase mcm ade kurang cikit, aku pun bgun ar gi start kete dan akhirnya samapi lah kat pejabat ni ha.  Aku cepat2 beli sarapan, mkn cikit dan telan ubat tahan sakit yg doktor aku sarankan.  Ni, di kala aku update blog ni, ade lah rase kurang cikit sakitnya.  Td je rase tak berdaya betul aku.  Nak membuang air besar tu yg aku tak sanggup tu, skit...Tp td aku harung gak gi membuang sbb tak leh nak tahan2 dah. Berair gak ar mate menahan sakit.

Ya Allah...risaunye pikir pasal hubby....Doktor still lum dpt kesan punca dia sakit pinggang tu...camne ni...Doktor pakar pun tak dapat nak kesan penyakit, camne lagi aku nak buat ni...Tolonglah Ya Allah...permudahkan lah....